Sempena Hari Jadi Ke-26, Ini Yang Selena Gomez Minta Daripada Justin Bieber

Share

 

22 Julai lalu, genaplah usia Selena Gomez yang menginjak 26 tahun.

 

Sambil meraikan hari jadinya itu bersama kenalan rapat, ada laporan terdekat yang juga berkata Selena turut mengharapkan satu perkara ini untuk datang daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber.

 

Instagram

 

Menurut Hollywood Life, Selena ingin Justin memberinya ketenangan total apabila secara rasminya kini, tiada lagi ikatan yang wujud di antara mereka berdua. Justin telahpun bertunang dengan sosialit dan model, Hailey Baldwin manakala Selena pula sudah sekian lama move on daripada episod cinta mereka dahulu.

BACA: 5 Perkara Tentang Pertunangan Justin & Hailey, Termasuklah Cincin USD250,000

 

Instagram

 

“Selena kini berada dalam kondisi yang cukup baik dan positif. Dia telahpun benar-benar melupakan Justin. Dan disebabkan itulah, dia berharap agar Justin tidak lagi muncul dengan kiriman bunga, hadiah, menelefon lewat malam ataupun mengirimkan mesej telefon,” kata sumber terdekat itu.

Harapan Selena ini bukanlah tindakan selfish seperti yang dipersoalkan oleh netizen media sosial. Mereka berkata Selena tak seharusnya membuang hubungan baik sebagai kawan dengan Justin.

TETAPI buat Selena, sebolehnya dia ingin menghormati Hailey Baldwin. Dia juga tak mahu memburukkan keadaan sehingga menjadi awkward di antara mereka bertiga. Sebab itulah, Selena berharap Justin tidak akan menghubunginya sempena hari jadi ke-26 tahun ini.

BACA: 10 Fakta Tentang Hailey Baldwin Tunang Justin Bieber

 

 

Eloklah tu, masing-masing dah move on. Harap Selena akan memilih lelaki yang lebih tepat selepas ini.

 

IKLAN