22 Julai lalu, genaplah usia Selena Gomez yang menginjak 26 tahun.
Sambil meraikan hari jadinya itu bersama kenalan rapat, ada laporan terdekat yang juga berkata Selena turut mengharapkan satu perkara ini untuk datang daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Menurut Hollywood Life, Selena ingin Justin memberinya ketenangan total apabila secara rasminya kini, tiada lagi ikatan yang wujud di antara mereka berdua. Justin telahpun bertunang dengan sosialit dan model, Hailey Baldwin manakala Selena pula sudah sekian lama move on daripada episod cinta mereka dahulu.
“Selena kini berada dalam kondisi yang cukup baik dan positif. Dia telahpun benar-benar melupakan Justin. Dan disebabkan itulah, dia berharap agar Justin tidak lagi muncul dengan kiriman bunga, hadiah, menelefon lewat malam ataupun mengirimkan mesej telefon,” kata sumber terdekat itu.
Harapan Selena ini bukanlah tindakan selfish seperti yang dipersoalkan oleh netizen media sosial. Mereka berkata Selena tak seharusnya membuang hubungan baik sebagai kawan dengan Justin.
TETAPI buat Selena, sebolehnya dia ingin menghormati Hailey Baldwin. Dia juga tak mahu memburukkan keadaan sehingga menjadi awkward di antara mereka bertiga. Sebab itulah, Selena berharap Justin tidak akan menghubunginya sempena hari jadi ke-26 tahun ini.
Dia tidak lain tidak bukan ialah gadis yang selamat dinikahi oleh penyanyi Cute (Stoplah Being So Cute), Harith Zazman.
Dikenali sebagai Nuramalina Ghakashah, gadis yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan ini ialah gadis yang dimaksudkan dalam lagu popular, Cute serta pernah ditampilkan dalam video muzik lagu berkenaan bersama-sama MFMF dan Loca B.
Menerusi sebuah majlis akad nikah serba ringkas di Pejabat Agama Hulu Langat yang dilangsungkan mengikut tetapan prosedur operasi standard (SOP), Harith sah bergelar suami pada petang semalam dengan sekali lafaz.
Tamat saja acara yang mengambil masa kira-kira 20 minit saja, mereka pulang semula ke rumah untuk menjamah juadah bersama ahli keluarga lain.
Menurut Harith yang mengecapi populariti menerusi Cute semasa pandemik COVID-19 melanda pada tahun lalu, mereka pada mulanya hanya berkenalan sebagai kawan biasa. Dalam diam, dia menaruh perasaan terhadap Nuramalina dan mendedikasikan Cute kepada Nuramalina tanpa pengetahuannya.
Penyanyi berusia 27 tahun itu kemudian menawarkan gadis tersebut peluang untuk muncul dalam video muzik Cute. Dari situ, mereka mengenali hati budi masing-masing hingga selamat bertunang pada bulan Mac tahun ini.
Penyanyi dan selebriti tempatan, Amira Othman pastinya menjadi wanita paling bahagia pada saat ini setelah Fattah Amin hari ini mengesahkan bahawa dirinya akan menikahi Amira pada 14 September, Ahad ini.
Amira, 31 bersama-sama Fattah mengambil kesempatan sidang media pelancaran lagu terbaru Amira berjudul ‘Rasa Dan Takdir’ untuk membuatkan pengumuman mengejutkan itu.
Sebelum tiba tarikh keramat 14 September ini, jom kita lihat lima fakta menaik mengenai Amira Othman, suri hati istimewa buat Fattah Amin.
01
Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman merupakan bekas peserta program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 di mana dia menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang Faizul Sany (juara) dan Azhael aka duo Azhar Osman dan Hael Husaini (naib juara). Turut bertanding pada musim tersebut ialah Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Aishah Aziz.
02
Selepas menaikkan saingan dalam Akademi Fantasia, Amira terus aktif dalam bidang nyanyian. Pada masa yang sama, adiknya Irfan Harris juga menyertai dunia seni sebagai penyanyi serta pernah menyertai program realiti di bawah Astro, Big Stage.
Walaupun masing-masing bergelar penyanyi, itu tidak bermakna pasangan adik-beradik ini sesekali melupakan kepentingan pendidikan. Amira melanjutkan pengajian diploma jurusan muzik (major vokal klasik) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam manakala Irfan menamatkan pengajian dalam pengajian diploma Seni Hiburan daripada UOW Malaysia KDU University College.
03
Selain menyanyi, Amira juga mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Drama bersiri pertama yang menampilkannya adalah drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You di samping Hisyam Hamid. Amira turut muncul dalam sebuah lagi drama bersiri popular, Red Velvet yang menampilkan Alif Satar dan Neelofa.
04
Bercakap mengenai dunia percintaan pula, jarang sekali kita mendengar gosip bercinta melibatkan Amira Othman. Siapa sangka, Amira juga pernah bercinta beberapa tahun lepas namun hubungan tersebut terputus di tengah jalan.
Selama beberapa tahun bertaut cinta dan sudah menghampiri jenjang pelamin, Amira redha dengan takdir Allah SWT. Di pihak Amira pula, dirinya enggan berkongsi lebih mengenai perhubungan tersebut demi menghormati bekas kekasihnya itu dan demi menjaga ketenangan dirinya sendiri daripada diasak persoalan siapakah gerangan si jejaka berkenaan.
Penampilan Amira yang sejak awal kemunculannya sentiasa sopan dan bersederhana membuatkan ramai peminat merasakan Amira tidak mempunyai isu dalam mempraktikkan ajaran agama Islam mengikut kadarnya. Namun dalam satu sesi temubual bersama Nana dan Faizal Ismail di radio Zayan, Amira bertukar sebak kerana mengakui tidaklah sesempuna yang disangka.
Amira mengakui dirinya juga seorang pendosa namun dia berpegang teguh kepada satu perkara iaitu solat. Dalam nada sebak, Amira berkata dirinya yakin solat adalah tiang agama yang wajib cuba dijaga oleh mana-mana insan tidak kiralah sejahat mana mereka sekalipun.
Apabila dapat berkumpul dengan rakan-rakan lain juga, Amira akan berpesan untuk menjaga solat masing-masing walaupun kadangkala hati menjadi liat.
*
Alahai, sejuk je hati bila mendalami keperibadian Amira Othman, kan!
REMAJA mendoakan segala perancangan mereka bagi menjayakan Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini berjalan lancar.
Korang boleh menontonnya secara percuma di aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi mulai jam 8 malam.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jatuh cinta kepada seseorang yang tidak mempunyai perasaan sama terhadap kita adalah satu perkara yang memeritkan.
Lebih memeritkan jika orang yang kita sukakan itu memilih orang lain sebagai pasangan. Dunia tiba-tiba terasa seperti tak bermakna seketika, who’s with us?
Tapi pengalaman cinta tak berbakas inilah yang akan mengajar kita untuk mencari the right one. Sebelum itu, bagaimana cara terbaik untuk move on daripada ‘penderitaan’ ini? Come one gaiss, dah 2020!
BELAJAR TERIMA KENYATAAN
Cakap memang mudah. Tapi inilah langkah pertama yang perlu korang lakukan jika ingin move on. Belajar terima kenyataan yang dia tak berminat. Banyakkan berdoa, bersabar dan lepaskan perasaan itu perlahan-lahan.
PERCAYA PADA JODOH
Jodoh itu adalah satu misteri tetapi ia adalah sesuatu yang pasti. Jika korang percaya kepada kata-kata ini, lebih mudah untuk korang move on. Sentiasa positif yang seseorang itu akan muncul tak lama lagi dan dia adalah jodoh yang lebih baik dan menyayangi.
CARILAH KAWAN-KAWAN
Melupakan dia bukanlah satu perkara yang mudah. Dengan kehadiran rakan-rakan yang sentiasa membuat korang tertawa ia akan jadi lebih mudah. Luahkan apa yang terbuku di hati kepada kawan baik yang sedia mendengar.
JAUHI MEDIA SOSIALNYA
Ya, memang amat sukar untuk mengelak daripada apa-apa posting. Apatah lagi jika si dia adalah dalam kalangan circle of friends yang sama. Namun korang harus belajar untuk hide segala feed media sosialnya daripada muncul di timeline korang.
BELAJAR MEMAAFKAN
Untuk move on korang harus sedar bahawa segala yang berlaku bukanlah salah dia atau korang sendiri. Walaupun cinta tak berbalas, kita harus belajar untuk memaafkan bukan sahaja pada dia tetapi diri sendiri.
ME-TIME
Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk korang kejar hobi. Ingin belajar main gitar? Go ahead, ia dapat mengalih fokus. Love yourself first.
BERTEMU ORANG BARU
Berkenalan dengan lebih ramai orang juga merupakan satu cara untuk move on. Siapa tahu korang bakal bertemu dengan orang istimewa yang baru.
*
Ada yang berpendapat jodoh paling sesuai mempunyai muka yang iras dengan kita. Setuju?
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...