Jika sebahagian umat Islam gembira meraikan aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, perasaan ini tentunya agak sukar bagi Samuri Basri dan seluruh ahli kelaurganya.
Mengakui hatinya begitu sedih kerana baru kehilangan anak, Muhamad Azizil Alim, 24 yang maut dalam kemalangan jalan raya apabila melanggar belakang lori dalam kejadian Sabtu lalu di Jalan Persekutuan Teluk Intan – Klang berhampiran Panchang Bedena, Sabak Bernam.
“Biasa saya bantu angkat mangsa kemalangan yang berlaku depan mata, tapi kelmarin, saya angkat jenazah anak sendiri. Seluruh jiwa saya rasa pilu, setiap kali mengenangkan kebaikan arwah anak yang begitu rapat dengan kami sekeluarga,” katanya lagi.
Samuri berkata, dia mengetahui kemalangan itu apabila ahli keluarga terdekat datang ke rumah dan memaklumkan perkara berkenaan.
“Waktu itu, saya sedang tidur sebelum sepupu mengetuk pintu rumah dan memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan,” katanya.
Ads
Menurut Samuri, sebaik tiba lokasi kejadian, dia terasa dunia seakan gelap apabila melihat jasad anaknya di lokasi kejadian.
“Saya kuatkan hati dengan mengangkat jenazah ke dalam trak polis dan mengiringinya sehingga ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ),” katanya dalam suara amat sedih.
Arwah anak yang baik dan rapat dengan keluargaBapa ini akui semasa solat terawih, bayangan anaknya muncul dan rupanya itulah petanda dia akan kehilangan anak buat selama-lamanya
Lebih menyedihkan lagi, beberapa hari sebelum anaknya itu pergi, dia terbayangkan wajah anak kelima dari enam beradik itu hadir dalam solat terawihnya.
Ads
“Bayangan itu muncul tiga hari sebelum kemalangan ini berlaku. Ia tidak pernah begini. Semasa sujud pada rakaat kelapan, saya lihat dengan jelas wajah arwah (Muhamad Azizil) sedangkan selama ini tidak pernah terbayang perkara sebegitu sehingga air mata ini mengalir tanpa disedari ketika solat itu.
“Saat itu, saya jangkakan berlaku perkara tak diingini kepada arwah dan sangkaan itu benar-benar menjadi kenyataan,” katanya memaklumkan kemalangan menimpa anaknya itu berlaku sekitar jam tiga pagi.
Sementara itu, ibu Muhamad Azizil, Nurini Jamali, 58, berkata, mangsa sempat menjamah lauk kegemarannya ayam masak kicap ketika berbuka puasa.
Ads
“Semasa makan, saya perasan arwah hanya makan sedikit berbanding hari sebelumnya. Malah, dia tidak memandang muka saya sewaktu menjamu selera,” katanya.
Arwah disifatkan sebagai seorang yang pendiam selain mendengar kata dan mengambil berat keadaan keluarga.
Jenazah Muhamad Azizil disembahyangkan di rumahnya pada jam 10.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah.
Walaupun sudah setahun berlalu, namun pandemic COVID-19 masih memberi kesan yang besar ke atas dunia.
Sumber Gambar : Nata Bene – stock.adobe.com
Bukan sahaja meragut jutaan nyawa, tetapi wabak ini juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak syarikat yang terjejas.
Saat hilang pekerjaan, ada yang terpaksa meminjam kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan rapat. Namun, sampai bilakah mahu terus menyusahkan insan lain? Masing-masing ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan saban bulan.
Sumber Gambar : BERNAMA
Hal ini menyebabkan lelaki ini yang juga merupakan seorang bekas kakitangan syarikat telekomunikasi tidak mengeluh sebaliknya berikhtiar meneruskan kehidupan dan memanfaatkan kreativitinya mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung.
Tidak berharap dengan sumbangan orang, Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26 berkata dia diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan berniaga air jagung sejak dua minggu lalu setelah sukar mendapat pekerjaan lain.
“Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri.” Katanya.
Dia bersama dua rakannya, Yusri Md Saad, 35 dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin, 33, berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Sumber Gambar : FB Geng Superhero Penang (GSP)
Menurut pemuda ini, semasa bekerja di syarikat telekomunikasi itu, dia turut melakukan pekerjaan sambilan sebagai penghibur berkostum adiwira dan watak kartun dalam sebuah kumpulan bergelar Geng Superhero Penang (GSP), dan mereka sering menerima tempahan untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi serta sebagainya.
“Namun sejak pandemik Covid-19 melanda negara, semua tempahan tersebut telah dibatalkan. Jadi kami rasa dengan memakai kostum ketika menjual air jagung merupakan cara yang unik untuk menarik pelanggan.” Katanya
Sumber Gambar : FB Geng Superhero Penang (GSP)
“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Penulis suka semangat anak muda macam ni, apapun moga terus maju di masa akan datang okay!
Dua orang penari yang tercedera sewaktu persembahan konsert grup lelaki Hong Kong, MIRROR pada 28 Julai lalu telahpun dikenal pasti.
Mangsa, ‘Mo’ Lee Kai-yin, 27 tercedera setelah dihempap dengan skrin LED gergasi sewaktu persembahan dilangsungkan. Beberapa saat kemudian, skrin tersebut mengenai seorang lagi penari bernama Chang Tsz-fung, 29.
Lapor South China Morning Post, impak skrin yang terjatuh ke atas tubuh Lee telah menyebabkan dia berada dalam keadaan kritikal dan dikhuatiri berdepan kemungkinan lumpuh dari bahagian leher ke bawah.
Ini setelah tubuhnya terseliuh pada bahagian ketiga dan keempat vertebra serviks lalu menyebabkan penari itu tidak dapat menggerakkan anggota badannya.
Insiden itu turut mengakibatkan kecederaan pada bahagian kepala dan paru-paru Lee.
Setelah insiden, Lee dan Chang terus dibawa ke Queen Elizabeth’s Hospital di Hong Kong untuk menerima rawatan. Lee menjalani pembedahan vertebrae pada malam yang sama dan beberapa lagi prosedur lain untuk menstabilkan tulang belakang.
Lalu, Lee perlu terus ditahan di hospital untuk rawatan lanjut sementara Chang telah dibenarkan pulang ke kediamannya pada 29 Julai.
Menurut kaji selidik awal yang dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka mempercayai wayar gantung milik skrin itu terputus lalu mengakibatkannya jatuh ke atas pentas.
Di media sosial, warganet berkata bahawa amaran telah diberikan oleh beberapa penonton yang menghadiri tiga malam persembahan sebelum hari insiden. Sewaktu menyaksikan MIRROR, mereka khuatir melihat set pentas yang kelihatan tidak begitu stabil.
Untuk pengetahuan, kumpulan Mirror yang dianggotai oleh 12 ahli dijadualkan untuk melangsungkan siri konsert di lokasi sama, Hong Kong Coliseum dari 25 Julai hingga 6 Ogos.
Begitupun, insiden ini telah memaksa pihak penganjur konsert untuk mengumumkan pembatalan baki malam persembahan Mirror dan harga tiket boleh ditebus semula oleh peminat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kataluna Enriquez baru sahaja terpilih sebagai Miss Nevada. Wanita itu juga melakar sejarah sebagai transgender pertama yang memenangi pertandingan dan kemudian menjadi peserta Miss USA. Ini pastinya menjadi kebanggaan bagi Kataluna, yang telah bermimpi menjadi Miss Universe sejak kecil lagi.
Gelaran Miss Nevada 2021 jatuh ke tangan transgender wanita iaitu Kataluna Enriquez , transgender berdarah kacukan Filipina-Amerika ini berjaya melakar sejarah sebagai transgender pertama yang memenangi pertandingan dan kemudian menjadi peserta Miss USA.
Jangan lihat kejayaan yang dikecapi transgender Miss Nevada ini penuh dengan warna-warni, sebaliknya perjalanan yang harus ditempuhi Kataluna Enriquez penuh dengan liku-liku kehidupan.
Menurut Kataluna pada mulanya dia takut disisihkan kerana perbezaan jantina tetapi memutuskan untuk keluar dari ‘kepompong’ untuk berkongsi cita-citanya. Setelah menyertai pelbagai pertandingan, wanita ‘jadian’ berusia 27 tahun itu akhirnya berjaya merangkul gelaran Miss Nevada yang membawanya selangkah lebih maju ke Miss Universe yang menjadi idamannya.
Mula mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan pada tahun 2016 sambil bekerja sebagai model. Kataluna sering mengalami pelbagai dugaan ‘pahit’ setelah juri mengetahui identiti sebenarnya.
“Saya sering diberitahu bahawa adalah dosa untuk mengambil kesempatan daripada gadis-gadis. Orang mempunyai pendapat mereka sendiri dan apabila dipanggil lelaki, itu tidak menyakitkan saya. Saya telah mendengarnya berkali-kali,” tambahnya.
Meski bukan mudah untuk menjadi seorang transgender yang berjaya dan mendapat sokongan ahli keluarga pada awal perjalanannya, tetapi dengan masa dan keazaman dirinya berjaya membuktikan bahawa transgender juga boleh berjaya.
Tapi ini cerita di negara barat lah, korang jangan berangan pula nak jadi macam ni. Ingat, yang beragama Islam, perbuatan menukar jantina atau transgender ini sangat tidak disukai Allah malah melaknat sesiapa yang melakukannya. Wallahualam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UMW Toyota Motor melancarkan Toyota Yaris Cross serba baharu di Malaysia dengan pilihan enjin ICE dan Hybrid. SUV kompak ini hadir dengan Toyota Safety Sense, ruang praktikal serta harga bermula RM99,900.