Bekas Perdana Menteri keempat dan Ketujuh Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN pada pagi tadi dan boleh pulang ke kediaman beliau.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh IJN, Dr Mahathir bagaimanapun memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan diminta untuk hadir secara berkala ke IJN bagi menerima rawatan susulan mengikut keperluan.
Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) di IJN bermula Disember lalu sebelum dimasukkan semula pada Januari 2022, tumpuan masyarakat Malaysia terarah kepada keadaan kesihatan beliau.
Pada usia 96 tahun, semangat juang Perdana Menteri paling lama negara ini terus kuat lebih-lebih lagi dengan doa serta dorongan yang diterima daripada pelbagai pihak.
Terdahulu manerusi platform media sosial, wakil Dr Mahathir pada 4 Februari 2022 (Jumaat) telahpun memuat naik video perkembangan terkini beliau yang telahpun pulang ke kediaman bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau dimaklumkan telah dibenarkan pulang sejak hari Rabu tetapi perlu kembali semula ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pulih – tidak sepenuhnya – tetapi telah pulih (selama) beberapa hari. Dan saya tiap-tiap hari; saya telah balik ke rumah daripada hospital.
“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berdoa untuk pemulihan saya. Ramai yang hantar bunga, kad dan sebagainya,” kata beliau dalam video yang dipaut di bawah.
Turut kelihatan adalah gambaran beliau yang lebih riang menikmati secawan minuman dan membaca surat khabar di atas sofa biarpun jelas masih memakai gelang tangan hospital.
Ads
Perkembangan Kesihatan YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Dengan perkembangan terbaru dari IJN hari ini, diharap rawatan pemulihan Dr Mahathir di rumah akan berjalan dengan lancar dan ceria di samping keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain burger dan ayam goreng yang menjadi tarikan utama di McDonalds, dessert yang disediakan oleh mereka juga tidak terkecuali daripada mendapat tempat di hati peminat restoran fast food ini.
Signature aiskrim vanilla cone dan McFlurry McD boleh dikatakan antara yang paling hot dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Macam-macam variasi perisa telah diperkenalkan oleh McDonalds, antaranya seperti Oreo, KitKat dan Durian.
Dah jadi macam satu kegembiraan buat rata-rata masyarakat di Malaysia apabila ada perisa baru aiskrim atau McFlurry dikeluarkan.
Betul tak?
Oreo Mint McFlurry
Satu lagi perisa edisi terhad Oreo Mint McFlurry telah pun diperkenalkan oleh McDonalds, tapi malangnya bukan di negara kita. Hiks!
Menurut satu perkongsian melalui video di YouTube, McDonalds telah pun melancarkan Oreo Mint McFlurry tetapi hanya terhad kepada beberapa cawangan terpilih. Dijual dengan harga $2.69 (RM10.98), sudah tentu ramai yang terliur nak merasakan kesedapan McFlurry perisa Oreo mint ni kan?
Dalam video tersebut juga dijelaskan, rasa mint tersebut tidak berapa kuat dan lebih kepada rasa vanilla serta oreo tersebut. Jadi sesuailah untuk dinikmati oleh semua orang kerana tidak semua individu sukakan perisa pudina.
Duh, kecur pula air liur bila membayangkan kesegaran rasa Oreo Mint McFlurry ni. Agak-agak korang nanti perisa ni masuk pasaran McD Malaysia tak?
Sama-samalah kita harapkan agar perisa ini juga akan dilancarkan di negara kita kelak.
Pertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tamat semalam. Kerja keras yang telah korang curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Tapi korang kena tahu, tamat SPM tak beerti tamatlah semuanya. Ini baru permulaan guys!
Terbaru, sekumpulan pelajar yang dipercayai lokasinya di Melaka, sempat berpesta di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir selepas tamat peperiksaan.
Sekumpulan pelajar sekolah yang sedang seronok sebab baru habis SPM. Moga keputusan cemerlang dan sambung pelajaran serta berjaya dunia akhirat. pic.twitter.com/lofVbkrSmD
Mereka berkumpul di tengah-tengah jalan dengan melakukan pelbagai aktiviti tidak sihat. Malah, kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya.
Tindakan mereka itu cukup mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising dan menyusahkan pengguna jalan raya sehingga perjalanan terganggu.
Siap Ada Poster
Dia Ingat Dia Joker Ke?
Rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan pelajar-pelajar tersebut.
Difahamkan, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap kumpulan pelajar terbabit yang memiliki pelbagai kesalahan termasuk, tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.
Ish macam-macam la dorang ni, tapi bagi pendapat penulis tak salah sebenarnya untuk meraikan tetapi yang menjadi isu adalah cara mereka itu, yang menggambarkan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang.
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru je kita dengar yang sungai Klang kembali jernih dari biasa apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bagaimanapun, kegembiraan ini tidak dapat kekal lama apabila laporan terkini menyatakan topeng muka, sarung tangan pakai buang dan botol pembasmi kuman antara sampah baharu yang dilihat semakin meningkat di Sungai Klang sejak beberapa bulan lalu.
Gerbang Maritim Selangor (SMG), yang melakukan operasi pembersihan untuk Sungai Klang telah menemui topeng muka, sarung tangan dan botol pembersih di sekitar sungai.
Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nor, berkata sebagai syarikat bertanggungjawab menjalankan kerja pembersihan Sungai Klang, pihaknya mengesan terdapat peningkatan sampah jenis baharu dalam sungai itu.
SMG adalah anak syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd yang menguruskan operasi pembersihan dan pemulihan di kawasan sungai sepanjang 56 kilometer.
Walaupun barang terbuang baharu itu dianggap perlu untuk keselamatan peribadi dan kebersihan seperti dinasihati Kementerian Kesihatan (KKM) susulan COVID-19, masyarakat perlu mengamalkan kaedah pelupusan betul.
Ini jelas menunjukkan segelintir masyarakat tidak membuang peralatan pencegah COVID-19 ke dalam tong sampah tetapi dibuang merata-rata hingga boleh tercampak ke dalam longkang yang akhirnya mengalir ke sungai lalu menyumbang kepada pencemaran sungai.
Sejak November tahun lalu, agensi SMG mengutip antara 1,200 hingga ke 1,500 tan sampah sebulan di Sungai Klang.
Ala, baru nak gembira sungai Klang dah jernih. Emmmm…
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.