Kalau sudah nekad, tiada apa yang mustahil. Itulah semangat luar biasa yang dibuktikan oleh Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, pejuang kanser limfoma tahap empat yang kini berjaya bergelar graduan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Detik penuh emosi itu berlaku di Dewan Konvokesyen IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang apabila nama Nur Syahidatunnajwa diumumkan. Seluruh dewan berdiri memberi tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan terhadap semangat dan kecekalan anak muda ini.
Nur Syahidatunnajwa terima skrol IPG di pentas konvo undang air mata
Beliau bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah, malah tampil sebagai simbol kekuatan selepas berjuang melawan kanser yang dihidapi sejak sekian lama.
22 Kali Kemoterapi, 15 Sesi Radioterapi
Difahamkan, Nur Syahidatunnajwa telah menjalani 22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi dalam usahanya melawan kanser limfoma tahap empat. Walaupun tubuhnya lemah dan tidak sekuat rakan-rakan lain, beliau tetap gigih menamatkan pengajian, membuktikan bahawa penyakit bukan penghalang untuk mencapai impian.
Paparan video tular di media sosial yang dikongsikan melalui akaun TikTok @shafiqalsukri, memperlihatkan detik beliau menerima skrol dengan tenang di atas pentas, cukup meruntun hati warga maya. Lebih mengharukan apabila pengacara majlis turut menyifatkan beliau sebagai simbol ketabahan dan inspirasi sejati.
“Dengan semangat juang yang jitu, kini beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua. Beliau membuktikan bahawa penyakit bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Sama-sama kita doakan semoga beliau sembuh sepenuhnya,” ujar pengacara yang disambut sorakan dan air mata daripada para hadirin.
Impian Tetap Mahu Menjadi Pendidik
Meskipun masih dalam proses rawatan, Nur Syahidatunnajwa tidak pernah memadamkan impian untuk bergelar seorang pendidik dan menyumbang ilmu kepada anak bangsa. Baginya, apa jua dugaan yang datang tidak seharusnya menjadi alasan untuk berputus asa.
Lebih menyentuh perasaan apabila adiknya turut berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan tersebut. “Tak pernah sekali pun dia merungut sepanjang rawatan. Kini, perjuangannya terbayar,” tulis adiknya di ruangan komen video tersebut.
Doa dan Kata-Kata Semangat Daripada Warga Maya
Kisah kecekalan beliau turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar Nur Syahidatunnajwa terus diberikan kekuatan serta kesembuhan sepenuhnya.
Ads
Antara komen warga maya:
“You’re the real fighter! Semoga Allah angkat segala penyakitnya dan kembali sembuh, aamiin.”
“Dia memang lemah lembut orangnya, akhlak pun baik. Allah uji dia dengan kanser dan kehilangan ayahnya. Kami bangga dengan Syahid. Alhamdulillah, akhirnya tamat pengajian. Terima kasih kerana bertahan, Syahid!”
“Her strength is remarkable.”
Ads
Majalah Remaja percaya, kisah seperti ini mampu membuka mata ramai remaja di luar sana bahawa kejayaan bukan hanya milik mereka yang sempurna dari segi fizikal, tetapi juga milik mereka yang berani, sabar dan tidak pernah menyerah kalah.
Tahniah dan syabas, Nur Syahidatunnajwa. Semoga terus menjadi inspirasi buat anak muda Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila period atau haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Bagi individu yang mempunyai masalah period tidak teratur ini, seorang penguna TikTok yang dikenali sebagai tinaaziz86 dan juga seorang Pharmacist berkongsi suplemen yang mana elok untuk menstabilkan kitaran haid korang, jom semak di bawah!
Antara suplimen yang disarankan oleh beliau ialah :
1. Blackmores Vitex Agnus-Castus
Foto – Lazada/Shopee
2 Kordel’s Vitex Regulates Menstrual Cycle
Foto – Kordel’s/Shopee
3 Himalaya Women’s Wellness
Foto – Watsons/Ummi Nani
4 Naturalle Kacip Fatimah Plus
Foto – Shopee
5. Opceden Kacip Fatimah Plus
Foto – Watsons
Untuk menstabilkan semula kitaran haid yang sudah lama tidak teratur ini, kamu perlu amalkan suplemen ini bagi membantu melancarkan masalah haid yang dialami.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang
Minat yang mendalam dalam dunia masakan menjadikan Syabira Yusoff antara peserta kegemaran dalam rancangan The Great British Bake Off musim ke-13. Anak jati Malaysia ini mengejutkan ramai dengan teknik yang dimilikinya.
Syabira bermastautin ke United Kingdom pada tahun 2013 bagi meyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Genetik dan Biologi Genom di University of Leichester. Dia kemudiannya bertugas sebagai Penyelidik dalam bidang Kardiovaskular di King’s College London (KCL).
Dalam satu temu bual bersama unit komunikasi KCL, Syabira berkongsi yang sebelum itu dia merupakan seorang pelajar Sains Pertanian di salah sebuah universiti di Malaysia. Menceritakan bagaimana dia boleh menyertai pertandingan realiti popular itu, Syabira sebenarnya pernah terlepas peluang kerana tarikh permohonan untuk menjadi peserta sudah tamat.
“Dua tahun lalu, saya menonton Bake Off bersama teman lelaki saya. Mereka sedang membuat brownies, dan saya berkata kepada diri saya sendiri yang saya boleh buat brownies jadi saya pun boleh menyertai rancangan itu juga. Malangnya, pada tahun itu permohonan telah pun ditutup.
“Jadi saya mempunyai masa setahun untuk belajar membuat roti dan pai, kerana sudah tentu Bake Off lebih daripada sekadar kek. Sehingga setahun yang lalu, saya hanya pernah membuat kek. Tetapi saya seorang yang cepat belajar dan sangat berdedikasi,” ujarnya.
Syabira juga berkongsi yang dia mengetahui dirinya terpilih sebagai salah seorang beserta The Great British Bake Off saat dirinya berada di dalam makmal. Rakan sekerjanya tidak terkejut kerana mereka yakin bahawa wanita berkulit hitam manis itu pasti akan berjaya dek kerana masakannya yang enak.
Mengimbangi masa di antara kerjaya dan juga memasak, wanita yang cemerlang dalam bidang akademik ini menyatakan bahawa pengurusan masa sangat penting. Kongsinya, “Ini semua tentang pengurusan masa. Di tempat kerja saya memberi tumpuan kepada tugas saya dan perkara yang perlu saya selesaikan pada hari itu.
“Semua idea atau latihan untuk memasak saya akan dilakukan sebelum ke tempat kerja. Semasa saya bersiap untuk Bake Off, saya mereka cipta resipi pada jam 5 pagi, dan kemudian saat saya menaiki kereta api, saya akan melayari Instagram dan Pinterest untuk mendapatkan idea. Sebaik sahaja saya pulang, saya akan membakar. Ia meletihkan tetapi ia sangat menyeronokkan.”
Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, Syabira telah dinobatkan sebagai ‘Star Baker’. Kejayaannya itu mendapat perhatian pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan mereka mengucapkan syabas kepadanya di laman Facebook.
“Tahniah kepada Syabira Yusoff kerana telah dinobatkan sebagai Star Baker dalam rancangan The Great British Bake Off malam tadi! Seronok melihat masakan kreatif anda, sentiasa penuh dengan cita rasa Malaysia,” tulis mereka memberikan semangat kepada Syabira.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!