Remaja pernah melaporkan mengenai usaha Zoo Negara yang memperkenalkan kempen pengambilan Haiwan Angkat sebelum ini.
Pengenalan tersebut berikutan kesan daripada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan organisasi seperti Zoo Negara juga merasai tempiasnya. Ini berikutan ketiadaan pengunjung yang membeli tiket lalu menjejaskan dana bagi menampung penjagaan haiwan di sana.
Dalam diam, rupa-rupanya bukan Zoo Negara saja lokasi yang terjejas.
Kira-kira 8 lagi organisasi pemeliharaan haiwan di dalam negara kini turut merayu bantuan dana daripada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup haiwan masing-masing.
Justeru, beberapa program dan kempen khas telah dicetuskan oleh mereka sepanjang musim PKPB ini.
Pihak sanctuary akan menghantar balang berisi kepompong ataupun Pupa Jar kepada kamu untuk dijadikan sebagai haiwan angkat. Dengan hanya mendermakan RM20 untuk 1 balang (tidak termasuk caj RM10 bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia), ia akan tiba di rumah korang dalam 3 ke 4 hari.
Tarikh : 21 April hingga 1 Julai 2020
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan RM10 hingga RM500. Antara haiwan yang terjejas di sini adalah raccoon, rusa Timorensis, kuda ‘pony’ dan kura-kura.
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM500 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain.
Terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk membantu. Korang boleh mendapatkan e-sijil menerusi Friend Package berharga RM30 dan RM50. Terdapat juga pakej lain seperti Supporter Package, Defender Package, Patron Package, Ambassador Package, Hero Package dan Guardian Package; mengikut bajet penderma.
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM500 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain. Antara haiwan yang dipelihara di sini adalah ayam belanda, burung unta, burung merak dan kambing
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM550 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain. Antara kuda yang memerlukan bantuan ialah Prince, Montana, Santana, Horse Saladin, Sofea, Horse Express dan Zucco.
Kempen pemeliharaan harimau Malaya sememangnya merupakan kempen yang popular pada setiap tahun setelah jumlah spesis yang tinggal di Malaysia hanyalah kira-kira 200 ekor. Korang boleh menderma daripada RM10 hingga RM500 mengikut kemampuan.
Anjing juga merupakan haiwan peliharaan yang memerlukan bantuan kita. Dengan menderma serendah RM25 hingga RM1200, korang bukan saja akan menerima e-sijil, malah akan menerima goodies bag berdasarkan jumlah dana.
*
Bagi korang yang berbesar hati untuk membantu haiwan ini bagi meneruskan kehidupan dengan selesa, korang boleh saja layari laman web Ticket2U yang bekerja rapat dengan banyak badan kebajikan dan NGO bagi memudahkan saluran derma.
Bayangkan, sekiranya kita lapar kita tahu di mana untuk mencari makanan. Namun bagi haiwan dan petugas di setiap lokasi haiwan ini, mereka buntu untuk mencari sumber yang sesuai disebabkan kekurangan dana buat masa ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita boleh menyealamtkan lebih daripada seribu haiwan yang bergelut dengan kelaparan.
Perang wabak Covid-19 belum berakhir dan begitu jugalah kepayahan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ke mana sahaja susuk badan ini pergi kehadirannya pasti akan menarik minat orang awam. Berbeza benar popularitinya sebelum dan selepas pilihanraya. Itulah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda Pakatan Harapan yang namanya kian disebut-sebut dek kerana kelantangan serta kehebatannya berbahasa.
Bila tengok beliau berhujah ramai yang tidak menyangka jejaka yang telah dipilih oleh penduduk Muar untuk menjadi menjadi Ahli Parlimen mereka baru sahaja berusia 26 tahun.
Menjadi salah seorang pemimpin muda dan ikon generasi belia Pakatan Harapan, Syed Saddiq telah membawa nafas baru dalam dunia politik tanah air.
Sebelum PRU14baru-baru ini, REMAJA pernah menampilkan artikel tentang hasrat Syed Saddiq dan Pakatan Harapan untuk memberikan tumpuan kepada e-sport dan juga membina stadium e-sport. Ia juga merupakan antara intipati yang turut terkandung dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sekali lagi menegaskan tentang kesungguhan beliau untuk menjadikan manifesto tersebut sebagai realiti. Selepas diberi mandat oleh rakyat dan membina ‘Malaysia Baru’, Syed Saddiq terus melaungkan hasrat anak muda yang ingin melihat e-sport terus dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, kerajaan akan komited untuk membantu generasi muda yang ada potensi menerusi pembangunan stadium e-sukan.
Jelasnya lagi, e-stadium yang dimaksudkan bulahlah bersifat kepada pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti. Jumlah orang muda yang menjadi pemain e-sport semakin hari semakin meningkat dan jumlahnya semakin besar terutamanya di kalangan anak muda berusia 25 tahun ke bawah.
Negara kita kini mempunyai banyak bakat-bakat muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai pertandingan e-sport. Malah, ia juga telah dicadangkan untuk menjadi salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 2024.
E-sport tidak lagi harus dipandang sebagai hanya hobi atau aktiviti yang membuang masa. Dengan pendedahan yang baik serta galakan daripada masyarakat dan kerajaan, bakat-bakat e-sport akan terus cemerlang mengharumkan nama negara.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai ‘Artist of The Year’ dalam anugerah berprestij antarabangsa American Music Awards 2021.
Mengetepikan pencabar lain seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd, kategori utama itu berjaya dirampas oleh selebriti Asia, iaitu BTS dari Korea Selatan.
Selain memenangi kategori terbabit, BTS turut membawa pulang dua trofi utama lain iaitu Duo/Berkumpulan Pop Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Butter.
Empat tahun lalu, selebriti kpop itu pernah tampil buat pertama kalinya di pentas AMA menerusi persembahan lagu DNA dan kemenangan yang diraih mereka tahun ini bagaikan satu mimpi.
Bukan calang-calang selebriti yang pernah memenangi anugerah ‘Artist of The Year’ ni. Semuanya memang nama besar bintang Hollywood.
Jom kita lihat antara selebriti yang pernah merangkul anugerah besar ini dari tahun 2000-an.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan BTS. Korang memang daebak!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan terlupa makan sebelum melakukan persembahan, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz nyaris pitam selepas sesi temubual di belakang pentas.
Menerusi perkongsiannya di Instagram story @azirashafinaz, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan (32) berkata, dia dapat merasakan seluruh badannya kebas selain mengalami kesukaran untuk bernafas.
“BTS yang orang tak tahu. Selepas De Fam di temubual di belakang pentas, dah mula pening & rasa macam tak cukup oxygen” – Azira
“Seluruh badan saya jadi kebas dan saya tak dapat bernafas dengan baik. Saya ingatkan saya akan pitam” – Azira
Kredit: Instagram @azirashafinaz
“Nota untuk diri sendiri: Makan dulu sebelum buat persembahan” – Azira
Dalam perkongsian yang sama, Azira memuat naik gambarnya yang sedang dirawat oleh petugas pasukan perubatan.
“Tapi jangan terlalu risau, Alhamdulilah saya dah semakin baik sekarang” – Azira
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon tersebut dan Azira sempat memberitahu peminat supaya tidak terlalu risau kerana keadaannya sudah semakin baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!