Tinggal 33 hari saja lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini, insyaAllah.
Walaupun masih berbaki lebih sebulan, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai rekaan koleksi pakaian raya tahun ini oleh pereka fesyen tanah air.
Perkara tersebut tidaklah mengejutkan kerana keluaran tiga bulan lebih awal seperti ini sudah menjadi ‘adat’ dalam dunia fesyen.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kepelbagaian bentuk, saiz dan potongan pakaian raya yang diperkenalkan pada tahun ini. Bukan saja baju kurung moden yang melekap pada tubuh boleh korang beli, malah banyak juga jenama fesyen tanah air yang menawarkan seluar sebagai alternatif kepada sarong baju kurung.
Senanglah nak ‘beraksi’ di dapur pada pagi raya nanti! Bukan senang tau nak masak rendang sekuali.
Jom lihat rekaan berseluar pilihan REMAJA tahun ini.
Rico Rinaldi
Ads
Semalam telah menyaksikan pelancaran koleksi #summeraya2018 dan koleksi eksklusif Bespoke Raya 2018 oleh Rico Rinaldi. Tahun ini, buat koleksi tahunan Summeraya, Rico telah mengambil inspirasi gaya yang lebih relaks. Masih ada pilihan dress labuh dan baju kurung untuk pilihan korang, namun yang lebih mencuri tumpuan penulis semalam adalah koleksi sedondon blaus dan seluar labuh. Cantik!
Mimpi Kita
Mimpi Kita merupakan salah satu jenama yang terlibat untuk projek koleksi Abaya oleh Fashion Valet. Bakal diperkenalkan di Dubai UAE, koleksi yang juga boleh didapati secara online di laman web ini mempertaruhkan DNA Mimpi Kita yang ampuh dengan keselesaan, potongan yang menyebelahi si pemakai dan gabungan warna serta corak menarik.
Ads
Rizman Ruzaini
Turut terlibat dalam koleksi Abaya itu adalah jenama eksklusif Rizman Ruzaini. Berbeza dengan pilihan bercorak seperti yang lain, mereka mengekalkan identiti glam namun masih selesa dipakai di mana-mana acara sepanjang musim perayaan kelak. Malah, tak keterlaluan jika penulis sifatkan rekaan koleksi ini sebagai universal dan pelbagai guna.
Aere
Ads
Seringkali, penulis dijamah dengan rekaan ready-to-wear oleh Aere. Namun, untuk koleksi raya ini yang turut dijual di Fashion Valet, ada sesuatu yang berbeza pada rekaannya. Masih mengekalkan stail sofistikated meskipun ringkas, ia bagaimanapun tampak lebih remaja, moden dan penuh dengan perincian potongan pada baju dan seluarnya. Aere juga memperkenalkan koleksi hijab #aerescarf pada kali ini.
Rizalman
Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama fesyen hebat negara ini. Rizalman berjaya memancing hati dan perhatian peminat fesyen (dan peminat Izara Aisyah) seluruh negara apabila memilih kebudayaan dari india sebagai elemen utama untuk koleksi #rizalmanforzalora ini. Bukan saja pertunjukan fesyennya masih menjadi bualan mulut ramai netizen di luar sana, malah dengar cerita koleksi ini terjual laris di online. Tahniah!
* * * * *
Jadi, jenama pakaian raya berseluar mana yang paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi negara yang sedang melawan wabak COVID-19, ucapan setinggi-tinggi terima kasih ingin kami ucapkan kepada barisan hadapan negara (frontliners) yang bertungkus-lumus siang dan malam demi menjaga serta mengawal virus daripada terus menular.
Terdapat ramai individu dan badan-badan bukan kerajaan yang ‘turun padang’ bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka berbesar hati untuk menghargai titik peluh frontliners negara dengan menyalurkan sumbangan serta makanan kepada pasukan tersebut.
Malah sebelum ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sempat menyediakan makanan tengah hari untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
Kepada korang yang juga ingin meluahkan menghargai barisan hadapan kakitangan kesihatan dengan memberikan hidangan makanan yang lazat untuk mengembalikan semula tenaga mereka, laman portal KLOOK kini sedia membantu.
KLOOK melancarkan kempen Salute Our Healthcare Heroes untuk memberi peluang kepada masyarakat Malaysia menghargai petugas kesihatan KKM.
Tanpa perlu keluar dari rumah pun, korang boleh membantu semudah 3 KLIK sahaja.
Antara jenama restoran dan kafe yang mengambil bahagian.
Bermula hari ini hingga 31 Mac 2020, setiap hidangan yang dibeli melalui KLOOK menerusi syarikat F&B terpilih ini akan dijadikan sebagai sumbangan makanan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web KLOOK bagi melihat tawaran yang disediakan.
Setiap jenama F&B menawarkan pembelian minimum mengikut kemampuan korang.
Semoga dengan usaha ini, setidak-tidaknya kita juga mampu memberikan sedikit sumbangan kepada kakitangan yang menyelamatkan nyawa rakyat.
Stay safe at home & eat healthily guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah di belakang tabir penggambaran naskhah baharu di Netflix berjudul The Glory, kini menjadi fenomena dan perhatian umum terutama dalam kalangan peminat setia K-Drama.
Menerusi naskhah tersebut, karakter Park Yeon-ji lakonan Lim Ji-yeon yang gemar merokok menjadi tanda tanya ramai, adakah babak tersebut dilakukan tanpa sebarang bantuan teknik kamera atau sebaliknya.
Seorang bekas wartawan hiburan Korea Selatan, Lee Jin-ho menyoalkan kepada kenalan Ji-yeon, sama ada bintang yang membawa watak antagonis utama dalam siri itu benar-benar seorang perokok.
Menurut sumber, pelakon berbakat besar itu belajar untuk menggunakan rokok supaya kelihatan semula jadi apabila ditonton di layar skrin.
“Seperti yang anda lihat, semangat Ji-yeon. Dia memang menggunakan rokok sebenar. Dia mahu kelihatan natural semata-mata untuk menjayakan watak tersebut,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rancangan hiburan Gegar Vaganza sekali lagi membuat kejutan apabila tiada penyingkiran dilakukan pada minggu kelapan menyaksikan sembilan peserta yang bertandingan sebentar tadi mara ke konsert minggu hadapan.
Dengan tema Kata Di Kota, Nama Di Carta, Jaclyn Victor unggul mendapat markah 85.00 peratus dan mendapat pujian daripada juri. Cemerlang menyanyikan lagu popular Anuar Zain, Lelaki ini, ibu kepada dua cahaya mata ini nyata memukau dengan kawalan vokal yang hebat.
Selain Jaclyn, melengkapkan kedudukan top 3 ialah kumpulan VE yang mengutip markah 80.40 peratus dan Tomok dengan 79.00 peratus. Mereka masing-masing menyanyikan lagu Rozana dan Mentera Semerah Padi.
Manakala bekas peserta Malaysian Idol yang juga penyampai Radio ERA, Dina Nadzir pula berada di kedudukan paling bawah dengan mengutip hanya 60.60 peratus apabila menyanyikan lagu Hijau yang dipopularkan Zainal Abidin. Turut bersama Dina di kedudukan tiga terbawah ialah Asheed Def Gab C dan Fuad Rahman. Mereka masing-masing mendapat markah 63.20 dan 69.80 peratus.
Dalam pada itu, Tomok diumumkan sebagi pemenang Anugerah Next Level Digi manakala Bob Yusof pula dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.
Konsert minggu kelapan ini telah diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap. Mereka disertai oleh penyanyi terkenal Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!