Adakah kehebatan sesebuah jenama fesyen terletak kepada tanda harga yang mahal? Ataupun ketelitian dan keremehan dalam menghasilkan sesebuah rekaan? Hirarki di dalam dunia fesyen berubah-rubah mengikut musim dan juga bergantung kepada demografi pemakainya. Sebagai contoh dalam laporan Independent, jenama Louis Vuitton kini dilihat sebagai sebuah jenama untuk setiausaha oleh golongan kaya China kerana jenama tersebut terlalu senang untuk diperolehi dan boleh dilihat di mana-mana sahaja.
Terbaru dalam hantaran di Instagram, mogul dunia kecantikan dan fesyen, Kylie Jenner, 23, telah memperlihatkan sebuah rekaan selipar rona hitam berkulit tekstur kerikil dari MSCHF yang dianggarkan bernilai USD76 ribu ataupun RM307 ribu. Mahalkan? Rekaan selipar itu mengikut paten selipar Birkenstock dan yang menjadikannya unik adalah bahan yang digunakan menghasilkan rekaan itu.
Ads
Selipar yang berharga seperti sebuah rumah di Malaysia. Sumber gambar: Instagram Kylie Jenner
Menurut pereka jenama itu, bahan yang digunakan untuk membuat selipar itu merupakan dari beg Hermes yang diolah semula. Seperti yang kita tahu, Hermes merupakan antara beg tangan paling mahal di dunia dan untuk mendapatkannya bukan mudah. Bahkan ada yang perlu menunggu giliran.
Selipar koleksi terhad itu boleh dibeli melalui tempahan khas dan harga berada dalam lingkungan USD34 ribu sehingga USD76 ribu. Ia didatangkan dengan kotak berwarna jingga menyerupai kotak ikonik Hermes. Selain Kylie, khabarnya rapper, Future dan juga penyanyi, Kehlani turut memiliki selipar tersebut. Macam-macam gelagar dunia fesyen bukan? Kadang-kadang kedengaran tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Jenama mewakili prestij sesebuah rekaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disclaimer: Perasaan nak rajinkan diri itu adalah sesuatu yang dipupuk dalam diri dan bukan wujud sebaik saja kita dilahirkan. Punctuality is made, not born with.
Tetapi mengikut kajian saintifik yang dilaporkan baru-baru ini, sesetengah daripada kita memang mempunyai kelebihan untuk mengatur jadual masa dengan cekap. Di samping itu, golongan ini juga dikatakan tidak suka menangguh kerja kerana sememangnya sifat mereka sudah dilahirkan begitu.
Cuba tengok kalau korang pun tergolong. Kalau tak ada tu, minta maaf bebanyak ya! Hehe..
Januari
Eddie Redmayne, 6 Januari 1982
January babies adalah orang yang gemar bekerja keras lebih berbanding daripada orang lain. Disebabkan sikap inilah, ramai di kalangan mereka yang sering dipilih sebagai ketua.
Selain ‘terbiasa’ berdisplin ketika melakukan tugasan dan menentukan jadual harian, mereka juga tidak gentar untuk ke hadapan demi mencapai kejayaan. Kalau diminta untuk menawar diri, mereka adalah antara orang pertama yang akan mengangkat tangan, gitu!
Betul ke?
Julai
Lindsay Lohan, 2 Julai 1986
July babies sering disebut sebagai remaja berdisplin. Mengapa? Mereka ini sudah terbiasa mengakui kesalahan sendiri jika terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Selepas itu, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk bangkit daripada kesalahan tersebut.
Disebabkan sifat ‘suka belajar daripada kesilapan lampau’ ini, July babies akan lebih berhati-hati selepas itu dan tidak mahu mengulang ia kembali. Lantas mereka tidak suka untuk menangguh kerja selepas itu.
September
Zendaya, 1 September 1996
September babies mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing tanpa diberitahu oleh orang lain. Itulah yang membuatkan mereka cepat berusaha demi tidak menempah kegagalan dalam hidup.
Walaupun mereka kadangkala dilanda rasa malas, tetapi disebabkan mereka suka mencatatkan reminder notes, mereka akan pantas get back on track.
November
Emma Stone, 6 November 1988
November babies adalah antara orang yang fokus tak ingat dunia! Hehe..
Seriously, korang mempunyai visi untuk siapkan kerja tanpa kisahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Apabila diberikan tugas, korang ada kebolehan untuk block segalanya sehinggalah tugas itu berjaya disiapkan.
Kalau mereka ini menjadi bos pada satu hari nanti, matilah nak..
Apa pendapat korang, tepat tak kajian ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat fesyen sedunia kini mempunyai sebuah lagi filem untuk mereka saksikan tidak lama lagi
Sejak foto-foto belakang tabir dari set penggambaran filem House of Gucci tersebar sekitar bulan Mac 2021, keterujaan peminat filem, peminat fesyen dan tentunya Little Monsters (gelaran yang diberikan kepada peminat Lady Gaga) tidak dapat dibendung lagi.
House of Gucci bukan saja mengimbas peristiwa penting dan dramatik yang pernah berlaku kepada keluarga Gucci dari era 1970-an hingga 1990-an. Filem ini juga menjadi medan gaya fesyen terbaik dipertontonkan semula kepada penonton dan ia khabarnya mendapat inspirasi daripada arkib Gucci sendiri.
Jalan cerita House of Gucci melangkaui tiga dekad dan akan menampilkan perubahan trend fesyen selama 30 tahun menerusi karakter yang dilakonkan oleh Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani bersama sama pelakon lain seperti Adam Driver, Salma Hayek, Jared Leto dan Al Pacino.
Tanggungjawab menyiapkan pakaian para pelakon ini dipikul oleh pereka kostum filem House of Gucci, Janty Yates.
Untuk pengetahuan, Janty juga merupakan individu yang menjayakan kostum filem-filem epik seperti Gladiator (2000) di mana dia memenangi anugerah Oscars bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik, Kingdom of Heaven (2005), Robin Hood (2010) dan The Martian (2015).
Poster pertama Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani. Sumber FOTO : LA TIMESPatrizia Reggiani semasa acara pengebumian suaminya. Sumber FOTO : BUZZ FEED
Tumpuan tentunya terarah kepada gaya Patrizia Reggiani (Lady Gaga) semasa beliau membesar, mengikut jejak langkah ibunya berkahwin ahli perniagaan kaya-raya (Maurizio Gucci) dan semasa beliau merancang pembunuhan Maurizio pada tahun 1995.
Jom lihat enam gaya Gaga paling ikonik dalam filem House of Gucci berdasarkan poster dan teaser filem tersebut.
01
Gaya di lapangan ski dengan memakai goggle berjenama Christian Dior dan sut ski merah kedam sambil menyisip minuman espresso. *Ahh.. bau duit*
02
Masih di lapangan ski tetapi kali ini bersama-sama suaminya yang dilakonkan oleh Adam Driver. Masing-masing tampil mewah dengan padanan klasik hitam-krim-putih. Patrizia pada waktu ini sedang bersiap sedia dengan perancangan jahatnya dan dia menyarungkan topi bulu jenis Cossack, turtleneck dan juntaian rantai bagi melengkapkan gayanya. Hhm, penulis tidak dapat gambarkan Patrizia bermain ski dalam persalinan ini. Hehe..
03
OMG. Ini mungkin adalah persalinan kegemaran kami pada Lady Gaga setakat ini. Walaupun ringkas dalam dress Bvlgari keemasan dengan neckline dramatik yang diperbuat daripada batuan permata kecubung, nilam serta berlian, persalinan ini mengingatkan penulis kepada gaya aktres dalam filem-filem retro dahulu. Think 007
04
Bukan keluarga Gucci lah namanya jika gaya mereka tidak berubah-ubah. Kali ini, Patrizia tampil berlainan dalam persalinan lace putih dengan tali pinggang hitam yang membuatkannya kelihatan ‘bossy’ dan bersesuaian dengan usianya dalam filem ini.
05
Era 80-an terkenal dengan corak retro seperti polka dot dan filem House of Gucci pantas mengambil ‘reference’ tersebut bagi watak Patrizia. Ditambah pula dengan potongan lengan ‘puffed’ dan statement necklace besar, Patrizia kelihatan semakin bersedia untuk perancangan pembunuhannya!
06
Akhir sekali adalah gaya yang ‘paling Gucci’ dalam teaser tersebut. Gaga tampil mahal dalam dress rekaan sebenar Gucci dengan kot berbulu labuh. Inilah salah satu persalinan kostum yang mengambil inspirasi daripada arkib Gucci kerana ia mempunyai momen signifikan bagi jalan ceritanya.
*
Bagi yang belum menonton teaser House of Gucci, klik pada pautan di bawah.
Dan bagi yang ingin menonton tayangan perdana filem House of Gucci pada awal Januari ini, jom sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dalam pautan di bawah.
Pernah tak korang alami situasi kasut yang dibasuh tinggalkan kesan kuning apabila kering?
Nampak buruk dan kotor lagi-lagi kalau kasut berwarna putih. Niat basuh kasut sebab kotor tapi bila dah kering ada pula kesan kuning pada kasut yang kering. Walau basuh kali kedua kesan kuning tetap ada.
Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut Selepas Dibasuh, Guna Trik Tisu Saja!
Sebenarnya kesan kuning ini adalah saki baki kotoran yang tertinggal di permukaan kasut ketika proses pengeringan berlaku. Jangan risau, ada cara yang perlu digunakan untuk mengelakkan kesan kuning ini tertinggal.
Caranya mudah sangat hanya menggunakan tisu tandas atau tisu dapur.
1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas mencuci bersih kasut, lapiskan keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi. Jika menggunakan tisu tandas buat 2 lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tadi.
3. Kemudian boleh jemur atau biarkan kasut mengering.
4. Selepas kasut kering, angkat tisu dan anda akan dapati kotoran kuning akan melekat pada tisu bukan pada kasut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!