Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.
Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.
Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”
Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.
Ads
Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.
“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”
Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Ads
Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Yoo Ah-in yang kini disiasat pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, tampil membuat permohonan secara terbuka di Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran terbaharu dalam kenyataan panjang lebar, pelakon filem popular #Alive itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.
“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.
“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” coretnya panjang.
Pada 5 Februari lepas, polis telah menahan pelakon naskhah Hellbound itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Hasil ujian air kencing mendapati Yoo Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.
Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memasuki minggu ketiga program nyanyian Raise The Star Malaysia pada malam ini, rata-rata penonton dan peminat setiap peserta yang berjaya mara hingga ke tahap ini sudahpun mengenali kelebihan suara, teknik nyanyian, keupayaan lontaran vokal dan serba sedikit personaliti yang dimiliki oleh 18 orang peserta yang masih meneruskan perjuangan mereka.
Begitupun buat juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai, Ikhwan Fatanna, Shila Amzah dan Aina Abdul, mereka rupanya bukan sekadar mencari peserta yang mempunyai bakat nyanyian sahaja.
Itu belum cukup memadai untuk melayakkan seseorang itu dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan ini.
Sebaliknya menurut mereka, seseorang itu perlulah memiliki keaslian atau originaliti serta keunikan identiti agar Malaysia mempunyai permata baharu yang boleh digilap usai pertandingan melabuhkan tirainya kelak.
Ketika menemui Ajai dalam sidang media sebaik program berakhir baru-baru ini, REMAJA mendalami apakah x-factor yang dicarinya daripada 18 peserta berkenaan.
Menurut komposer terkenal tanah air itu, Raise The Star Malaysia membuka peluang yang jarang sekali ditawarkan oleh mana-mana program realiti nyanyian lain termasuk yang pernah diterbitkan oleh Astro sendiri. Ini kerana sebelum ini, acapkali komen-komen yang diterima oleh peserta mereka tidak hadir daripada penerbit muzik atau penulis lirik yang kaya dengan pengalaman bertapak di sebalik tabir pembikinan lagu-lagu hit tempatan.
(Dari kiri) Sebahagian juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai dan Shila Amzah.
“Juri-juri di Raise The Star terdiri daripada producer (dan) writer… jadi kami mempunyai subjek tentang setiap persembahan individu itu. Dan subjek kami akan berlainan.
“Mereka yang memasuki program ini kesemua sudah bagus. Boleh menyanyi. Jadi sekarang yang kami cari ini adalah sparks untuk meluaskan repertoire setiap peserta. Inilah yang kami gelarkan sebagai Artist dan Repertoire atau A&R. Rata-rata sebelum ini, banyak album yang dijayakan oleh subjek-subjek A&R ini semuanya menjadi.
“Itu cabaran yang kami berikan kepada peserta Raise The Star yang masih bertahan. Mereka perlu buktikan bahawa pakej nyang mereka miliki itu lengkap untuk diketengahkan ke hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh turut menambah, kelainan yang dibawakan oleh Raise The Star Malaysia juga terletak kepada perletakan lima orang jurinya yang berpengalaman dalam pembikinan lagu.
“Kelima-lima komposer telah mengikuti perjalanan peserta Raise The Star sejak uji bakat lagi. Bukan setakat itu, mereka menjurikan peserta-peserta yang dipilih oleh mereka sendiri selama lapan minggu.
“Lima peserta terbaik pada akhir pertandingan ini nanti bakal mendapat lima lagu daripada lima komposer terbaik di Malaysia yang ada bersama kita kali ini. Itu adalah kelainan utama Raise The Star berbanding program realiti nyanyianyang pernah kita terbitkan di Astro,” titipnya.
Sekadar info pada konsert kedua minggu lepas, Zuana dan Pasya berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai lima peserta terbaik. Tiga slot lagi dipenuhi oleh Didiy Shazry, Haris Fayahet dan Max Brandon.
(Dari kiri): Zuana, Didiy Shazry, Haris Fayahet, Pasya dan Max Brandon membentuk The Five pada konsert kedua, minggu lalu.
Manakala, empat peserta telahpun disingkirkan selepas mereka mengutip undian markah terendah daripada juri tetap dan penonton.
Teruskan mengikuti saingan sengit Raise The Star Malaysia di Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, 9 malam atau strim melalui Astro One & sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan pepper spray adalah sangat penting untuk kaum wanita kerana ia menjadi sebagai salah satu alat bantuan kecemasan sekiranya sebarang cubaan jenayah dilakukan ke atas diri mereka.
Korang boleh dapatkan pepper spray ini secara online dengan harga serendah RM5.90 sehinggalah RM68. Tak salah kalau kita laburkan sedikit wang demi menjaga keselamatan diri sendiri.
Namun begitu, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang gadis di Facebook (Marry Ferjel Babasa) menjadi viral apabila dia mengajarkan DIY pepper spray dengan hanya menggunakan bahan mudah.
Paling penting, kos yang digunakan juga murah dan berbaloi-baloi untuk korang buat sendiri.
Bahan-bahan:
1. Botol spray
2. Cili
3. Air
Cara penyediaan:
1. Sediakan botol spray. Saiznya bergantung kepada keperluan korang. Lebih baik pilih saiz yang mudah untuk disimpan di dalam handbag.
2. Beli cili ikut keperluan korang. Lebih banyak, lebih baik.
3. Kemudian, potong cili tersebut
4. Selepas itu, masukkan cili yang telah dipotong ke dalam botol spray tadi
5. Letakkan air ke dalam botol cili tersebut dan siap.
Selepas membuat DIY ni, korang cuci la tangan tu cepat-cepat. Nanti berpijar pula satu badan. Hiks! Kalau nak test pepper spray ini, semburkan pada plastik dan korang boleh tahu macam mana kuatnya bau pepper spray tersebut.
Senang je kan?
Selamat mencuba sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.