Sumber foto: CNN

 

Setelah 21 kali negara Filipina dibadai bencana taufan pada tahun 2020, penduduk dunia sangkakan rakyat Filipina sudah lali dengan kehadiran bencana tersebut.

Bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka taufan Vamco ini akan meragut 67 nyawa sepanjang tempoh seminggu lepas di Filipina.

Semalam saja, 21 rakyatnya cedera dan 12 lagi telah dilaporkan hilang. Secara keseluruhannya, taufan Vamco telah mengakibatkan lebih 25,000 kediaman dan infrastruktur bernilai USD9.7 juta rosak teruk.

IKLAN

Bukan itu saja, Filipina yang terkenal dengan hasil pertaniannya juga kerugian USD24.7 juta setelah kawasan agrikultur negara itu terjejas akibat banjir, angin kuat dan tanah runtuh.

Selepas 67 Maut Taufan Di Filipina, Vietnam Pula Teruk Dibadai
Sumber foto: DW.

Kini, CNN World melaporkan keseluruhan Vietnam bersiap sedia untuk berdepan taufan Vamco bermula kelmarin. Dengan kelajuan sekitar 150km/jam, taufan itu telahpun melanda sepanjang 100 kilometer kawasan persisiran laut dekat Barat Laut Da Nang.

IKLAN

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengingatkan penduduk untuk bersiap sedia dengan impak taufan terkuat sepanjang 2020 itu.

IKLAN
Selepas 67 Maut Taufan Di Filipina, Vietnam Pula Teruk Dibadai
Sumber foto: BBC.

“Lebih 8 juta orang di tengah Vietnam akan terkesan. Setiap kali mereka cuba untuk membina semula kehidupan masing-masing, satu lagi bencana ribut datang,” kata beliau.  Sementara itu, lapangan terbang dan kawasan pantai di Vietnam telah ditutup sepenuhnya. Sebarang aktiviti perikanan juga dilarang.

Bagi korang yang tidak begitu pasti sejauh manakah kekuatan taufan Vamco ini, cer klik video di bawah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI