“At the beginning of this year, I asked Allah for a life full of love and purpose, in return this is how we ending our year,” coretnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, Syasya turut berkongsi nama anak lelakinya, iaitu Muhammad Yassir Hayyan.
Ads
“Alhamdulillah, the biggest blessing and amanah for mama and baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tambahnya lagi dengan rasa syukur.
Dalam hantaran yang sama, kelihatan suami tercinta, Nasrullah Mohd Sapie, sedang mengendong bayi mereka dengan penuh kasih sayang.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar bayi tersebut diberikan kesihatan yang baik di ruangan komen.
Sebelum ini, Syasya hampir melahirkan bayi pra-matang selepas mengalami pendarahan ketika kandungannya baru sahaja berusia 30 minggu. Menurut Syasya, doktor memberitahunya bahawa kejadian tersebut berlaku kerana kontraksi yang tidak teratur setiap 10 minit.
Sekadar info, Syasya secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya daripada Dolla pada 8 April lalu atas alasan peribadi. Beliau kemudiannya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah Mohd Sapie dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Anugerah Muzik Asia Mnet 2021 (MAMA) telah pun mengumumkan secara rasmi pencalonan kategori pada tahun ini yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Disember depan.
Terbaharu, acara hiburan tahunan ini telah mengesahkan kehadiran Ed Sheeran ke MAMA 2021. Mnet telah mengadakan sidang media global dan Ketua Penerbit Mnet, Park Chan Wook berkongsi info bahawa Ed Sheeran telah disahkan akan menghadiri acara anugerah itu.
Khabarnya, Ed Sheeran juga bakal membuat persembahan pada acara gilang-gemilang itu, memandangkan beliau merupakan penulis lirik lagu Permission To Dance yang dinyanyikan oleh kumpulan BTS.
Selain itu, kemunculan Wanna One turut dinanti kerana mereka akan bersatu semula untuk membuat persembahan pada MAMA 2021.
Nah, mesti peminat kpop dah tak sabar nak menyaksikan MAMA 2021 kan? Siapa yang bakal membolot kategori yang dipertandingkan nanti? Sama-sama kita saksikan pada 11 Disember depan.
Filem Marvel yang ditunggu-tunggu, Spider Man: No Way Home akhirnya bakal ditayangkan di seluruh pagawam tanah air bermula 16 Disember ini.
Foto: Sony Pictures
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.
Foto: Sony Pictures
Korang mesti dah tak sabar nak tonton filem terbaharu Spider Man ini kan?
Tapi sebelum itu, kami ada hadiah istimewa daripada siri Spider Man: No Way Home berupa merchandise dan tiket tayangan perdana dengan hanya menjawab soalan mudah yang diberikan. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 14 Disember 2021 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC 1 Utama
Merchandise istimewa Spider Man: No Way Home
5 x Spider-Man: NWH Laptop Decal
5 x Spider-Man: NWH Metal Key-Ring
5 x Spider-Man: NWH Phone mascot
5 x Spider-Man: NWH Drawstring Bag
5 x Spider-Man: NWH Toiletries Bag
2 x Spider-Man: NWH 10 cm Squishy
5 pasang tiket tayangan perdana Spider Man: No Way Home
Spider-Man: NWH Toiletries BagSpider-Man: NWH 10 cm SquishySpider-Man: NWH Drawstring Bag
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!