Selebriti Melaram Di Resepsi Nelydia Senrose, Siapa Paling Wow?

Share

 

Tahniah kami ucapkan kepada Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi yang baru saja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan.

Kalau sudah namanya resepsi selebriti, tentulah ramai rakan selebriti yang hadir melaram pada malam ini. Jom tengok stail siapa yang menjadi kegemaran korang.

 

Nelydia Senrose

Okay kami perlu sertakan sekali Nelydia di dalam senarai ini kerana dia kelihatan cukup cantik sekali!

Mendapat sentuhan jurusolek Dato Alha Alfa dan dandanan CKay Liow, Nelydia kelihatan seperti seorang puteri dalam persalinan Rizman Ruzaini ini.

 

Uqasha Senrose

Fuh merah Mak Ngah! Uqasha mendapat perhatian ramai malam ini dengan persalinan kebaya lace oleh Ezuwan Ismail. Rambut didandan bersanggul agar tidak menutupi perincian manik pada baju.

 

Raysha Rizrose

Dewi Remaja 2014/2015 ini juga memilih persalinan ala kebaya tetapi dimodenkan dengan sentuhan drapping pada bahagian pinggang. REMAJA juga menyukai pemilihan aksesori anting-anting Raysha yang cocok dengan warna nude bajunya.

 

Syamim Farid

Naib juara Dewi Remaja ini membuktikan persalinan ringkas tidak semestinya membosankan. Kata kuncinya adalah kekemasan dan kami amat cemburu dengan dandanan rambut serta solekan Syamim!

 

Nadiyah Shahab

Jika tak bergaya, bukan Nadiyah Shahab lah namanya. Suri kepada Ben Ali ini datang untuk meraikan sahabat baiknya dalam persalinan merah kedam dan drapping pada bahagian dada. Siapa kata beg dempak tak boleh dijadikan kluc elegan?

 

Fazura

Ringkas tetapi bersesuaian dengan majlis resepsi pada malam ini! Gaya dan dandanan Fazura ini mudah untuk ditiru oleh kita semua jika berkunjung ke majlis resepsi perkahwinan. Biru gelap dan gincu menyerlah, you are good to go!

 

Whulandry

Hamil tak semestinya dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Bekas finalis Miss Indonesia, Whulandry mengenakan dress sarat longgar untuk dipadankan dengan baju Melayu suaminya ke majlis Nelydia. Rambut ringkas dibawa ke belakang agar perincian baju lebih menyerlah.

 

IKLAN