Selebriti Makin Aktif Politik, Hans & Altimet Rebut Jawatan Ketua Bahagian PKR?

Share

Tidak ada apa yang menghairankan sekarang jika seorang selebriti ‘terjun’ ke dalam bidang politik. Di negara jiran kita, Indonesia juga memperlihatkan penyanyi terkenal mereka Kris Dayanti kini menjadi Ahli Parlimen dan di Malaysia, Dira Abu Zahar juga merupakan selebriti pertama yang bergelar wakil rakyat.

Terbaharu, dua selebriti tempatan dikatakan bakal menghangatkan lagi pemilihan parti PKR apabila Hans Isaac dan penyanyi rap Altimet dikhabarkan telah mendaftar untuk bertanding jawatan ketua bahagian Ampang, kerusi yang pernah disandang oleh Ahli Parlimen, Zuraida Kamaruddin.

Menurut Malaysiakini, Hans dan Altimet dijangka berdepan enam yang lain, termasuk penyandang ketua bahagian Mohd Kamri Kamaruddin. Namun begitu, senarai itu masih belum muktamad kerana tempoh penamaan calon pemilihan PKR hanya dijadualkan berakhir tengah malam ini (12 Mac).

Hans sebelum ini menyertai PKR pada tahun 2020 dispekulasikan akan bertanding di kawasan parlimen Ampang pada pilihan raya umum (PRU) ke-15. Manakala, Altimet menyertai parti itu pada April tahun lalu bersama rakan selebriti, Afdlin Shauki.

Hans dan Altimet juga turut dilihat banyak melakukan kerja-kerja kebajikan seperti yang telah dimuat naik di laman media sosial. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada dua selebriti ini sendiri.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN