
Isi Kandungan
ToggleAntara sebab-sebab Altimet menyerahkan mandat memperjuangkan lagu Bunga ketika di AJL 33 kepada Dfem adalah kerana dia ingin bersara dari industri seni. Yup! Sejarah tercipta apabila 26 lagu dengan 20 variasi artis tanah air, diiringi live band selama 2 jam tanpa henti dipentaskan di Dewan Merdeka PWTC, 16 Februari semalam!
Hampir 4000 peminat dan rakan selebriti hadir bagi menonton konsert terakhir itu. Memang meriah. Antara 20 rakan-rakan seperjuangan turut membuat persembahan ialah Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Noh Salleh, Zizi Kirana, Ila Damiaa, Cuurley dan ramai lagi.
Altimet yang telah bertapak di dalam industri seni, dengan membahsakan rakyat Malaysia menerusi karya rapnya sejak tahun 2000 ini mempunyai banyak lagu hit seperti Bunga, Amboi, Negaraku, Oh My English dan banyak lagi. 20 artis yang terlibat dalam pentas terakhir Altimet pada malam itu, antara sumbangan idea Altimet terhadap mereka.
Menurut Altimet, berakhirnya konsert ini bukan bermakna dia akan menyepi dari industri serta-merta. Karya-karya agongnya akan dipersembahkan oleh artis-artis lain, dan rap hanya akan dilakukan secara underground. Untuk masa terdekat, Altimet akan diteruskan dengan lakonan pementasan Ola bola di Istana Budaya tidak lama lagi, dan dia akan berkolaborasi bersama Nescafe akan datang.
Apa-apa pun, Remaja nak ucapkan good luck kepada Altimet dimana saja dia ingin berkarya.
Jangan pejam mata,
Aku nak kau tutup mulut,
When Altimet is on the mic,
16 baris tak cukup!
Padu beb!!!!
10 Selebriti Korea Yang Dijangka Tamat Jalani Latihan Ketenteraan Pada 2022

Isi Kandungan
ToggleSudah menjadi kebiasaan bagi peminat selebriti Korea untuk melepaskan idola mereka menyertai latihan ketenteraan setelah cukup syarat bagi lelaki warganegara itu.
Peminat akan merasa kehilangan apabila selebriti pujaan mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan berikut. Latihan ketenteraan diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan tanpa pengecualian.
BACA: 7 Selebriti Korea Yang Dikecualikan Daripada Latihan Ketenteraan
Setiap tahun, ada sahaja selebriti lelaki Korea yang akan dihantar menyertai latihan ketenteraan ini. Tahun ini, ramai idola dijangka akan kembali pada pertengahan tahun 2022 selepas berjaya menamatkan latihan yang memakan masa lebih kurang 18 bulan.
Berikut merupakan antara 10 selebriti yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada tahun 2022.
Ricky Teen Top

Penari utama kumpulan kpop ini menyertai latihan ketenteraan pada 18 Januari 2021 dan selepas menamatkan latihan asas dia berkhidat dengan kumpulan tentera. Ricky dijangka dilepaskan pada Julai tahun ini.
Hajoon The Rose

Pemain drum dan rapper kumpulan ini telah berkhidmat dalam tentera sejak 12 Oktober 2020. Hajoon menyertai Tentera Udara dan bersedia untuk menamatkan perkhidmatannya pada Julai 2022.
Park Kyung Block B

Pada awalnya selebriti ini sepatutnya memulakan latihan ketenteraan pada 19 Oktober 2022 namun disebabkan kesihatanya membawa perubahan peranannya daripada seorang askar yang aktif kepada seorang pekerja perkhidmatan awam.
Jaehyung The Rose

Jaehyung memulakan latihan ketenteraan pada 9 November 2020 dan dijadualkan akan menamatkan latihan pada Ogos 2022.
L Infinite

Selepas menamatkan latihan asas selama lima minggu, selebriti ini berkhidmat sebagai tentera marin dan bakal dibebaskan pada Ogos depan.
Hui Pentagon

Ketua kumpulan kpop ini memulakan latihan pada 18 Februari 2021 dan menerima latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Pengambilan Tentera Nonsan di Wilayah Chungcheong Selantan. L dijadualkan akan menamatkan latihan selewat-lewatnya pada November ini.
Chanyeol EXO

Chanyeol memulakan latihan ketenteraan selama empat minggu bermula 29 Mac 2021 dan ditugaskan ke sebuah unit tentera. Selebriti ini bakal menamatkan latihan pada akhir September 2022.
Sungjin DAY6

Selebriti ini khabarnya bakal menamatkan latihan ketenteraan pada awal September 2022.
C.A.P Teen Top

C.A.P menyertai latihan ketenteraan pada 10 Mei dan dikhabarkan bakal menamatkannya pada awal November 2022.
Taemin SHINee

Taemin mengalami simptom kemurungan yang teruk sehingga dia terpaksa dipindahkan pada 14 Januari 2022 ke perkhidmatan awam untuk meneruskan tugas ketenteraannya. Dia dikhabarkan bakal dibebaskan pada November ini.
BACA: 7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu idola korang keluar daripada latihan ketenteraan ni kan? Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Bergelar Pensyarah, Kini Najwa Latif Sambung PhD Di UKM

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa yang kini memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah mengakui, misinya apabila meneruskan pengajian pada peringkat PdD ini tidak lain tidak bukan adalah demi terus mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai seorang pendidik profesional.

“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan tidak pernah ada penghujung,”
“Walaupun setelah tamat PhD nanti, saya rasa saya masih akan hendak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi, terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” memetik daripada laporan portal tempatan.
Gadis berusia 26 tahun ini khabarnya masih dalam proses menentukan topik penyelidikan yang ingin dikaji bagi melengkapkan tesisnya nanti.

“Setakat ini, saya hendak fokuskan penyelidikan dalam lapangan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi platform atas talian. Tetapi saya masih belum berbincang dengan penyelia. Belum putuskannya lagi sebab saya baru saja tamat hadiri taklimat pengajian minggu ini,” jelasnya.
Najwa tidak menafikan dia cukup teruja apabila memikir akan gelaran doktor yang bakal diperolehinya nanti. Bukan saja itu menjadi bekalan motivasinya, ia juga satu pencapaian yang luar biasa untuk Najwa yang pernah satu ketika dahulu tidak begitu meminati bidang akademik.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Najwa Latif dan semoga kejayaan yang dikecapinya ini menjadi inspirasi buat anak muda untuk lebih berjaya dalam pelajaran.
Walaupun mempunyai minat dan berbakat dalam bidang seni, Najwa tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan berusaha mencapai kejayaan di peringkat yang lebih.
Sumber: (1)
16 Perkhidmatan Penstriman Yang Korang Boleh Langgan Dengan Harga Serendah RM10

Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan kebanyakan daripada masyarakat dunia sudah beralih arah menonton drama atau filem menerusi perkhidmatan penstriman video. Ramai yang sudah tidak memilih untuk menonton di kaca televisyen, sebaliknya lebih selesa untuk menonton di gajet masing-masing.
Netflix, Viu, iQiyi dan iFix antara yang sering menjadi sebutan bagi perkhidmatan penstriman video popular yang digunakan oleh masyarakat Malaysia. Namun begitu, tahukah korang sebenarnya ada banyak lagi saluran digital yang memaparkan kandungan televisyen, drama dan filem-filem menarik?
Paling best, caj bulanannya pun tidak terlalu mahal, boleh dilayari dengan harga serendah RM5 sebulan. Jom kita lihat antara perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan di negara kita.
1. Dimsum

Saluran ini menawarkan akses kepada filem, drama dan sejumlah rancangan Asia, serta mempunyai akses kepada siaran TV secara langsung untuk berita. Mempunyai akses percuma dan langganan berbayar bermula RM8.
2. WeTV

Rakan kerjasama iFlix yang ditawarkan secara percuma. Antara kandungan siaran yang terkandung dalam perkhidmatan ini adalah siri-siri drama dan filem dari Asia, terutamanya China. WeTV juga turut mempunyai akses kepada anime.
3. MyWayang

Menawarkan akses kepada filem Malaysia, Indonesia dan Asia dengan harga RM8 sebulan.
4. Siar

Siar merupakan perkhidmatan penstriman yang menawarkan filem tempatan, merangkumi pelbagai genre sepanjang zaman. Pelbagai siaran filem boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan kadar langganan yang rendah dan berpatutan. Langganan sebulan hanya RM10 dan bagi langganan tahunan pula berharga RM100.
5. Nurflix

Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan eksklusif bertemakan gaya hidup muslim secara percuma dengan pilihan bayaran bulanan RM36.
6. HBO Go Asia

Menawarkan akses kepada sejumlah siri TV, filem dan dokumentari dengan harga RM34.90 sebulan dan boleh diakses oleh pelanggan Astro. Terdapat sejumlah kandungan eksklusif yang tidak terdapat pada perkhidmatan lain.
7. Amazon Prime Video

Ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan, Amazon Prime Video menawarkan akses kepada filem, drama, siri televisyen dan dokumentari, serta beberapa rancangan eksklusif menarik.
8. Tonton Cinema

Tonton ditawarkan secara percuma, tetapi Tonton Cinema menawarkan perkhidmatan sewa filem pada harga serendah RM1 untuk sebuah filem yang boleh ditonton dalam tempoh 48 jam.
9. KiniDia

Menawarkan akses kepada filem tempatan secara percuma atau RM9.90 untuk satu filem.
10. Mubi

Menawarkan akses bagi filem-filem dari Asia, termasuk filem Malaysia dengan harga RM10 sebulan.
11. Tubi

Menawarkan filem-filem klasik dari barat secara percuma.
12. Zee5

Kandungan filem dan siri televisyen dari India dengan harga RM14 sebulan.
13. Netflix

Antara perkhidmatan penstriman yang popular, Netflix menawarkan akses filem, siri TV, k-drama, dokumentari dan siri reality dengan harga bermula RM17 sebulan. Saluran ini turut mempunyai banyak rancangan eksklusif.
14. Viu

Menawarkan banyak drama dan filem Korea, serta beberapa kandungan tempatan dengan pakej premium berharga RM12.90 sebulan.
15. iQiyi

Ditawarkan secara percuma dengan akses langganan VIP bermula dari RM8.90. iQiyi menawarkan akses kepada sejumlah kandungan dari Asia, filem, siri televisyen dan anime.
16. iFlix

Menawarkan akses kepada sejumlah kandungan siri televisyen dan filem serta kandungan tempatan secara percuma atau akses VIP dengan harga RM10 sebulan.
Ha, banyak kan? Pilih sahaja mana satu yang korang suka. Semuanya hanya dihujung jari. Hiks! Malah, kebanyakkannya boleh diakses secara percuma, cuma ada beberapa filem atau drama eksklusif yang perlu korang akses dengan pembayaran ahli.
Selamat menonton!
Sumber: amanz