Selamat Bertugas Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Share

Istana negara menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim

sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Keputusan ini dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebelah pagi tadi agar Baginda boleh mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Perlantikan ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya pada jam 5 petang ini, difahamkan bakal berlangsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.

Nantikan kemaskini susulan daripada REMAJA.

BACA LAGI: YDP Agong Titah Agar Bersederhana, “Yang Menang Tidak Menang Semua, Yang Kalah Tidak Kalah Semua..” – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN