Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang menyentuh hati ramai apabila pelakon, Datin Seri Noniswara berkongsi momen anaknya, Erysha Emyra, menemani arwah bapanya ketika menerima rawatan di hospital.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Noniswara mendedahkan keadaan Erysha ketika itu yang hilang selera makan sehingga dia terpaksa dipaksa untuk menjamah makanan.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 56 tahun itu berkata, anak perempuannya mempunyai satu tabiat yang masih kekal sehingga kini meskipun sudah dewasa.
“Video ini diambil ketika berada di hospital. Dia langsung tiada selera makan dan terpaksa paksanya untuk makan.
Ads
“Sejak kecil hingga sekarang, kalau makan memang selalu perlu disuap oleh daddy, mummy atau abangnya.
Ads
“Itulah Erysha, selamanya manja dan sentiasa menjadi anak kecil kesayangan kami,” katanya.
Ads
Terdahulu, bapa kepada Erysha iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman disahkan meninggal dunia pada petang Jumaat.
Sebelum itu, Erysha turut memohon doa daripada orang ramai buat bapanya yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang turut menzahirkan ucapan takziah serta doa buat keluarga mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres popular, Eyka Farhana, mencuri perhatian warganet apabila dilihat bersama beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson dan Yaya Zahir di sebuah restoran mewah.
Menerus sebuah video di media sosial, kesemua selebriti tersebut dilihat sedang menari sambil melakukan ‘lip sync’ menggunakan lagu viral Garam Dan Madu.
Selain itu, Azira Shafinaz turut berkongsi momen tersebut menerusi Instagram Story, memeriahkan lagi sesi ‘bride to be’ yang disambut bersama Eyka.
Untuk makluman, Eyka Farhana dan pasangan, Akhyar, telah selamat bertunang pada 4 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Hubungan mereka mula diketahui umum sejak 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Yaya Zahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tiga anak kepada pasangan selebriti Datin Almy Nadia (40) dan Datuk Fizz Fairuz (46) mencuri tumpuan pengguna di media sosial apabila masing-masing berjaya menerima Anugerah Bintang Akademik, sekaligus mengukuhkan reputasi keluarga itu dalam aspek pendidikan.
Kisah manis tersebut dikongsikan Datin Almy sendiri menerusi Instagram, lengkap dengan foto dan video yang memaparkan momen anak-anaknya Nur Afrina Arianna (10), Nur Afrina Aurora (9), dan Nur Afrina Ayra (7) melangkah yakin ke pentas untuk menerima sijil serta trofi penghargaan atas pencapaian akademik sepanjang tahun ini.
Dalam perkongsian sama, beliau turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dan kejayaan yang diterima anak-anaknya. Selain itu, Datin Almy menyifatkan pencapaian itu sebagai hadiah penghujung tahun yang menambah kebahagiaan buat keluarga mereka.
“Alhamdulillah tahun ini 3 ketul ini dapat anugerah akademik syukur… Tahun depan usaha lagi okay anak-anak,” tulisnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berpesan agar ketiga-tiga puteri kesayangannya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian, lebih-lebih lagi ketika usia mereka masih muda dan penuh potensi.
Dalam pada itu, kejayaan anak-anak gadis pasangan pelakon berkenaan pantas menarik perhatian warga internet yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar mereka terus konsisten meraih kecemerlangan dalam pelajaran pada masa akan datang.
Lebih menarik lagi, pencapaian ini hadir selepas Datuk Fizz Fairuz sendiri menerima pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Kelapan Akademi Kreatif Meatech menerusi Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), menjadikan tahun ini antara detik paling bermakna buat keluarga tersebut.
Sementara itu, keseluruhan kejayaan ini sekali lagi menonjolkan komitmen pasangan selebriti itu dalam menitikberatkan pendidikan sebagai asas penting dalam membentuk masa depan anak-anak mereka. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh peminat K-Drama tiba juga apabila Netflix akan mula menayangkan drama Vincenzo mulai hari ini!
Tentunya, jalan cerita drama anti-hero yang mengisahkan tentang ‘perunding’ yang berkhidmat untuk mafia Itali ini sudah cukup untuk menarik perhatian penonton.
Bagaimanapun, satu lagi tarikan Vincenzo terletak pada barisan pelakon trio utamanya. Masing-masing mempunyai kelompok peminat yang cukup luar biasa.
REMAJA berkesempatan menyertai sidang media yang dihoskan oleh Netflix bersama-sama Song Joong-ki (Vincenzo Cassano), Jeon Yeo-been (Hong Cha-young) dan Ok Taecyeon (Jang Joon-woo) bagi mendalami peranan masing-masing dan apa yang membuatkan Vincenzo sebagai drama yang sama sekali tidak boleh dilepaskan oleh penonton.
Karakter mereka bertiga ini mungkin sekali berkait rapat dengan dunia guaman. Bagaimanapun, misi dan agenda yang mereka miliki adalah berlainan dan di situlah timbulnya konflik mahupun persamaan yang wujud tanpa sedar.
Malah, Joong-ki melihat ada sedikit persamaan di antara wataknya, Vincenzo Cassano dan watak Tom dalam filem Godfather.
Song Joong-ki.
“Kami bertiga mempunyai karakter anti-hero yang membuatkan drama ini menarik. Ada masanya, kami kelihatan lebih seperti ‘villain’ daripada villain sebenar.
“Semasa peringkat awal membaca skrip tentang K-drama berkonsep perunding Mafia yang berhijrah ke Korea, saya sendiri tidak pasti sama ada drama ini akan ‘makes sense’ memandangkan ia adalah genre baru.
“Ada drama, komedi dan fantasi dalam Vincenzo. Namun, saya rasakan pengarah Kim Hee Won berjaya untuk menggabungkan unsur Mafia dengan masyarakat Korea zaman ini. Ramai yang boleh ‘relate’ dengannya.”
“Kita selalu menonton berita tentang kes jenayah di TV pada setiap hari. Vincenzo mengkritik masyarakat kita yang terlibat dalam jenayah secara langsung atau tidak. Dan saya rasakan cara Vincenzo menghukum pesalah adalah refreshing serta memuaskan hati,” jelas Joong-ki yang perlu mempelajari slanga dan bahasa Itali demi drama Vincenzo ini.
Drama Vincenzo juga umpama magnet buat peminat bekas ahli grup 2PM, Ok Taecyeon apabila dia melakukan comeback setelah kali terakhir muncul menerusi drama The Game: Towards Zero, tahun lalu.
“Sekiranya Joong-ki dan Yeo-been perlu melakukan persediaan rapi untuk menguasai watak peguam, saya pula lebih chill kerana watak Joon-woo merupakan seorang intern yang sering melakukan kesalahan dan naif.
“Ada masanya, saya juga pelik bagaimana dia boleh melepasi bar exam untuk menjadi peguam! (ketawa)”
“Dia menyimpan perasaan terhadap Hong Cha Young namun cinta itu ditolak dengan keras. Episod demi episod, penonton akan menyaksikan jalan cerita Joon-woo berkembang, begitu juga dengan kematangannya.
Ok Taecyeon
“Sebelum ini, saya dan Yeo-been pernah bekerjasama menerusi drama Save Me pada tahun 2017, jadi kami selesa bergandingan. Dengan Joong-ki pula, ini adalah kali pertama kami dalam produksi sama.
“Biarpun babak saya dan Joong-ki tidak begitu banyak, tapi kami berjaya mewujudkan persekitaran yang mesra di set sepanjang 6 bulan penggambaran Vincenzo,” kata Taecyeon yang tidak lokek dengan senyuman semasa menjawab soalan sidang media.
*
Berbeza dengan watak Taecyeon dalam drama Vincenzo itu, watak Hong Cha Young lakonan Jeon Yeo-been pula bersifat serius dan mempunyai motif untuk ‘menang’ dalam apa jua keadaan.
Jeon Yeo-been.
“Sebagai peguam di firma paling berprestij di Korea, Cha Young tidak berpandukan kepada apa yang benar atau tidak. Dia membuat keputusan berdasarkan apa yang akan memberikan kelebihan kepadanya. Itu membuatkan saya tidak sabar menantikan apakah yang akan dilakukan oleh watak saya ini dalam situasi berbeza.
“Sebagai seorang pelakon yang tidak berapa dikenali, saya terkejut apabila saya merupakan pelakon pertama yang direkrut untuk Vincezo sebelum Joong-ki dan Taecyeon.”
“Saya sudah lama meminati Joong-ki sejak di sekolah menengah manakala saya dan Taecyeon pula pernah bergandingan sebelum ini dan saya tahu dia seorang yang amat prihatin terhadap orang lain. Ia membuatkan saya lebih mudah mendalami karakter karismatik seperti Hong Cha Young ini.
“Saya tahu tak semua penonton akan menggemari Cha Young, tapi itulah yang membuatkan saya lebih menyukainya. Cara dia bercakap dengan cepat, pergerakannya yang unik. Dia tahu dia tidak perlu disukai untuk berjaya,” jelas pelakon berbakat berusia 31 tahun itu.
Bagi korang yang gemarkan K-drama penuh cliffhanger, kejutan, kadangkala kelakar atau sekadar ingin menonton tiga orang pelakon utama ini, Vincenzo adalah jawapannya.
Tonton Vincenzo pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula hari ini di platform penstriman atas talian, Netflix.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REXKL baru-baru ini bertukar menjadi sebuah dunia bawah tanah yang penuh misteri apabila Astro menganjurkan pengalaman imersif istimewa sempena francais animasi tempatan popular, Kisah...