Selalu ‘Berangan’ Jadi Model KLFW? Mungkin Tahun Ini Masa KAMU Menyerlah

Share

 

Tak salah untuk berangan. Daripada angan-angan itulah tercipta keinginan dan semangat untuk berusaha.

Jika korang mempunyai kriteria bak seorang model dan sentiasa tercari-cari peluang untuk menonjolkan diri ke hadapan di pentas peragaan berskala besar, mungkin 2022 adalah tahun bertuah korang.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW 2022 kini sedang mencari wajah-wajah baharu lagi fresh untuk memperagakan koleksi pereka fesyen terkenal tanah air.

Kolaboratif di antara KLFW dan jenama elektronik popular, SAMSUNG Malaysia ini dinamakan sebagai ‘The Perfect 10 Model Search 2022’ dan ia sedang mencari model-model lelaki dan wanita yang mampu menawan pentas peragaan tahun ini.

Sumber Foto : KLFW

Pencarian ini terbuka kepada mana-mana warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berusia dari 18 sehingga 30 tahun.

Menurut syarat-syarat penyertaan yang disenaraikan oleh mereka, pencarian model ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira pengalaman lalu sama ada pernah menyertai sebarang pertunjukan fesyen ataupun tidak.

Yang penting, korang perlu menghantarkan foto masing-masing dan pastikan segala maklumat dalam borang penyertaan secara tepat. Sebagai contoh, maklumat seperti ketinggian, ukuran pinggang, pinggul, dada, kasut, warna mata dan warna rambut.

Bagi penghantaran foto pula, kesemua pemohon perlu memilih enam foto yang menunjukkan ukuran badan penuh, dari pinggang ke atas, wajah, dua foto profil (dari sisi kiri dan kanan wajah) dan juga satu foto wajah tersenyum.

Foto-foto ini haruslah diambil di kawasan luar bangunan dengan sinaran semulajadi (tapi usahlah pula di bawah terik matahari ya!) dalam keadaan wajah tidak mempunyai solekan. Bagi yang mempunyai rambut ikal memanjang pula, lepas rambut korang dalam keadaan kemas.

Tapi chop! Jangan pakai baju sebarangan ya. Ini adalah kod pemakaian untuk foto pemohon:

Lelaki : Top polos berwarna ringkas atau ‘singlet’ dan seluar denim mengikut bentuk kaki.

Wanita : Top polos berwarna ringkas dan seluar jenis legging atau denim bersama kasut tumit tinggi.

Bagi model-model yang kini sedang diwakili oleh mana-mana agensi peragaan pula, mereka juga turut berpeluang untuk terlibat dalam KLFW 2022. Syaratnya, mereka haruslah memperolehi kebenaran daripada pihak agensi sebelum memohon selain perlu menyenaraikan butiran peribadi mereka untuk dihubungi.

Sumber Foto : KLFW

Setelah menghantarkan pemohonan ini, korang akan dipanggil (kira-kira dalam masa tiga hari bekerja) untuk menghadiri sesi uji bakat atau casting secara fizikal bagi memberi peluang untuk pihak KLFW menilai cara berjalan dan personaliti korang.

Setiap pemohon yang menerima panggilan ini harus menghadiri sesi casting di hotel W Kuala Lumpur, Jalan Ampang pada 30 Julai ini. Di sana, akan ada beberapa individual penting di belakang meja penjurian termasuklah pengasas KLFW sendiri iaitu Andrew Tan.

Akhirnya, hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk berjalan di pentas peragaan KLFW 2022 sebagai sebahagian daripada pertunjukan awalnya. 10 pemenang ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik tau termasuklah penginapan satu malam di hotel W Kuala Lumpur.

*

Ingat! Penyertaan dibuka sehingga 27 Julai ini sahaja. Teruskan menghantar borang masing-masing ya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN