Selain Shiha Zikir, 3 Momen ‘Tukar Baju 3 Saat’ Ini Pernah Jadi Viral

Share

 

MASIH dengan kisah Anugerah Juara Lagu ke-35.

 

Seperti yang korang saksikan pada malam Ahad lalu, pelbagai momen menarik telahpun berlangsung. Ada yang berjaya dirakamkan oleh produksi, ada juga yang terlepas peluang menayangkan idea persembahan mereka seperti yang berlaku kepada pelantun lagu 7 Nasihat, Shiha Zikir.

Ramai yang terkejut setelah baju kurung serba biru yang dipakai Shiha bertukar wajah kepada gaun merah keemasan dalam masa 3 saat je!

Namun, Shiha rupa-rupanya bukanlah personaliti pertama yang pernah menampilkan idea tersebut dan bertukar viral. Jom lihat 3 lagi momen ‘Tukar Baju 3 Saat’ ini.

 

01

Momoko Abe

Ini adalah ciptaan kostum nasional pertama di pentas ratu cantik Miss Universe yang menampilkan teknik menukar baju. Wakil Jepun, Momoko Abe telah membanggakan negara matahari terbit itu dengan memenangi kategori kostum nasional hasil kreativiti pasukannya.

Mereka menggayakan Momoko dalam kostum ala ‘Ninja Warrior’ serba hitam sebelum Momoko bertukar imej kepada gaun Kimono moden.

Momen tersebut cukup flawless dan mendapat tepukan gemuruh penonton semasa peringkat preliminary pertandingan.

 

02

Ayah ‘Disney’ Filipina

Nephi Garcia yang lebih popular di Instagram sebagai Designer Daddy telah mencuri tumpuan pada tahun lalu setelah dia menghasilkan gaun wanita dan kanak-kanak yang diinspirasikan daripada filem Disney.

Namun, ia bukan gaun biashe-biashe. Ia adalah gaun yang boleh bertukar dalam 3 saat.

Setelah kehilangan kerja, isterinya mencadangkan agar Nephi menggunakan bakat dan kreativitinya itu sebagai karier bar. Pada hari ini, Nephi bukan sekadar mencipta gaun puteri Disney saja tetapi juga berjaya mereka kostum ‘Sonic ke karakter Toy Story 4’.

Memang wow!

 

03

Yook Sungjae & Joy

Akhir sekali adalah semasa ahli kumpulan K-Pop, BtoB dan Joy dari grup Red Velvet menjayakan sebuah persembahan di acara anugerah SBS di Korea.

Mereka ditemukan dalam program realiti We Got Married musim keempat dan persembahan lagu Marry You nyanyian asal Bruno Mars itu adalah bagi tujuan promosi program tersebut.

Menariknya di tengah-tengah persembahan, Joy dan Sungjae telah mengagumkan penonton seperti Yoo Jae-Suk, HaHa dan Choi Minho setelahh mereka menukar baju berwarna merah kepada persalinan serba putih dalam sekelip mata.

*

Biarpun idea ‘menukar baju dalam 3 saat’ yang dibawakan oleh Shiha Zikir semasa persembahan 7 Nasihat, Ahad lalu bukanlah sesuatu yang ‘baru’, namun ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Seharusnya, kita raikan kreativiti dan keberanian Shiha serta skuad glamnya mencuba sesuatu yang baru di program hiburan di Malaysia.

IKLAN