Penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul mengakui sedang berdepan cabaran tersendiri dalam membuat persiapan menjelang pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.
Bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan yang dijadualkan berlangsung di Thailand pada November ini, Aina kini perlu memberikan perhatian penuh kepada penghasilan sebuah karya baharu termasuk merancang konsep persembahan dari awal.
Lebih mencabar, penyanyi lagu Kamu itu perlu memastikan semuanya dapat disiapkan dalam tempoh yang agak singkat.
Pilih Lagu Dalam Bahasa Inggeris
Menurut Aina, dia telah membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah lagu sepenuhnya dalam bahasa Inggeris untuk dipersembahkan di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.
“Saya ambil keputusan menghasilkan sepenuhnya lagu dalam bahasa Inggeris, cuma air lagu itu masih dalam perbincangan dengan Mac Chew.
“Saya berharap peminat di luar sana akan doakan dan memberi semangat yang positif untuk saya. Sekiranya doa kalian makbul, saya dikurniakan satu idea yang seronok.
Ads
“Persiapan menjelang Eurovision sangat memberi tekanan, agak susah untuk saya kerana mahu mengejar masa yang telah ditetapkan.
“Bulan November bakal bertanding, jadi saya perlu fikir untuk siapkan lagu baharu, konsep persembahan juga perlu diambil kira. Kalau pentas AJL, saya mempersembahkan lagu yang sedia ada. Tetapi Eurovision ini segalanya perlu dirancang dari awal,” katanya.
Mahu Lagu Yang Benar-Benar Dekat Di Hati
Dalam masa yang sama, Aina menjelaskan bahawa dia mahu karya yang bakal dibawa ke pertandingan itu mempunyai kaitan rapat dengan dirinya.
Bagi penyanyi berkenaan, sebuah lagu perlu datang daripada jiwa kerana dia sendiri yang akan menyampaikan kisah di sebalik karya tersebut kepada penonton.
Ads
“Saya seorang yang apabila menyanyi, lagu itu mesti daripada hati saya. Kerana saya adalah individu yang perlu sampaikan cerita tentang lagu tersebut, jadinya lagu itu perlu lahir daripada saya.
“Alhamdulillah, saya ada pasukan yang sangat membantu dan lagu tersebut akan dibantu oleh Mac Chew. Sebab saya mahu membawa semangatnya juga,” katanya.
Sudah Berkali-Kali Ubah ‘Air’ Lagu
Walaupun lagu tersebut masih dalam proses pembikinan, Aina mendedahkan dia telah beberapa kali melakukan perubahan terhadap ‘air’ lagu berkenaan.
Ia dilakukan kerana dia mahu memastikan hasil akhirnya benar-benar mencapai tahap yang diinginkan sebelum dipersembahkan di pentas pertandingan antarabangsa itu.
“Lagu tersebut masih lagi dalam proses, saya telah mengubah air lagu itu banyak kali sebenarnya. Sebab saya rasa ada yang kurang dan perlu diperbaiki.
“Saya anggap pertandingan Eurovision ini macam Sukan Olimpik untuk penyanyi. Saya perlu hasilkan lagu itu sebaiknya, saya beranggapan ramai yang menanti untuk dengarkan lagu ini,” tambahnya lagi.
Eurovision Song Contest Asia 2026 bakal berlangsung pada Sabtu, 14 November 2026, jam 9 malam di Thailand dan akan menghimpunkan penyanyi dari seluruh Asia.
Pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta platform penstriman Tonton.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
CINLOK ataupun cinta lokasi bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia seni lakonan di Malaysia.
Jika diimbas kembali seawal era lakonan 40an – 60an sekalipun, fenomena cinta lokasi di set penggambaran sesebuah filem pada masa itu sememangnya terjadi dan ada di antaranya yang akhirnya berjaya hingga jenjang pelamin.
Lihat sahajalah kepada pasangan lagenda negara, Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee dan Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali Saloma.
MALAYSIA’S GOLDEN COUPLE: Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Saloma.
Mula menjalin perasaan cinta sejati di set Seniman Bujang Lapok pada tahun 1961 setelah sekian lama bersahabat, mereka memilih untuk terus berkahwin pada tahun yang sama dan perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat masing-masing. Maka, tidak hairanlah apabila pelakon-pelakon generasi baharu di Malaysia kini turut terpalit dengan episod cinta lokasi.
Antara yang mendapat perhatian adalah perhubungan dua pelakon berbakat, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson yang pernah menjalin hubungan sejak terlibat dalam penggambaran drama bersiri I.D terbitan Astro Shaw pada tahun 2023.
Drama bersiri I.D.
Diarahkan oleh sutradara moden kegemaran Aedy sendiri iaitu Razaisyam Rashid (Sembil9n, Black, Projek: Anchor SPM, Kahar: Kapla High Council), Aedy beranggapan ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya. Mungkin bukan hanya disebabkan oleh – ahem – episod percintaan di antara Aedy dengan Amelia yang terbawa-bawa hingga le luar set.
Pelakon kacak itu sebaliknya merasakan drama bersiri I.D ini adalah antara produksi yang banyak mengajarnya mengenai kuasa lakonan dalam penyampaian cerita kepada penonton. Ia banyak dibantu oleh rakan lakonannya seperti Amelia yang disifatkannya sebagai, “Seorang aktres hebat, bijak dan genius”, Naim Daniel, Datuk Aziz M. Osman dan tentunya Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor.
Beberapa babak dalam drama bersiri I.D.
Bercakap mengenai Rosyam, Aedy mengimbas semula betapa ‘cuak’ perasaannya apabila perlu berada dalam babak sama dengan Rosyam tanpa kelibat pelakon lain.
Sangka Aedy, Rosyam akan memberikan 110 peratus dalam lakonannnya apabila pengarah menjerit ‘Action!’. Rosyam bagaimanapun bukan sekadar memberikan 110 peratus tenaganya dalam babak tersebut tetapi 200 peratus hingga membuatkan Aedy kagum dan terlupa kesemua dialog yang sudahpun dihafal olehnya.
Melihat ke arah figura seperti Rosyam yang disifatkannya unexpected dalam menzahirkan lakonan berkesan di hati penonton, Aedy teringin sekali untuk kembali bekerjasama dengan beliau serta pelakon I.D lain seperti Amelia Henderson, Naim Daniel dan Aziz M. Osman pada masa hadapan. Segala isu peribadi yang mungkin pernah berlaku disebabkan episod cinta pasti akan diketepikan oleh Aedy demi menggarap satu lagi projek lakonan berkualiti seperti I.D.
Aedy Ashraf bersama gandingannya, Amelia Henderson.
Watak Pelajar Sekolah Sebati Dengan Personalitinya
Jika diamati semula graf lakonan Aedy Ashraf sejak bergelar pelakon cilik hinggalah pada era sekarang di mana dia layak digelar sebagai pelapis harapan industri lakonan negara, Aedy dan watak pelajar sekolah seakan tidak boleh dipisahkan.
Ada sesuatu tentang cara Aedy menghidupkan watak pelajar sekolah menengah yang begitu believeble di hati penonton. Maybe it is his expression, the way he stands, how his mouth twitches or his sight gaze. Apa sekalipun sebabnya, Aedy belum pernah gagal mewujudkan momen magikal apabila membawakan watak pelajar sekolah.
Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.
Aedy Ashraf dalam siri komedi, Oh My English!
Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.
Akuinya, Oh My English banyak mengajarnya untuk mara sebagai seorang pelakon serius biarpun ia merupakan siri komedi bagi penonton kanak-kanak. Dan siapa boleh lupakan kelibat Aedy sebagai Aizat dalam drama bersiri Projek: Anchor SPM yang memulakan fenomena penonton remaja di Malaysia terhadap universe yang dicipta oleh Anwari Ashraf.
Terbaru, Aedy kembali semula menjadi pelajar menerusi drama bersiri Kahar: Kapla High Council yang bakal ditayangkan pada 28 November 2024.
Aedy Ashraf sebagai Aizat dalam Projek: Anchor SPM.Aedy Ashraf sebagai Beja dalam Kahar: Kapla High Council.
Biarpun pesona watak-wataknya ini seakan sama, Aedy tetap berusaha memberikan kelainan agar peminat tidak mudah bosan menonton. Umpamanya, Aizat (Projek: Anchor SPM) merupakan seorang remaja street smart yang meloloskan diri ke sekolah elit, STIA disebabkan kepakarannya untuk meniru dalam peperiksaan. Manakala sebagai Beja (Kahar: Kapla High Council), Aedy membawakan karakter seorang pelajar bijak bergelar ketua pengawas di KUDRAT.
Setidaknya bagi Aedy, apabila penonton generasi sekarang cuba ‘catch up’ dengan kedua-dua drama bersiri ini secara maraton di hujung minggu, mereka dapat mendalami watak yang berbeza dan melupakan pesona ‘Aedy Ashraf’ di sebalik watak tersebut.
Sebagai anak seni, tentunya Aedy Ashraf menginginkan cabaran dalam naskah-naskah terbaru dari semasa ke semasa. FUN FACT! Kalau korang nak tahu, Aedy Ashraf asalnya ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri Khunsa arahan Shahrulezad Mohameddin a.k.a Ijat.
Produksi Khunsa merasakan salah satu watak dalam drama bersiri tersebut amat bersesuaian dengan Aedy. Namun disebabkan konflik dalam jadual lakonan, Aedy terlepas peluang untuk menjayakannya.
Bagi Aedy, Khunsa cukup berlainan apabila mengangkat tema yang unik, sensitif dan sinonim dengan cara Ijat menyampaikan mesej berguna menerusi naskah lakonan.
Tambahan pula; cara lakonan, jalan cerita serta sinematografi Khunsa tidak boleh dipertikaikan lagi. Hasil kerja keras daripada seluruh pasukan produksi benar-benar menjayakan Khunsa sebagai salah satu drama bersiri yang selayak diulang tayang.
Sekiranya korang juga seperti Aedy Ashraf yang menghargai kelainan dalam penyampaian sesebuah cerita, korang boleh menonton semula drama dan program televisyen seperti I.D, Khunsa dan Projek: Anchor SPM secara On Demand dan strim di Astro Go serta sooka; pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Saksikan temu bual penuh JOM USHA bersama Aedy Ashraf di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop terkenal, Jisung NCT baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila memilih untuk menyambut hari lahirnya yang ke-24 dengan hal bermakna, iaitu menyumbangkan dana besar bagi tujuan kebajikan dan perubatan. Tindakan ini sekaligus membuktikan keprihatinan penyanyi muda itu terhadap isu kesihatan yang serius.
Menurut Samsung Medical Center pada 5 Februari, pihaknya memaklumkan bahawa Jisung atau nama penuhnya Park Jisung telah menderma sebanyak 250 juta Korea Won(sekitar RM680,000) sempena ulang tahun kelahirannya. Difahamkan, sumbangan tersebut diperuntukkan khusus bagi menyokong penyelidikan kanser pankreas, termasuk kajian berkaitan perubatan ketepatan dan rawatan tersuai.
Pada masa yang sama, Samsung Medical Center menjelaskan dana berkenaan dijangka dapat membantu memajukan penyelidikan bagi penyakit yang sukar dirawat serta menyumbang kepada pembangunan teknologi perubatan yang lebih berkesan pada masa hadapan.
“Hati saya hancur melihat pesakit yang menderita akibat penyakit yang sukar dirawat. Walaupun ia mungkin hanya bantuan kecil, saya berharap ia dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan supaya lebih ramai orang dapat menjalani kehidupan yang bahagia tanpa kesakitan,” kata Jisung dalam satu kenyataan.
Pelantun lagu ‘Smoothie’ dan ‘ISTJ’ itu turut menegaskan bahawa sokongan peminat menjadi dorongan utama untuknya terlibat dalam amalan memberi.
“Disebabkan kasih sayang yang diberikan oleh peminat (NCTzen), saya dapat mengambil bahagian dalam amalan memberi ini. Dengan keinginan untuk membalas cinta yang saya terima daripada peminat, saya ingin menyumbang ke arah mewujudkan dunia yang lebih hangat,” ujarnya.
Sementara itu, seorang wakil daripada Samsung Medical Center juga menyatakan bahawa sumbangan Jisung merupakan satu sokongan besar dalam usaha memajukan penyelidikan penyakit sukar dirawat, termasuk kajian perubatan tersuai bagi kanser pankreas.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Jisung menunjukkan sikap dermawan. Pada tahun lalu, beliau pernah menyumbangkan 50 juta Korea Won kepada Community Chest of Korea bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan susulan kebakaran hutan di wilayah Yeongnam, khususnya untuk menyokong keluarga yang terjejas.
Dalam perkembangan terkini, NCT Dream dijadualkan untuk mengadakan konsert penutup jelajah mereka, ‘2026 NCT Dream Tour ‘The Dream Show 4: Future The Dream’, di Seoul pada bulan hadapan, sekaligus menutup satu lagi babak penting dalam perjalanan kerjaya kumpulan popular tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya ramai dah sedia maklum tentang budaya yang diterapkan oleh masyarakat Jepun ni memang bukan calang-calang hebatnya. Bab kebersihan dan disiplin paling tip top.
Namun begitu, banyak lagi perkara-perkara yang mungkin korang tidak tahu tentang negara matahari terbit ni. Jom kita semak 30 gaya hidup masyarakat Jepun yang pastinya korang tidak akan jumpa di negara lain.
1. Abang polis yang sangat friendly dan boleh diajak bergurau. Mereka juga akan meminjamkan wang untuk korang menaiki teksi jika tidak cukup duit.
2. Tidak pernah ambil tahu tentang wang palsu kerana jenayah ini tidak wujud di sana.
3. Tak perlu mengunci basikal walaupun diletakkan di tempat umum, malah letaklah barang apa pun di atas basikal tu tak akan ada yang hilang.
4. Haus? Minum je air paip tak perlu beli air mineral.
5. Tak perlu kira baki wang lepas buat pembayaran sebab anda tidak akan berlaku shortchange. Nampak tak pekerja mereka memang cekap.
6. Tunduk kepada semua orang walaupun mereka tidak saling mengenali. Ini merupakan budaya biasa di Jepun.
7. Tak payah double check kualiti produk yang dibeli because there is no fake in Japan.
8. Bila melintas di jalan raya, tak pandang kiri kanan pun
9. Oleh sebab bersih sangat negara Jepun ni, mereka hanya polish kasut sekali setahun saja.
10. Peminat tegar sayur-sayuran.
11. Dah set kan dalam kepala bahawa cetak rompak tu haram. Jadi, mereka memang tak beli barangan-barangan ciplak ni. Oh, patutlah maju.
12. Tak timbul rasa ingin tahu untuk mencari restoran yang terbaik kerana semua restoran di sana kelihatan sama saja daripada segi menu dan harga.
13. Letak payung dekat luar rumah? No problem. Tak akan hilang pun.
14. Tak boleh nak tawar-menawar sebab harga-harga di negara Jepun semuanya sudah tetap.
15. Tak perlu susah-susah tolak tarik pintu melainkan pintu rumah sendiri, semua kedai di sana mempunyai pintu automatik.
16. Tak biasa dengan budaya perbalahan kerana di Jepun sangat aman.
17. Tak perlu bawa tisu untuk ke tandas, setiap tandas awam di sana menyediakan kemudahan ini.
18. Makanan laut lebih murah berbanding daging.
19. Merasakan bahawa perbuatan membuang sampah dan meludah di merata tempat adalah salah satu sikap yang keji.
20. Tidak pernah bimbang tentang diskriminasi tentang accent mereka.
21. Semua sudah sedia maklum bahawa orang Jepun ni tidak pandai sangat berbahasa Inggeris. Jika di Malaysia ada juga yang bercakap style Manglish, mereka pun tak segan nak bercakap dalam Japanglish.
22. Simpan sampah di dalam beg tangan dan buang bila sampai di rumah.
23. Semasa hendak melintas di lampu isyarat, mereka akan tunggu sehingga lampu hijau dan barulah berjalan walaupun masa tu tak ada kereta langsung. Memang betul-betul disiplin.
24. Budaya beratur tu memang dah tak asing di sana.
25. Walaupun bercakap dalam telefon, mereka tetap menganggukkan kepala biarpun tidak ada siapa yang melihatnya.
26. Sangat percaya pada kuasa pengiklanan.
27. Vending machines di mana-mana.
28. Tiada lagi istilah barang murah barang yang buruk dan tak berkualiti kerana di Jepun, kedai 100 yen semuanya barangan yang berkualiti.
29. Tidak seperti di Malaysia, jangan risau kepada renungan tajam peniaga jika kanak-kanak hanya bermain permainan di kedai mereka kerana ia tidak akan pernah berlaku di Jepun.
30. Kalau dengar orang ketuk pintu, tak ada yang akan bertanya “Siapa tu?”. Nak menunjukkan yang negara mereka memang selamat dan aman.
Jadi, ada siapa-siapa ke yang nak berhijrah ke Jepun?