Selain Lap Minyak Pada Muka, Ini Antara Fungsi Blotting Paper

Share

 

Dalam beg mekap atau beg tangan perempuan, mesti wajib ada bilotting paper atau kertas lap minyak.

 

Contohnya, seperti jenama Clean & Clear dan Watsons.

Juga dikenali sebagai oil absorbing sheets, obviously ia digunakan untuk mengelakkan muka dari terus berminyak.

 

 

Terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita, muka berminyak adalah satu perkara normal tambahan pula dengan iklim panas terik dan hujan.

Namun, rupa-rupanya ada 2  lagi fungsi blotting paper yang tak diketahui ramai orang.

 

01

Blotting paper boleh membuatkan mekap  bertahan lebih lama. Sama juga fungsinya seperti primer, selepas korang meratakan foundation cair atau krim, ambil blotting paper dan tepekkan pada muka.

 

 

Jangan risau, mekap tak akan hilang. Apa yang hilang adalah kesan minyak pada kandungan mekap.

Apabila korang menyolek dengan blusher dan powder selepas itu, mekap tersebut mudah sebati dengan muka tanpa gangguan lapisan minyak, lalu bertahan lebih lama.

 

02

Haa, korang pun boleh buatkan warna lipstik bertahan lebih lama dengan blotting paper.

Caranya, oles lipstik pada bibir seperti biasa. Kemudian, tepekkan blotting paper pada bibir untuk membuang kandungan minyak pada lipstik.

 

 

Selepas itu, oles kembali bibir dengan lipstik yang sama. Kali ini, warna bibir akan kelihatan lebih matte berbandinv sebelum ini.

Cer Try dan beritahu kami sama ada ia berkesan atau tidak.

 

IKLAN