Kebetulan pula, tujuh pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga ini dan kini sedang menanti waktu untuk menimang cahaya mata sulung mereka telah memilih persalinan merah dan kuning semasa Hari Raya pertama, Isnin lalu! Hhm, warna-warna yang menaikkan semangat hendak makan agaknya. Hehe..
Jelas keceriaan tetap terserlah pada wajah masing-masing biarpun si isteri sedikit penat kerana sedang berbadan dua. Sekarang beraya berdua, tahun hadapan mereka bakal meraikannya secara bertiga pula!
Raja Shahiran & Uyaina Arshad
Sejak mengumumkan hamil pada awal April lalu, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad semakin selesa untuk berkongsi momen bersama peminatnya sebagai seorang selebriti yang sedang berbadan dua. Pertama kali menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa, pasangan ini mendoakan agar keberkatan dalam bulan mulia ini dapat diperolehi.
Ayie Floor88
Pejam celik, usia kandungan isteri penyanyi band Floor 88 berusia 24 tahun ini telahpun memasuki usia tujuh bulan. Menyifatkan isterinya, Nur Natasha sebagai seorang yang tidak mengenal erti penat, Ayie turut berkongsi bahawa Natasha juga masih gagah ingin mengekorinya semasa membeli baju raya untuk keluarga hingga ke tengah malam.
Ads
Fizo Omar
Ceria betul keluarga kecil ini. Pelakon dan Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 iaitu Fizo Omar tampil sedondon dengan isterinya, Fazeera Nazri yang kini sedang hamil cahaya mata mereka bersama serta anak Fizo daripada perkahwinan pertamanya, Wan Maryam.
Ads
Harith Zazman
Tik tok, masa yang ditunggu-tunggu oleh penyanyi Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman dan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang kini memasuki bulan terakhir sebelum momen bersalin tidak lama lagi. Tampil bersederhana di kampung halaman mereka, mereka juga tidak sabar untuk mengendong bakal cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Ariff Bahran
Mengesahkan isterinya, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan kini sedang hamil, penyanyi Ariff Bahran mengakui dirinya gementar namun tetap teruja kerana kehamilan sudah berada awal trimester ketiga. Sambil mengharapkan doa peminat agar urusannya, isteri dan bayi merea terus dipermudahkan, Hari Raya tahun ini disambut sederhana bersama keluarga di kampung halaman.
Elisya Sandha
Memasuki usia kandungan tujuh bulan, terserlah kecerian pada wajah pelakon, Elisya Sandha dan pasangannya, Uzair Haqimy. Hanya pada empat hari lalu, Elisya menerusi hantaran di Instagram telah berkongsi berita gembira itu bersama warganet menerusi video yang menunjukkan reaksi gembira dan penuh kesyukuran dalam kalangan keluarganya sewaktu berita itu terlebih dahulu disampaikan kepada mereka.
Ads
Usop
Akhir sekali, kemanisan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini turut dirasai oleh penyanyi, Usop dan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim yang kini hamil cahaya mata sulung mereka. Kata Usop, mereka dapat merasai kesempurnaan Ramadan lalu setelah mendapat tahu berita gembira itu. Malah, dia sendiri merasai dirinya kini lebih matang dalam perihal rumah tangga apabila keselamatan dan kesejahteraan isteri (dan bayi) lebih diutamakan berbanding dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Tahu tak korang 19 November merupakan Hari Lelaki Sedunia? Ia dirasmikan pada tahun 1999 di Trinidad and Tobago dan mendapat sokongan daripada pelbagai individu dan kumpulan di Australia, Caribbean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.
Istimewa kali ini, kami nak mengupas fakta tentang lelaki dalam perhubungan. Sering kali lelaki dipersalahkan dalam gagalnya sesebuah hubungan. Namun, ada beberapa perkara yang sebenarnya mungkin perempuan belum cukup mengenali ‘perangai’ sebenar lelaki.
Tidak mahu hanya menyalahkan mereka, apa kata korang cuba untuk kenal dengan lebih dalam tentang beberapa fakta tentang kaum Adam ini. Segelintir lelaki memang nampak seperti tidak ‘ambil pusing’ dalam perhubungan, tetapi sebenarnya ada maksud disebalik setiap perilaku ini.
Jom semak lapan fakta tentang lelaki yang wajib perempuan ambil tahu.
1. Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.
2. Bila lelaki cakap, “Hmm tengoklah dulu”. Itu bermakna dia TIDAK atau kurang setuju.
Gambar hiasan
3. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang, mengharapkan perempuan memahami maksudnya.
4. Lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
5. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa sedih. Cuma, dia tak tunjuk depan orang.
Gambar hiasan
6. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
7. Lelaki bukanlah sempurna 100 peratus, jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat-hebat daripada mereka. Mereka juga punya kelemahan. Terima seadanya.
8. Lelaki sebenarnya mudah dipujuk
Selain daripada sikap lelaki dalam perhubungan, berikut adalah sedikit info tambahan yang turut dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
• 7 daripada 10 lelaki Malaysia berumur lebih 40 tahun mengalami masalah mati pucuk
• Kanser prostat adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia
• Malaysia merupakan negara keempat yang telah membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki selepas Australia, Brazil dan Ireland.
Selamat Hari Lelaki Sedunia guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sesebuah hubungan itu melibatkan Aazief Khalid, Tyra Kamaruzzaman dan Sharifah Rose, sudah tentu segala isu yang berlaku kepada mereka bertiga akan blow up di kalangan netizen.
Bagi korang yang mengikuti episod putus cinta di antara anak teruna Datuk K, Aazief Khalid dan bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman, pastinya kisah mereka selalu berlalu di timeline media sosial.
Aazief dan Tyra dilaporkan telah berpisah beberapa bulan yang lalu dan ramai pengikut mereka yang sedih kerana menganggap mereka sebagai pasangan remaja secocok.
Memori Aazief Khalid dan Tyra Kamaruzzaman.
Kelmarin, nama Aazief kembali menjadi tular setelah sekeping fotonya bersama influencer, Sharifah Rose dimuat naik ke media sosial. Seperti dijangka, netizen pantas menjatuhkan hukuman ke atas Rose yang dilabel sebagai ‘perampas’, ‘orang ketiga’ dan menjadi punca perpisahan.
Foto di Instagram Story yang dimuat naik oleh Sharifah Rose.
Rose mengambil jalan untuk berdiam diri agar isu tersebut tidak melarat lebih teruk.
Semalam semasa menghadiri pertunjukan fesyen Syaiful Baharim di Pavilion Kuala Lumpur, rakan media di Gempak sempat untuk ‘menarik’ Rose sebentar bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.
Kata Rose, dia sudah lama mengenali Aazief melalui rakannya dan menidakkan ada kena mengena dengan perpisahan Aazief dan Tyra.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka. Setahu saya, mereka sudah berpisah tiga bulan lalu dan Aazief alami tempoh putus cinta yang teruk,” jelasnya.
Sharifah Rose di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2019.Penjelasan Rose menerusi Twitter untuk mencerahkan keadaan.
Rose juga terkejut apabila foto mereka berdua pantas bertukar tular. Malah pada satu ketika, nama 3 orang remaja ini menduduki carta topik paling trending di Twitter Malaysia.
“Gambar itu diambil beberapa hari lalu. Kami hanya berkawan dan kebetulan dia berada di Malaysia. Jadi kami rancang untuk berjumpa.
“Ia hanyalah pertemuan kasual sebagai kawan. Tahu-tahu saja, orang viralkan hingga timbul salah faham.”
Itulah, netizen kita kan cepat sangat bersifat overprotective. Mereka akan berpihak kepada personaliti kegemaran masing-masing tanpa usul periksa.
Buat masa ini, Tyra tidak memberi apa-apa komen balas terhadap foto tersebut. Bak katanya di dalam satu posting dua hari lalu, “Do not let anyone or anything stop you.”
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...