Baju jersi sudah tersarung, pipi wajah pula sudah tercalit dengan jata negeri yang disokong.
Apa tunggu lagi, tinggal lagu patriotik untuk bangkitkan semangat menonton perlawanan bola sepak secara live di stadium sahaja!
Sebelum detik wisel ditiup, mana-mana perlawanan bola sepak tentunya akan bertambah rancak dengan elemen game changer iaitu tidak lain, tidak bukan – muzik.
Ya, muzik di stadium bukan sekadar latar belakang semata-mata. Muzik adalah penggerak kepada semangat berkobar-kobar antara penonton di stadium tidak kiralah pasukan mana yang korang sokong.
Menariknya untuk musim Piala Malaysia 2024 – 2025 kali ini, Astro selaku penyiar rasmi membawakan elemen hiburan muzik untuk menaikkan lagi suasana dan semangat di stadium mahupun di kaca televisyen.
Lebih-lebih lagi apabila berada dalam suasana stadium untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 – 2025 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan Pahang FC pada 26 April ini.
Walaupun aksi final itu terpaksa ditunda dari tarikh asal 12 April selepas mempertimbangkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan pada awal bulan ini, semangat yang dirasakan tetap terasa meski masih berbaki tempoh dua minggu lagi.
Tambahan pula dengan lagu yang ‘kena’, ‘gerenti’ satu stadium akan vibe sama-sama tidak kira tua muda yang berbilang kaum dan latar belakang. Semuanya boleh feel!
Jom check out empat buah lagu nyanyian asal Ella dan Dato’ M. Nasir pilihan REMAJA yang diharap akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April kelak.
MENTERA SEMERAH PADI – DATO’ M. NASIR
Lagu ini bukan sekadar lagu, dah macam ‘mantera’ betul!
Dari awal melodi sampailah ke bahagian klimaks, terus meremang bulu roma kita yang mendengarnya. Walaupun bait liriknya mempunyai unsur ketuhanan tetapi Mentera Semerah Padi juga punyai elemen perjuangan dan keberanian yang amat bersesuaian dengan semangat kesukanan.
Ads
Harapnya Dato’ M. Nasir akan menyanyikan lagu ini secara live nanti, barulah pasukan bola sepak terasa macam sedang bersiap-sedia untuk ‘berperang’! Hehe..
STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA
Ibarat lagu anthem tidak rasmi buat seluruh rakyat Malaysia, Standing In The Eyes Of The World mula menjadi siulan kita semua sejak kejohanan Sukan Komanwel 1998.
Tidak tahu apakah rahsia di sebalik lagu ini, ia pantas meruntun jiwa dan membuatkan kita terharu dengan kegigihan dan semangat waja para atlet.
Adakah lagu ini bakal kita nyanyikan beramai-ramai sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 nanti? Sama-sama kita saksikan.
Ads
PHOENIX BANGKIT DARI ABU – DATO’ M. NASIR
Siapalah yang tak pernah dengar lagu Phoenix Bangkit? Sarat dengan elemen emosi, budaya dan patriotisme, lagu yang pernah tercalon bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-9 ini menggunakan metafora burung Phoenix yang melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk bangkit semula selepas berdepan cabaran.
Liriknya seperti, “Takkan Mengalah”, “Semangat Membara” dan “Kita Akan Bangkit Semula” sudah cukup untuk menaikkan semangat pemain dan peminat bola sepak.
GEMILANG – ELLA
Gemilang bukan sekadar lagu hit nyanyian Ella ketika ia diluncurkan pada tahun 1994 tetapi ia juga merupakan simbol harapan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk maju bersama.
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Ads
Kan kita kecapi bersama
Fuh! Meremang beb bila satu arena menyanyikan lagu Gemilang!
Kalau korang nak tahu, Gemilang merupakan sebahagian daripada 14 trek dalam album studio kelima Ella berjudul Ella USA yang mendapat sentuhan pemain gitar terkenal dari jepun, Kyoji Yamamoto.
Patutlah meremang bulu roma bila mendengar lagu Gemilang ini.
*
Sememangnya, muzik dan emosi saling berkait rapat. Bukan hanya lagu-lagu ‘berhantu’ ini sedap didengar tetapi ia membawa mesej yang kuat untuk menyentuh jiwa dan menaikkan mood. Memang berdiri bulu roma dibuatnya!
Jadi bila korang berada di stadium nanti, cubalah dengarkan lagu-lagu yang dimainkan secara live nanti. Lihat juga reaksi penonton lain dan selami bagaimana lagu tersebut mampu menghidupkan suasana.
Jangan lupa saksikan aksi final Piala Malaysia pada 26 April 2025 bermula jam 9 malam secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Astro One melalui Astro Arena, Astro Arena Bola (saluran 801, 802, 803) atau muat turun dan strim live di aplikasi sooka.
Sama-sama kita lihat sama ada trofi akan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan atau pasukan Tok Gajah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senario perfileman di Malaysia pada tahun ini makin menunjukkan peningkatan memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas!
Selepas berjaya mengaut kutipan RM22juta (what?!) selepas 18 hari tayangan, filem Paskal diiktiraf sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2018.
Bukan saja filem arahan Adrian Teh ini menampilkan lakonan mantap oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Malah ia turut diberi kesempatan untuk ditayangkan di Singapura pada pertengahan Oktober lalu.
Hari ini, Paskal memperoleh satu lagi pengiktirafan apabila ia mendapat rating tertinggi bagi kategori Filem Popular Dari Sesebuah Negara – Malaysia.
Paskal menerima rating 9.1/10!
Pagi tadi, mereka menerima rating 8.8. Hanya dalam masa beberapa jam saja, ia boleh meningkat naik hasil pujian para penonton! Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.
Nah, tengok pula 14 lagi buah filem Malaysia yang menduduki tangga TOP 15. Bagaimanapun, ada beberapa filem ber-rating tinggi yang tidak disenaraikan. Contohnya seperti ‘Tiga Abdul’ arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperoleh rating 8.0/10.
Semakin ramai remaja telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.
Jika sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah berjaya memiliki rumah sendiri seawal usia 19 tahun, kini kejayaan yang sama telah dikecapi oleh rapper berhijab tempatan iaitu Bunga.
Setelah dua tahun bergiat dalam industri muzik tanah air, Bunga akhirnya meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.
Dia yang terkenal dengan imej berbaju kurung semasa melakukan persembahan di atas pentas juga turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram dengan kapsyen yang berbunyi, “Rumah pertama. Alhamdulillah, terima kasih kakak-kakakku yang membantu Bunga terutamanya Kak @shira3q dan Kak @aqilahazmy. Proses dan servis yang cepat dan mesra!”
Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani ini.
Jika ada usaha pasti kejayaan akan mengiringi kita. Semoga kisah Bunga menjadi inspirasi buat lebih ramai remaja di luar sana untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan pada usia muda. Tiada apa yang mustahil tau! Namun, bagi mereka yang masih belum mampu untuk mencapai cita-cita, jangan pula korang berasa sedih dan rendah diri. Rezeki orang lain-lain, mungkin Allah hendak berikan korang rezeki yang lain pula kan?
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pengalaman pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha pula semasa dia membeli rumah pertamanya.
Selepas membuat persembahan di Coachella, kumpulan K-Pop terkenal, Le Sserafim telah mendapat banyak kritikan bukan sahaja daripada peminat malah orang ramai.
Terbaru, Le Sserafim telah melancarkan dokumentari Make It Look Easy di Youtube, di mana ia dirakam ketika kumpulan tersebut mempromosi album pertama Unforgiven.
Di dalam video tersebut, salah seorang anggota, Sakura telah meluahkan perasaan sebenarnya debut sebagai penyanyi sambil menangis.
“Saya tidak tahu kenapa saya memilih untuk jadi idola. Perlu ke? Bukannya memilih untuk jadi idola adalah keputusan yang salah. Akan tetapi saya tertanya-tanya jika jadi idola adalah pekerjaan terbaik untuk saya”
“Kadang-kadang bila saya buat silap. Saya rasa orang lain yang mahir dalam perkara ini boleh melakukannya lebih baik dari saya,” katanya lagi.
Sakura juga menambah bahawa dia terlalu banyak mendengar kritikan sehingga dia tertanya sama ada dia memang tiada bakat atau salah dalam melakukan sesuatu.
Dalam cuplikan video yang sama, penyanyi itu juga turut mempersoalkan dirinya mengapa walaupun dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh sehingga menangis tetapi masih lagi melalui kesukaran?
Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai utamanya komuniti di media sosial dan rata-rata berpendapat Sakura sepatutnya lebih banyak berusaha dan berlatih untuk memperbaiki kualiti nyanyiannya.
Lebih lagi, apabila dia merupakan anggota yang sudah berbelas tahun bergelar penyanyi sejak memulakan kerjaya dari kumpulan HKT48 lagi.
Dalam pada itu, kesemua ahli Le Sserafim iaitu Sakura, Yunjin, Chaewon, Eunchae dan Kazuha juga baru-baru ini dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagram peribadi masing-masing.
Ia dipercayai disebabkan oleh lambakan komen jahat yang diterima oleh kumpulan itu kebelakangan ini. Antara komen yang diterima oleh mereka adalah mengenai kritikan warganet yang mempersoal kualiti bakat mereka sebagai penyanyi idola K-Pop.
Ada juga yang berpendapat bahawa Le Sserafim masih kurang berbakat dalam melontarkan vokal yang berkualiti, walhal sebagai K-Pop idol mereka perlulah memastikan vokal dan tarian disampaikan dalam keadaan yang seimbang.
Sekadar info, Le Sserafim telah memulakan debut sejak tahun 2022. Awalnya kumpulan itu dianggotai oleh enam orang ahli dan kini hanya berlima selepas Kim Ga Ram mengambil keputusan untuk keluar kumpulan berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!