Baju jersi sudah tersarung, pipi wajah pula sudah tercalit dengan jata negeri yang disokong.
Apa tunggu lagi, tinggal lagu patriotik untuk bangkitkan semangat menonton perlawanan bola sepak secara live di stadium sahaja!
Sebelum detik wisel ditiup, mana-mana perlawanan bola sepak tentunya akan bertambah rancak dengan elemen game changer iaitu tidak lain, tidak bukan – muzik.
Ya, muzik di stadium bukan sekadar latar belakang semata-mata. Muzik adalah penggerak kepada semangat berkobar-kobar antara penonton di stadium tidak kiralah pasukan mana yang korang sokong.
Menariknya untuk musim Piala Malaysia 2024 – 2025 kali ini, Astro selaku penyiar rasmi membawakan elemen hiburan muzik untuk menaikkan lagi suasana dan semangat di stadium mahupun di kaca televisyen.
Lebih-lebih lagi apabila berada dalam suasana stadium untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 – 2025 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan Pahang FC pada 26 April ini.
Walaupun aksi final itu terpaksa ditunda dari tarikh asal 12 April selepas mempertimbangkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan pada awal bulan ini, semangat yang dirasakan tetap terasa meski masih berbaki tempoh dua minggu lagi.
Tambahan pula dengan lagu yang ‘kena’, ‘gerenti’ satu stadium akan vibe sama-sama tidak kira tua muda yang berbilang kaum dan latar belakang. Semuanya boleh feel!
Jom check out empat buah lagu nyanyian asal Ella dan Dato’ M. Nasir pilihan REMAJA yang diharap akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April kelak.

MENTERA SEMERAH PADI – DATO’ M. NASIR
Lagu ini bukan sekadar lagu, dah macam ‘mantera’ betul!
Dari awal melodi sampailah ke bahagian klimaks, terus meremang bulu roma kita yang mendengarnya. Walaupun bait liriknya mempunyai unsur ketuhanan tetapi Mentera Semerah Padi juga punyai elemen perjuangan dan keberanian yang amat bersesuaian dengan semangat kesukanan.
Harapnya Dato’ M. Nasir akan menyanyikan lagu ini secara live nanti, barulah pasukan bola sepak terasa macam sedang bersiap-sedia untuk ‘berperang’! Hehe..

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA
Ibarat lagu anthem tidak rasmi buat seluruh rakyat Malaysia, Standing In The Eyes Of The World mula menjadi siulan kita semua sejak kejohanan Sukan Komanwel 1998.
Tidak tahu apakah rahsia di sebalik lagu ini, ia pantas meruntun jiwa dan membuatkan kita terharu dengan kegigihan dan semangat waja para atlet.
Adakah lagu ini bakal kita nyanyikan beramai-ramai sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 nanti? Sama-sama kita saksikan.

PHOENIX BANGKIT DARI ABU – DATO’ M. NASIR
Siapalah yang tak pernah dengar lagu Phoenix Bangkit? Sarat dengan elemen emosi, budaya dan patriotisme, lagu yang pernah tercalon bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-9 ini menggunakan metafora burung Phoenix yang melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk bangkit semula selepas berdepan cabaran.
Liriknya seperti, “Takkan Mengalah”, “Semangat Membara” dan “Kita Akan Bangkit Semula” sudah cukup untuk menaikkan semangat pemain dan peminat bola sepak.

GEMILANG – ELLA
Gemilang bukan sekadar lagu hit nyanyian Ella ketika ia diluncurkan pada tahun 1994 tetapi ia juga merupakan simbol harapan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk maju bersama.
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Anda mungkin berminat dengan
Fuh! Meremang beb bila satu arena menyanyikan lagu Gemilang!
Kalau korang nak tahu, Gemilang merupakan sebahagian daripada 14 trek dalam album studio kelima Ella berjudul Ella USA yang mendapat sentuhan pemain gitar terkenal dari jepun, Kyoji Yamamoto.
Patutlah meremang bulu roma bila mendengar lagu Gemilang ini.
*
Sememangnya, muzik dan emosi saling berkait rapat. Bukan hanya lagu-lagu ‘berhantu’ ini sedap didengar tetapi ia membawa mesej yang kuat untuk menyentuh jiwa dan menaikkan mood. Memang berdiri bulu roma dibuatnya!
Jadi bila korang berada di stadium nanti, cubalah dengarkan lagu-lagu yang dimainkan secara live nanti. Lihat juga reaksi penonton lain dan selami bagaimana lagu tersebut mampu menghidupkan suasana.

Jangan lupa saksikan aksi final Piala Malaysia pada 26 April 2025 bermula jam 9 malam secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Astro One melalui Astro Arena, Astro Arena Bola (saluran 801, 802, 803) atau muat turun dan strim live di aplikasi sooka.
Sama-sama kita lihat sama ada trofi akan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan atau pasukan Tok Gajah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Suami kepada personaliti televisyen, Nana Mahazan, iaitu Raqeem Brian, tidak dapat menahan sebak selepas putera mereka, Aaqib, berjaya mendapat tempat ke Akademi Bola Sepak Villarreal FC.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Nana Mahazan melalui hantaran di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, Nana memaklumkan bahawa anak lelakinya berjaya menduduki tempat dalam kalangan 15 terbaik daripada 40 orang yang menghadiri sesi percubaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang Dalam Pelajaran, Anak Lelaki Tan Sri Dr Noor Hisham Terima Anugerah Dekan UTM

Selain itu, Nana turut meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian Aaqib, anak keduanya, yang berjaya mendapat tempat di akademi bola sepak terkenal dari Sepanyol itu.
“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah atas nikmatMu. Kami sangat berbangga dengan kamu, Aaqib. Tiga minggu daddy gigih bawa Aaqib pergi ‘trial’ dan sesi latihan. Daddy tunjukkan juga ‘full commitment’ dan ‘basuh’ Aaqib dapat tempat.

“Pemain lain semuanya berbakat dan kali ini memang agak mencabar. Daripada 40 orang, jadi 20 kemudian yang terpilih hanya 15 orang.
“Selamat maju jaya Aaqib, terbang tinggi dan terus komited dalam latihan. Kami sentiasa sokong. Aku nangis lah tengok daddy dan Aaqib peluk,” coretnya panjang lebar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Aaqib atas kejayaannya yang terpilih untuk menyertai akademi latihan bola sepak tersebut.

“Cara dia duduk, cara dia respon nampak aqib ini matang. Macam orang besar dah dia,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah Congratulations Aaqib.. you made it ! Same Senna team with Adrian.. Good job guys,” komen juga pengguna lain.
“Good luck adik in your future. Training hard and smart. Power!” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Nana Mahazan
∞
Meatballs Ikea adalah antara makanan favorite bukan hanya masyarakat Malaysia, malah boleh dikatakan hampir di seluruh negara yang mempunyai cawangan tersebut.
Namun begitu, tidak semua cawangan mempunyai item jualan yang sama, ianya tertakluk mengikut negara masing-masing.
Apa yang menarik, menu di Ikea Thailand dilihat mempunyai kepelbagaian dan sudah tentu ianya membuatkan ramai masyarakat daripada pelusuk dunia ‘iri hati’ dengan menu yang terdapat di Ikea negara tersebut.
Jom kita lihat antara menu menarik yang disediakan.





Ramai yang meninggalkan komen bahawa Ikea Thailand lebih menarik berbanding di negara mereka.




Kalau masuk 7-Eleven di Thailand pun kita dah beli macam-macam, apa lagi kalau pergi Ikea di negara mereka kan.
Namun begitu, bagi umat Islam mungkin tidak semua yang korang boleh makan, terutamanya makanan berasaskan daging. Tapi, kalau setakat aiskrim dan manisan yang dijual memang boleh buat terliur kan? Hehe!







Apa lagi, lepas ni kalau dah boleh bercuti ke luar negara bolehlah melawat Thailand dan singgah sekejap di Ikea. Hiks!
Sumber: Bangkok Foodie
∞
Honestly, pada zaman sekarang agak sukar untuk mencari individu yang tidak kenal dengan nama Mark Zuckerberg. Mungkin bagi generasi veteran nama ini agak jarang kedengaran buat mereka tetapi bagi generasi muda, inilah nama yang sering dirujuk sebagai inspirasi ikon teknologi billionair yang harus dikagumi.
Sejak kebelakangan ini nama Mark Zuckerberg disebut-sebut gara-gara kebocoran data penggunanya kepada Cambridge Analatyca yang hangat diperkatakan terutamanya di Amerika Syarikat.
Insan yang memiliki kekayaan kira-kira USD64.1 billion ini menjadi ikon generasi muda dan menggerakkan revolusi teknologi maklumat, media sosial dan pelbagai inovasi Internet ini pernah bergelar sebagai pelajar Harvard University. Bagaimanakah kehidupannya zaman lampau?
1. Pelajar bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata. Dia nampaknya agak kecil berbanding rakan-rakan di dalam foto ini. Nampak macam pemalu pun ada.

2. Amboi jari tu nakal ya. Dia dan komputer memang tak pernah berenggang. Malah ketika di Harvard digelar sebagai antara programmer berbakat besar.

3. Mark dikatakan gemar memakai sandal atau selipar sahaja bila berada di kampus. Memang jenis sempoi sangat.

4. Satu lagi foto dia ber-posing dengan serius tapi di kaki pula bergaya dengan sandal. Tak kena la bro! Hehe

5. Pergi lepak tepi kolam mandi pun masih setia dengan sandal jenama Jerman ini. Brooo come on!

6. Melihatkan anak muda memakai hoodie lusuh dan seluar jeans ini siapa sangka dia bakal menjadi bilionair seperti sekarang.

7. Pada hari-hari biasanya, Mark juga lebih selesa mengenakan kemeja. Memang nampak nerd habis!

8. Antara foto Mark terkini. Seakan tak jauh beza dengan dia yang dulu bukan?

9. Kini Mark sudahpun berkahwin dengan gadis pilihannya Priscilla Chan dan dikurniakan dua orang anak. Kalau nak tahu mereka berdua sudah berkenalan sejak tahun 2003 lagi.

∞