Dalam dua atau tiga tahun ini, Remaja perhatikan sudah banyak jenama tidak kiralah tempatan atau antarabangsa mula memperkenalkan jualan harga runtuh Black Friday kepada pelanggan mereka. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Black Friday?
Adakah ia hanya hari di mana jualan dengan harga runtuh dijalankan sahaja? Bagaimana ia bermula dan kenapa ia sangat popular?
Secara amnya, Black Friday jatuh pada hari Jumaat selepas sehari sambutan Thanksgiving. Dan perayaan Thanksgiving ini sebenarnya salah satu perayaan yang disambut oleh warga Amerika Syarikat. Dan hari Thanksgiving ini pula disambut pada hari Khamis yang keempat pada bulan November. Jadi secara tidak langsung Black Friday jatuh pada keesokkan harinya.
Disebabkan itu juga tarikh sambutan Thanksgiving biasanya berbeza-beza setiap tahun.
Ads
Bilakah Istilah Black Friday Mula Digunakan?
Menurut History.com, penggunaan pertama istilah Black Friday bukanlah merujuk kepada pesta jualan murah. Ia telah mula direkodkan pada 1869 sebagai istilah kepada keruntuhan pasaran harga emas di Amerika Syarikat. Kemudian beralih kepada era 1950-an, istilah ini mula muncul kembali. Polis di Philadephia menggunakan ‘Black Friday’ untuk menggambarkan keadan kacau bilau yang berlaku selepas hari Thanksgiving.
Ini berlaku apabila pengguna dari kawasan luar bandar membanjiri kawasan bandar bersempena dengan perlawanan American Football antara Tentera Darat & Tentera Laut. Disebabkan kesesakan itu, polis terpaksa bekerjasa pada waktu yang lebih lama dan mengawal keselamatan. Kes kecurian juga meningkat, menambah lagi sakit kepala mereka.
Lama kelamaan istilah ini mula dieksploitasi oleh pemilik gedung jualan dan menukarkan konotasi negatif kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘Black Friday’ bagi melakukan jualan harga runtuh kepada pelanggan. Malah pada hari ini, musim jualan ini diteruskan semalam beberapa hari sehinggalah pada hari Isnin, dikenali sebagai Cyber Monday.
Ads
Dan pada hari ini, Black Friday merupakan hari membeli belah paling sibuk di Amerika Syrarikat, malah mungkin juga di seluruh dunia.
Kontroversi Black Friday
Di mana ada jaulan murah dengan harga tidak masuk akal, di situlah ada kekacauan terutamanya bila jumlah barangan yang ditawarkan dalam kuantiti terhada. Pada tahun 2008, lebih dua ribu pelanggan menunggu di luar gedung Wal-Mart sejak jam lima pagi. Selepas ia dibuka, pengunjung menyerbu masuk secara melulu hingga meruntuhkan pintu masuk.
Ads
Apa yang menyedihkan, seorang pekerja Wal-mart berusia 34 tahun meninggal dunia akibat dirempuh dan dipijak. Malah mereka juga enggan beredar walaupun dimaklumkan tentang kejadian malang itu dengan alasan mereka sudah beratur sejak jam lima pagi.
Pada tahun 2010 di Wisconsin, AS pula, seorang wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengacukan pistol kepada orang ramai. Dia ditahan diluar Toy’R’Us dan dikatakan memotong barisan. Selepas disuruh keluar barisan dia berang dan mengeluarkan sepucuk pistol. Pada tahun sama, seorang sukarelawan gedung Toys For Tots ditikam oleh seorang pencuri, manakala di Indianapolis seorang wanita ditahan selepas bertikam lidah dengan pengunjung lain.
Kami di Remaja berharap kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita. Baru-baru ini telah muncul kes ‘tumbuk’ berebut sneakers di KLCC, harapnya pada Jumaat ini tidak akan berlaku lagi. Selamat ber-shopping guys!
Jom serbu Black Friday sale!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia, sebahagian dari kita terpaksa bekerja dari rumah bagi mengekang penularan virus tersebut. Walaupun kedengaran indah, namun kerja dari rumah atau pun secara jarak jauh bukan di dalam pejabat ada kelebihan dan kekurangan.
Terutamanya dari segi pengurusan masa dan juga waktu kerja yang tidak jelas. Ada yang mengeluh, pukul 10 malam pun perlu menghadiri mesyuarat sedangkan waktu bekerja hanyalah setakat pukul enam petang.
Di Portugal, kerajaannya negara itu telah mengeluarkan satu akta baharu bagi menangani isu tersebut. Udang-undang ini baru sahaja diluluskan di Portugal.
Adalah menyalahi undang-undang untuk bos anda menghantar mesej kepada anda selepas bekerja dan syarikat mesti bertanggungjawab terhadap perbelanjaan akibat kerja di luar pejabat.
Peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada hari Jumaat lalu adalah tindak balas kepada kenaikan peratusan pada pekerja yang bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19, kata Parti Sosialis yang memerintah Portugal.
Di bawah undang-undang baharu ini, syarikat perlu membantu membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja seperti seperti bil elektrik dan internet yang lebih tinggi daripada kebiasaan ketika bekerja di pejabat.
Sumber gambar: Pexels/ Olia Danilevich
Undang-undang baharu itu juga melarang majikan memantau pekerja mereka semasa mereka bekerja di rumah. Majikan juga boleh berdepan hukuman kerana menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.
Walaupun begitu, pindaan kepada undang-undang buruh Portugal mempunyai had; undang-undang ini tidak akan terpakai kepada syarikat yang mempunyai kurang daripada sepuluh pekerja.
Walaubagaimanapun cadangan untuk memasukkan “hak untuk memutuskan sambungan” yang merupakan hak undang-undang untuk mematikan mesej dan peranti berkaitan kerja di luar waktu pejabat ditolak oleh ahli parlimen Portugis.
Langkah baharu itu juga bertujuan untuk menangani kesunyian, dengan syarikat dijangka menganjurkan pertemuan bersemuka sekurang-kurangnya setiap dua bulan.
Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan kerja secara jarak jauh akibat wabak itu.
Langkah sementara yang diperkenalkan pada Januari tahun ini menjadikan kerja jauh sebagai pilihan wajib, dengan beberapa pengecualian. Majikan juga diwajibkan menyediakan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di rumah.
Walaupun kerja jauh sepanjang pandemik membawa fleksibiliti baharu kepada ramai, keperluan untuk campur tangan selanjutnya menjadi jelas melalui isu seperti akses tidak sama rata kepada kemudahan seperti internet.
Zaman sekolah sememangnya dipenuhi dengan bittersweet memory. Kalau dikenang semula memang boleh gelak seorang diri dibuatnya.
Namun, antara memori itu mesti ada terselit memori sukakan seseorang secara diam-diam atau lebih dikenali sebagai crush.
Kalau tersuka orang yang sebaya atau sekelas mudahlah sikit nak ambil tahu pasal si dia kan? Tapi kalau tersuka senior atau junior, susah pulak nak stalk!
Apa-apapun, kepada mereka yang pernah ada crush, mesti pernah buat perkara-perkara ini kan?
Kata nak pergi tandas tapi sanggup ikut jalan jauh sebab nak lalu depan kelas crush
Curi-curi pandang masa perhimpunan sekolah atau waktu rehat
Hantar surat cinta
Cepat-cepat tukar arah kalau terserempak dengan crush kat sekolah
Confess dekat crush
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petang semalam hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan Lembah Klang terutamanya di sekitar bandaraya Shah Alam, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemeriksaan mendapati 13 bumbung buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam tercabut; selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.
Menurut perkongsian wargamaya, kejadian ribut semalam turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan kampus Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan diharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bagi mereka yang tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar ketika hujan lebat berlaku.