
Industri kandungan digital tanah air terus disegarkan dengan kemunculan kolaborasi seeNI x Remaja UniDrama, sebuah pertandingan mikro-drama universiti yang meraikan bakat penceritaan generasi muda Malaysia.
Dianjurkan oleh seeNI, jenama aplikasi di bawah Nu Ideaktiv dengan kerjasama REMAJA, inisiatif ini menjadi medan utama mahasiswa mengekspresikan kreativiti menerusi drama vertikal dan penceritaan ‘short-form’ yang semakin mendapat tempat dalam dunia hiburan digital.
Menariknya, ia lebih daripada sekadar pertandingan, seeNI x Remaja UniDrama turut tampil sebagai platform pembangunan bakat apabila menampilkan barisan juri profesional daripada industri filem, media dan hiburan digital.
Selain itu, setiap karya yang dipertandingkan dinilai bukan sahaja dari segi teknikal dan naratif, malah peserta turut didedahkan kepada bimbingan industri berkualiti tinggi sebagai persediaan melahirkan penggiat kreatif baharu negara.
Pelbagai genre dipertaruhkan termasuk seram, komedi romantik dan kisah benar dan kepelbagaian ini menjanjikan pengalaman tontonan yang segar, dekat dengan realiti anak muda serta sarat emosi. Kini, sebanyak enam universiti berentap untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM12,000.
Daripada enam konsep drama terbaik yang terpilih, setiap pasukan juga bakal menerima dana sebanyak RM4,000 bagi menghasilkan drama penuh yang akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi seeNI bermula 1 Februari. Episod terbaru akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2.00 petang, sekaligus menjadikan platform seeNI sebagai salah satu destinasi wajib pencinta konten tempatan.
Undian awam dibuka serentak dengan tayangan episod pertama, penonton juga diberikan kuasa untuk menjadi penentu kejayaan peserta. Setiap undi membawa makna besar kerana ia menyumbang mata penting dalam menentukan juara keseluruhan.
Agaknya siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara seeNI x Remaja UniDrama? Jawapannya berada di tangan anda!
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi seeNI sekarang, tonton episod UniDrama dan undi drama kegemaran anda hari ini. Sokong bakat muda tempatan dan bersama-sama tentukan juara!
Untuk info, seeNI x Remaja UniDrama merupakan projek yang diperkasakan oleh pelajar universiti menerusi aplikasi seeNI sebagai platform mencurahkan kreativiti mereka melalui medium filem pendek.
Ia bukan sahaja membuka ruang pendedahan karya kepada umum, malah menjadi batu loncatan buat bakat muda untuk melangkah lebih jauh dalam industri kreatif tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.