
Kalau korang seorang mahasiswa yang selalu terfikir nak hasilkan cerita sendiri, tetapi masih mencari ruang untuk merealisasikan idea tersebut, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba bawa ia ke peringkat seterusnya.
Dalam dunia ‘content’ yang semakin berkembang, idea yang menarik tak semestinya perlu bermula dengan sesuatu yang besar. Kadang-kadang, satu cerita yang dekat dengan kehidupan sendiri pun boleh menjadi sesuatu yang menarik apabila disampaikan dengan cara yang betul.
Hal itu turut menjadi antara fokus dalam seeNI Creator Grant Edition X Festival Novel Malaysia, yang kini membuka peluang kepada mahasiswa untuk mengetengahkan idea Micro-Drama original mereka menerusi sesi ‘pitching’.
Menurut Ketua Bahagian seeNI Apps, Ellyna Zakaria, mahasiswa tidak seharusnya terlalu risau memikirkan sama ada idea mereka cukup bagus atau tidak. Sebaliknya, cara sesuatu idea itu dipersembahkan dan kekuatan jalan cerita boleh menjadi faktor yang membuatkan sebuah cerita lebih menonjol.
“Kadang-kadang sebenarnya tiada idea yang betul-betul ‘bad idea’. Apa yang penting ialah bagaimana mahasiswa itu ‘pitching’ idea mereka dan bagaimana mereka menggunakan ‘storytelling’ untuk membuatkan orang tertarik dengan cerita yang ingin disampaikan,” katanya.
Dengan format Micro-Drama yang semakin dekat dengan tabiat penonton pada hari ini, kemampuan untuk menarik perhatian sejak awal juga menjadi satu perkara penting. Peserta bukan sahaja perlu mempunyai cerita yang menarik, tetapi perlu tahu bagaimana untuk membuatkan penonton mahu terus menonton.
“Antara kriteria paling penting ialah ‘originality’ dan ‘storyline’. Kami mahu lihat bagaimana mereka boleh menghasilkan cerita yang kuat dan paling penting, bagaimana mereka boleh hook penonton dalam tiga saat pertama,” jelasnya lagi.
Sebanyak 15 peserta daripada kalangan mahasiswa akan dipilih untuk membentangkan idea Micro-Drama mereka kepada ‘Content Panel’ pada 24 September 2026 di Karangkraf.
Untuk menyertai, peserta perlu:Jadi, tunggu apa lagi?! Untuk mahasiswa yang suka menulis, menghasilkan video, berlakon, mengarah atau memang mempunyai satu cerita yang sudah lama bermain dalam kepala, peluang ini mungkin boleh menjadi langkah pertama untuk melihat sejauh mana idea tersebut boleh pergi. Mana tahu, cerita yang selama ini hanya tersimpan dalam “Notes” sebenarnya ada potensi untuk ditonton oleh orang ramai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.