Hari ini, rata-rata rakyat bercerita tentang kegagalan facebook, Whatsapp dan Instagram yang gagal berfungsi, seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa media social.
Namun isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga menjejaskan ribuan rakyat ternyata memberikan impak berbeza bagi sesetengah rakyat apabila ramai yang mula bersuara dan mula menyalahkan kegagalan pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.
Menurut laporan terkini dari FB Kementerian Kesihatan, sejumlah 937 orang dirawat dengan 12 daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan pencemaran akibat pembuangan bahan kimia Khamis lalu.
Penularan gambar kanak-kanak yang muntah di dalam plastik beg kuning dengan kesukaran bernafas juga turut mengundang simpati yang bukan sedikit berikut kes ini dianggap begitu luar biasa kerana ramai yang terjejas.
Gambar yang tular di media sosial melibatkan kanak-kanak ini cukup meruntun hati. Gejala muntah dan sukar bernafas antara masalah dihadapi oleh kanak-kanak iniAllah, moga Allah melindungi kanak-kanak ini yang antara terjejas akibat pembuangan sisa kimia ke Sungai Kin Kin, Pasir GudangAntara rasa susah bernafas, ketakutan antara yang dilalui oleh remaja ini yang sekolahnya mungkin antara yang terjejasMoga Allah melindungi rakyat di Pasir Gudang berikutan kes pembuangan sisa bahan kimia ini sejak minggu lalu
Baca luahan hati rakyat yang tular di media social berikutan kes pencemaran sisa kimia ini.
Macam-macam komen mengenai isu ini disuarakan di media sosial
Benarkah kakitangan hospital tak menang tangan menangani isu pembuangan sisa kimia ini
Ramai bersuara mengenai isu ini berdasarkan komen-komen di media sosial
Antara luahan rakyat di media sosial yang mahukan satu jawapan pasti
Isu ini terus mendapat perhatian apabila persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini menyiarkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan usul tergempar susulan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dibahaskan dan usulnya itu akan didengari pada jam 4.30 petang ini.
Ads
Dalam nada tegas, beliau merayu kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin supaya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan isu ini dengan kadar segera.
Katanya, usul tergempar itu telah difailkan kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pagi tadi.
Beliau yang marah bercampur geram turut merayu supaya usul itu dibahas dan diputuskan hari ini juga.
“Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan isytiharkan darurat di Pasir Gudang mulai hari ini juga.
“Yang Berhormat (YB) Menteri, tolong saya. Pagi tadi saya telah hantar surat kepada Yang DiPertua (Dewan Rakyat) supaya usul tergempar dibentangkan di Parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin akan datang.
Ads
“Saya minta soal teknikal diketepikan, ini soal nyawa. Saya minta usul darurat ini dibincang, dibahaskan hari ini,” tegasnya yang turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen yang hadir.
Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam, kata Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali.
Dr. Mohd Rizal, yang juga merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.
Ads
“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.
Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI
Dr. Mohd Rizal berkata bagaimanapun, kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.
Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah.
Katanya, antara lokasi yang boleh menyebabkan orang awam terdedah dengan gas metana adalah kawasan pelupusan sampah dan pusat penyimpanan bahan kimia. Namun, gas ini sukar untuk dikesan memandangkan ia tiada bau.
Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.
Remaja difahamkan, bukan satu gas iaitu metana sebaliknya ada lapan jenis bahan kimia di Sungai Kin Kin yang kini mengancam nyawa penduduk sekitar Pasir Gudang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejumlah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kediaman pasangan serta pengasas platform e-dagang Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Ia susulan siasatan berterusan terhadap kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Serbuan berkenaan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi.
Memetik laporan Astro Awani, pasangan tersebut hadir ke pejabat SPRM sekitar jam 1 petang semalam meneruskan rakaman keterangan sejak hari Selasa.
Kemudian, pasangan itu dibawa pula ke kediaman mereka di Mont Kiara, Kuala Lumpur bagi tujuan pembongkaran dan penggeledahan pada jam 5.30 petang.
Serbuan yang dihadiri oleh 12 pegawai SPRM dan disertai oleh peguam pasangan itu berakhir kira-kira jam 8 malam tadi.
Antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah. Anggaran nilai bagi kesemua barangan tersebut adalah kira-kira RM200,000.
Dalam pada itu, SPRM juga mengesahkan telah membeku 11 akaun bank persendirian dan enam akaun syarikat FashionValet di bawah selian pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan ini difahamkan bagi membantu siasatan yang terhadap isu kerugian yang dialami oleh Khazanah dan PNB di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Di sebalik isu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman yang mengenakan telekung ketika menunaikan umrah dan bersolat di ruang wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana beranggapan dirinya mempermainkan agama, tentu ramai ingin tahu apa hukuman yang menanti jika tertangkap di Arab Saudi jika mengenakan pakaian wanita di negara tersebut?
Untuk makluman, sejak dahulu, kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan larangan golongan transgender mengerjakan umrah mahupun haji. Undang-undang negara itu menetapkan, hanya lelaki dan perempuan sahaja dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu sejak dahulu lagi.
Carian REMAJA mendapati, larangan ini pernah dikeluarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman yang kini merupakan Raja Arab Saudi di akhbar The Ekspress Tribune pada February 2019 berikutan permintaan dari golongan komuniti transgender Pakistan yang mahu golongan transgender ini diberi peluang mengerjakan haji dan umrah. Dalam permintaan itu, golongan minoriti ini meminta agar mereka diberi peluang dan ditandakan X pada bab jantina namun permintaan itu tidak diendahkan sama sekali.
Namun apa yang lebih menakutkan, dua transgender Pakistan pernah diseksa dan menerima hukuman mati selepas tertangkap di Pakistan ketika mengerjakan umrah.
Keduanya dikurung dalam karung, dibelasah dengan tongkat dan diseksa dengan tongkat sehingga mati dan kes ini mendapat perhatian dari aktivis hak asasi manusia.
Dalam satu kejadian, selain dua orang mati diseksa 11 lagi transgender dikenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 dan 22 orang lagi ditahan dalam penjara selepas ditangkap ketika berada di Arab Saudi.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Independent beberapa tahun lalu, aktivis Qamar Naseem dari kumpulan Blue Veins meminta penjelasan dari kerajaan Arab Saudi berikutan insiden ini.
Menurutnya lagi, isu ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada golongan transgender yang mahu menunaikan haji dan umrah malah mereka yang berada di Arab Saudi sendiri.
Dalam suaranya, Qamar Naseem berkata, golongan transgender tidak dilayan dengan adil oleh undang-undang jenayah di Arab Saudi dan ia bukan hanya melibatkan orang dari Pakistan sahaja tetapi dari seluruh dunia.
Untuk pengetahuan semua, pengamal homoseksual boleh dihukum mati dan mana-mana pembedahan perubahan fizikal adalah diharamkan di Arab Saudi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat warga Selangor, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang khabarnya bakal dilancarkan pada Oktober depan.
Menurut EXCO Pelancongan Hee Loy Sian, baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.
Baucar yang dilancar pada Oktober ini boleh digunakan serta-merta, selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.
Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberikan kepada rakyat Selangor kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan, selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor.
Baucar berkenaan boleh digunakan untuk penginapan hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0 melalui platform e-dagang Lazada dan Touch n Go e-wallet.
Wah, mesti ramai yang nak tebus ni. So, siapa cepat dia dapat ya. Hiks!