Baru ini tular di media sosial di mana Ustaz Ebit Lew meminta maaf andai perbuatannya bergerak ke sana ke mari semasa Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan hati orang lain terguris. Masa yang sama beliau berkata niatnya membantu barisan hadapan negara menangani COVID-19 dengan menyampaikan sedekah adalah kerana Allah taala. Ia ekoran ada individu yang bersuara bahawa perbuatan sedekah dilakukannya tidak harus ditunjukkan di media sosial.
Pasti isu berkenaan turut menjadi tanda tanda di hati kita bolehkah sedekah dibuat terang terangan, di kongsi di media sosial atau seharusnya dibuat tanpa orang lain ketahui? Ini kerana mungkin ada di antara kita difahamkan tangan kanan memberi, tangan kiri tak harus ketahui.
REMAJA terjumpa perkongsian menarik dikongsikan oleh Ustaz Abu Iqbal atau mesra disapa Ustaz Mizul di fbnya mengenai hal ini dan mengupasnya untuk pembacaan kita semua. Rupanya dalam surah Al-Baqarah dan Fatir ada dinyatakan bahawa sedekah dibolehkan dihebahkan. Bacalah, agar kita lebih faham.
Ustaz Mizul berkongsi ilmu mengenai sedekah ini
Mike, kalu orang tanya…boleh ke idak kita tunjuk kat orang sedekah kita?
Selalunya orang akan kata…Hish…buat apa ditunjuk ke orang. Habih pahala.
Kalu nak buat baik, nak bagi sedekah, kena sembunyi-sembunyi…aci boleh, tangan kanan memberi, tangan kiri pun idak tau…
Hemm…selalunya ghoper itulah. Orang marah bebeno, sinis bebeno kalu nengak ada orang bagi sedekah dengan terbuka.
Apa lagi kalu masuk TV, masuk FB dan sebagainya.
Ads
Rugi le dia. Bagi sedekah, lepeh itu nayang kat orang. Riyak…habis lunyei pahala…
Sebenonya, baik sembunyi ke, atau terang-terangan ke…kedua-duanya dibolehkan.
Mari teman bagi beberapa dalil:
1# “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah: 271)
2# ”Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahu pun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (al-Baqarah, 2: 274)
Ads
3# “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fatir: 29)
Cukup tak tiga dalil di atas. Nak bagi ada lagi…
Sebab itu jangan mudah kata ke orang. Bila orang tu buat benda baik, dan dia tayang kat orang, ada sisi baiknya.
Nabi Muhammad SAW buat benda baik dan baginda tayang tak kat orang? Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a diketahui ahli sedekah no. 1 selepas nabi, ater ghoper mana orang boleh tahu kalu dia sedekah sembunyi-sembunyi? Begitu juge le taikun bisnes Muslim…siapa lagi kalu bukan Saiydina Abdul Rahman bin Auf?
Ads
Sebenonya, pamerkan ke, atau sembunyikan ke, yang penting sekali ialah niat. Jika niat sebeno-beno hanya kerana Allah SWT, maka ia lulus.
Tapi jika bagi le sembunyi-sembunyi, tapi dalam hati terdetik…isk…aku le orang paling pemurah…baiknya aku…haa… Cerah Masa Depan…itu semua sifat mazmumah…rasa ujub dan sebagainya…
Sebenonya, mempamerkan benda baik adalah sebahagian daripada ajaran Islam…
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memulai suatu sunnah yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengikutinya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Kecoh di media sosial apabila foto selebriti popular Korea, Jennie Blackpink dan V BTS tersebar dan dikatakan keluar bersama di Pulau Jeju dan ini membuatkan ramai peminat memberi spekulasi bahawa kedua-dua pasangan ini sedang menjalinkan hubungan.
Khabar angin itu bermula apabila foto V sedang memandu dan Jennie di sebelah tempat duduk penumpang tersebar dikalangan peminat mereka. Namun, peminat merasakan foto itu telah disunting dan bukanlah foto sebenar. Mereka mendakwa foto V itu telah diambil oleh J-Hope semasa rancangan BTS In The Soop tahun lalu dan ia bukanlah foto baharu.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini dikatakan memang ke Pulau Jeju dan ada juga peminat yang mengatakan ahli kumpulan BTS juga berada di pulau itu tidak lama dahulu.
Susulan daripada khabar angin itu, agensi BTS, BIGHIT MUSIC enggan membuat sebarang kenyataan dan agensi Jennie Blackpink, YG Entertainment berkongsi,
“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan mengenai khabar angin itu. Kami akan memaklumkan sekiranya ada respon terkini untuk dikongsi.”
Kedua-duanya sebelum ini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan apabila peminat mengatakan bahawa V secara tidak sengaja telah mengikuti Jennie di instagram. Selain itu, baru-baru ini juga timbul khabar angin bahawa Jennie telah berpisah dengan G-Dragon.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan jika ada kenyataan rasmi daripada dua selebriti popular ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daripada sitcom, ke layar Perak. Kalau korang budak-budak zaman 90-an dulu, mesti korang pernah layan filem-filem Senario yang ada diantaranya memang mendapat kutipan box office.
Filem-filem yang diarahkan oleh dua pengarah hebat tanah air, Aziz M.Osman dan arwah Mamat Khalid memang jarang mengecewakan.
Pelakon dan pelawak, Azlee yang merupakan salah seorang ahli kumpulan komedi Senario telah memuat sekeping gambar dan memberikan ‘hint’ bahawa filem Senariounion kini dalam pembikinan. Difahamkan, filem Senario terbaharu ini juga akan diarahkan oleh Aziz M. Osman.
Foto Via Azlee Instagram
Film terbaru Senariounion dalam pembikinan hari ke 3 .Arahan Aziz M. Osman @ Abg long teribatan botak production Syukur Allah . Semoga Allah permudahkan . Aamin..🤲🤲 Yang bestbya pelakon pun reunion teknikal team pun reunion…mantap Aziz M Osman @ Abg Long.
Menurutnya, filem tersebut juga akan dibintangi ahli-ahli Senario lain termasuklah Wahid, Yassin, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet. Bukan itu saja, ahli Senario terdahulu iaitu Hamdan dan Ilya juga dikatakan bakal muncul dalam filem itu.
Di laman Twitter, tular mengenai perkongsian tersebut yang kini mendapat lebih dari 2 ribu ulang kicau serta disukai hampir 6 ribu pengguna laman itu.
“hantar saya balik rumah mak!”
“itulah awak, gaduh sikit je suruh hantar rumah mak. rumah mak saya pulak tu” pic.twitter.com/V52M4LVrcP
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama sekali peminat Senario teruja dengan kemunculan semula mereka. Berikut penulis senaraikan antara 4 buah filem Senario yang paling best satu ketika dulu (pada pandangan penulis sahaja).
1. Senario The Movie (1999)
Merupakan filem pertama kumpulan Senario yang berjaya mendapat perhatian penonton. Secara keseluruhannya, movie ni boleh dikatakan antara filem terbaik Senario kerana tidak hanya memaparkan aksi lawak, tapi sarat dengan pengajaran dan nilai kasih sayang antara adik beradik.
2. Senario Lagi (2000)
Satu lagi antara filem Senario yang paling best. Kemunculan Yassin, Umie Aida dan Syanie memang sangat membantu untuk mengekalkan filem ini jadi box office.
3. Lang Buana (2003)
Muncul dengan genre sedikit berbeza, Lang Buana mengisahkan tiga orang pemuda – Gunung, Daik dan Bercabang – yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana.
4. Senario XX (2005)
Filem ini digelar XX kerana ia merupakan filem ke 20 (XX) terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan merujuk juga kepada filem XX Ray. Kalau korang masih ingat lagi, filem ni dilakokankan oleh Fazura sebagai heroinnya. Wow kan?
Kalau tak silap penulis, kali terakhir Senario muncul dengan filem mereka pada tahun 2011, Senario The Movie : Ops Pocot. Dalam keempat-empat filem Senario ni, mana paling korang love?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik: Taylor Swift akhirnya akan hadir ke Asia!
Berita buruk: Singapura sebagai satu-satunya lokasi persinggahan konsert beliau……
Kecoh di media sosial semalam apabila penyanyi dan penulis lagu Taylor Swift mengumumkan bahawa dia akan mengadakan konsert selama tiga malam di Singapura pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada Jelajah Erasnya.
Dilaporkan bahawa persembahan penyanyi berusia 33 tahun tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional pada 2, 3 dan 4 Mac.
Namun sayang seribu kali sayang apabila hanya Singapura menjadi satu-satunya perhentian di Asia Tenggara, manakala perhentian kedua di Asia terletak di luar Tokyo, Jepun.
Bagi Swifities yang berminat, pendaftaran untuk tiket jualan am akan bermula dari 23 Jun, 12 tengah hari hingga 28 Jun, 12 tengah hari, dengan jualan am bermula pada 7 Jul, 12 tengah hari.
Manakala, tiket prajualan untuk ahli kad UOB akan bermula 5 Julai jam 12 malam dan berakhir pada 7 Julai, 9 pagi.
Kali terakhir bintang pop Amerika tersebut membuat persembahan di Singapura ialah pada tahun 2014 dengan jelajah konsert ketiganya bersempena album studio keempatnya, Red.
Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat beliau mengekspresikan rasa kecewa dan hampa dengan pengumuman tersebut.
“Saya rasa akak Taylor memang tak nampak Malaysia dalam peta ni,” seloroh seorang peminat.
“Ada apa dengan Singapura eh? Semua artis nak berkampung di sana,” keluh seorang warganet.
“Kena get ready untuk berebut dengan jutaan peminat kalau macam ini. Fighting guys!” komen warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.