‘Kehilangan’ pelakon dan pengacara, Sean Lee Jia Ern dari radar industri seni sepanjang bulan Januari 2024 sedikit-sebanyak telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminatnya.
Cuma pada 16 Januari lalu, Sean membuat kemunculan sebentar sempena sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024. Jadi ke manakah Sean sebenarnya?
Sean yang ditemui REMAJA sewaktu acara pembukaan butik COACH di The Exchange TRX baru-baru ini memaklumkan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika bermain futsal, 1 Januari lalu.
“Saya kira inilah ‘hadiah’ tahun baru terbaiklah untuk saya. (Ketawa). Bola itu datang di antara kaki saya dan kaki kawan saya. Dia sedang menendang manakala saya pula cuba menghalang.
“Sebaik sahaja kaki kami berlaga, impaknya terus beralih dari kaki ke lutut. Itu yang saya rasa seakan ada movement pada bahagian lutut.
Ads
“Saya segera melakukan imbasan MRI dan bernasib baik apabila doktor katakan bahagian lutut saya tidak terkehel (dislocated). Cuma bila lakukan ujian mikroskopic & ligamen, mereka mendapati ada kesan pendarahan. Itulah punca lutut saya mengeras dan sukar dibengkokkan memandangkan cecair memenuhi liang ligamen.
“Mereka memberi saya suntikan untuk mengeluarkan cecair pada lutut dan lutut bolehlah dibengkokkan sedikit. Malangnya, saya dinasihatkan untuk berehat selama enam minggu dan mengakibatkan saya terlepas peluang terlibat dalam penggambaran filem baharu,” ujar jejaka berusia 30 tahun itu.
Kongsinya lagi, peluang membintangi filem bergenre aksi itu terpaksa dilepaskan kerana dirinya tidak boleh mengambil risiko impak jangka masa panjang sekiranya berdegil untuk meneruskannya.
Ads
“Berat hati memanglah berat hati kerana adalah impian saya untuk terlibat dalam projek bergenre aksi pertama saya. Tapi saya faham risikonya. Health comes first dan saya enggan memudaratkan kesihatan saya sendiri.
“Selagi boleh, saya ingin elakkan pembedahan pada bahagian lutut agar tidak mengganggu urusan saya di lain hari. Saya anggap ini sebagai tiada rezeki.”
Kongsi pelakon One Million Dollar Voice itu lagi, dia kini sedang menjalankan rawatan fisioterapi sekerap tiga kali seminggu selama sejam pada setiap sesi.
Ads
“Just spending time with myself and recovery. Bayangkan Januari lalu, saya tak boleh tahan dan perlu duduk. Saya tidak mampu berdiri untuk jangka masa lama. I did not feel good if I go out and meet others. Sekarang, keadaan saya semakin pulih,” simpul Sean.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terengganu adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang melaksanakan pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan perempuan di panggung wayang.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square merupakan pawagam pertama yang patuh Syariah kerana mewujudkan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram kira-kira beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, Paragon Cinema di KTCC Mall juga mula beroperasi hari ini dan sekali gus menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di negeri Terengganu yang patuh Syariah.
Paragon Cinemas KTCC Mall menempatkan 10 buah dewan tayangan kesemuanya dengan kapasiti 1 dewan ATMOS dengan muatan sehingga 232 kerusi, dan 1 dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dan jumlah kerusi yang dimuatkan secara keseluruhan adalah sebanyak 1516 kerusi.
Walau bagaimanapun, bagi pembukaan pawagam ini hanya lima buah dewan sahaja dibuka untuk tayangan percuma selama seminggu (filem-filem 2019) dan juga tayangan berbayar bagi filem terbaru.
Korang berpeluang untuk menebus tiket percuma maksimum 4 tiket untuk sekeping borang tuntutan.
Sebelum ini, peraturan pengasingan tempat duduk yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu untuk terus memantau dan menjaga batas-batas pergaulan di negeri tersebut.
Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, pelakon meningkat naik, Zaki Azeman akhirnya memaklumkan dia dan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama popular Ombak Rindu The Series itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku #ZRJunior.” coretnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut turut dilihat pelakon tinggi lampai itu sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isteri tersayang ketika di mailis resepsi mereka, pada tahun lalu.
Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis itu bagaimanapun masih ‘merahsiakan’ jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira atas berita tersebut selain mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
“Syukur Alhamdulillah, tahniah brother and family,” komen penyanyi Mark Adam.
“MasyaAllah Tabarakallah, tahniah both of you. Alhamdulillah,” komen juga penyanyi Farisha Iris.
Sekadar infotmasi, Zaki dan Raa Suzuran telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mei 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis pernikahannya yang berlangsung secara tertutup, kelmarin.
Syasya memaklumkan peminatnya layak untuk mendapat penjelasan berhubung pernikahan dengan jejaka pilihan hati yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya.
“Kesayangan saya semua (peminat) layak untuk penjelasan yang rasmi. Sabar sekejap ya semua,” coretnya ringkas menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan berbeza, gadis berusia 23 tahun itu turut memuat naik beberapa keping foto pernikahannya.
Rata-rata memuji kecantikannya yang manis dalam persalinan serba putih sedondon dengan suami tercinta.
Malah, ada juga yang menyokong keputusannya untuk menarik diri daripada Dolla kerana mahu mendirikan rumah tangga.
Semalam, Syasya mengejutkan ramai apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) melalui kenyataan media.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Syasya sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang respons berhubung keputusannya menarik diri selepas lebih lima tahun bersama Dolla.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: X Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!