Pengunduran diri Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal sebelum daripada kumpulan Dolla sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

Namun semuanya terlerai apabila penyanyi berusia 23 tahun ini telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada Sabtu.

Dalam perkongsian foto yang dipaparkan kepada umum dapat dilihat Syasya dan suaminya menyarung persalinan serba putih melangsungkan perkahwinan di dalam sebuah masjid yang tidak dikongsikan lokasinya.

Bekas Ahli DOLLA, Syasya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan. Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Mohon Hentikan Spekulasi

Dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Kim Lim berkongsi serba ringkas mengenai majlis perkahwinan penyanyi yang bernaung dibawah labelnya itu.

IKLAN

“Ingin dikongsikan berita gembira buat semua yang mana Syasya telah mendirikan rumah tangganya dengan lelaki pilihannya hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla.

“Kita doakan semoga segala apa yang dirancang Syasya berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina kekal ke Jannah,” kongsinya.

Bekas Ahli DOLLA, Syasya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan. Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Mohon Hentikan Spekulasi

IKLAN

BACA JUGA: Syasya Bukan Lagi Sebahagian Daripada DOLLA. Tarik Diri Atas Faktor Peribadi

Selain itu Kim Lim turut menyentuh isu mengenai segala spekulasi yang menjadi tular di media sosial berkenaan pengunduran Syasya.

IKLAN

“Semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” tambahnya lagi.

Imbas kembali, berita pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla telah dibuat pada 8 April lalu, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Syasya telah bersama kumpulan pop terkenal ini sejak awal penubuhan pada 2019.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI