Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
Ads
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson dilihat tampil berkongsi beberapa foto mesra dan ucapan ‘happy birthday‘ sempena ulang tahun kelahiran aktor popular, Aedy Ashraf di Instagram semalam.
Menerusi ruangan komen, Aedy turut mengucapkan terima kasih buat pelakon karya Pulau itu kerana mencipta kenangan indah bersamanya.
“Terima kasih untuk semua kenangan terindah,” komen Aedy ringkas.
Menjengah di ruangan komen yang sama, rata-rata rakan artis dan para pengikut merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain selain mengucapkan ulang tahun kelahiran buat pelakon itu.
“You two perfect for each other! Happy birthday Dy,” komen pelakon Mimi Lana.
“Sekali dia kuarkan gambar dari simpanan dia, satu treller gula tumpah. Happy birthday Dy!! You two are so lucky to have each other,” komen seorang netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah tular selama hampir seminggu mengenai isu yang membabitkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin dan dua orang Timbalan Menteri dalam kabinet, hari ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sendiri telahpun bertemu dengan pelajar tersebut.
Pertemuan di antara Veveonah dan ‘Abah’ di kampus universiti UMS itu menyaksikan Khairy memohon maaf bagi pihak kerajaan Malaysia di atas komen serta dakwaan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin sebelum ini.
“Bagi mewakili kerajaan, saya memohon maaf kepadanya dan ahli keluarganya,” catat Khairy dalam satu posting di Twitter.
Beliau turut berkongsi bahawa dia telah mencadangkan Veveonah untuk berkolaborasi dengan Yayasan Inovasi Malaysia bagi mencetuskan beberapa prodjek inovatif di kampung halamannya.
“Kabinet (semalam) bersetuju bahawa isu sebenar dalam hal ini adalah liputan internet dan keperluan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Kerajaan akan bekerja keras untuk menangani masalah ini.”
Sebelum ini, Zahidi menuduh Veveonah berbohong dengan statusnya sebagai seorang YouTuber dan tidak mengambil sebarang peperiksaan pun apabila dia menjadi tular kerana memanjat pokok demi mendapat liputan internet. Beliau bagaimanapun meminta maaf kepada Veveonah setelah dia mengakui menerima maklumat yang tidak tepat.
Pengerusi UMS dalam pada itu telah mengesahkan bahawa Veveonah sememangnya telah menduduki ujian secara atas talian pada bulan Jun lalu.
Rahim pula memuat naik status di Facebook berkata Veveonah dan keluarga sebenarnya tinggal di kawasan bandar dan bukannya di kampung tersebut. Setelah pelbagai komen negatif terhadap Yang Berhormat itu hadir daripada netizen, beliau mengambil keputusan untuk memadam posting tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, penguna TikTok kian meningkat di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
Namun jujurnya, disebabkan oleh pengguna yang tak bertanggungjawab, TikTok juga berdepan dengan masalah biasa seperti di media sosial lain.
Korang pernah dengar kan kes remaja yang jatuh sakit disebabkan terlalu obses melayari media sosial dan internet. Mata boleh sakit, kepala pun mudah pening kerana menghadap skrin tanpa henti.
Tiktok Had Masa Skrin Selama 60 Minit
Terbaru, TikTok memaklumkan setiap akaun pengguna bawah 18 tahun akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.
Perubahan itu dibuat kerana kebimbangan kerajaan mengenai keselamatan penggunaan aplikasi berkenaan.
Ia juga berikutan kesukaran ibu bapa untuk mengehadkan masa anak mereka untuk menonton perkongsian video di aplikasi dari China itu.
Ketua Amanah dan Keselamatan TikTok, Cormac Keenan menerusi perkongsian di blog memberitahu apabila had satu jam dicapai, kanak-kanak di bawah umur akan diminta memasukkan kod laluan untuk membuat keputusan aktif untuk terus menonton.
Bagi akaun pengguna berumur di bawah 13 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan sedia ada untuk membenarkan 30 minit masa tontonan tambahan sebaik sahaja had satu jam awal dicapai.
TikTok menetapkan tempoh satu jam selepas berunding dengan penyelidik akademik dan pakar dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston, Amerika Syarikat (AS).
Eksekutif media sosial, termasuk daripada TikTok dipanggil di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan cara mereka menghalang bahaya bagi pengguna muda.
Beberapa ciri keselamatan TikTok sedia ada untuk akaun remaja termasuk menetapkan akaun kepada peribadi untuk yang berumur 13 hingga 15 tahun dan menyediakan pemesejan terus hanya kepada pengguna berumur 16 tahun atau ke atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!