15 Disember 2022 esok menandakan tempoh tiga minggu tepat setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.
Sejak Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jaawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara itu, banyak perubahan yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam cara pemerintahan beliau.
Ini termasuklah penolakan kenderaan mewah jenis Mercedes S600, penolakan kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana dan penolakan gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Kesemua itu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.
Namun tahukah korang, sebelum Anwar Ibrahim membuat keputusan drastik untuk tidak menerima gaji bagi jawatan nombor satu negara itu, Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong) telahpun mengambil tindakan sama tetapi lebih awal.
Ads
Menurut Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, YDP Agong berkenan untuk tidak mengambil gaji sejak era pandemik melanda Malaysia pada tahun 2020.
“Baginda tidak menerima gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat YDP Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan rakyat,” katanya.
Ads
Untuk pengetahuan, Jemaah Kabinet negara termasuklah barisan Timbalan Menteri yang selesai dilantik Jumaat minggu lalu telah bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. Ia adalah tanda solidariti mereka terhadap keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Manakala, Anwar tetap dengan pendiriannya untuk menolak terus pemberian gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai terfikir, insya Allah kita akan selamat kalau memakai jaket keselamatan ketika berada di tengah laut. Seandainya berlaku sesuatu seperti ribut dan ombak besar yang mengakibatkan bot dinaiki karam, sekurang-kurangnya kita masih akan terapung jika memakai jaket keselamatan.
Ya,itulah yang kita fikirkan. Dan seandainya terjadi kejadian lemas, perkara pertama kita fikirkan, nie mesti mangsa tak pakai jaket keselamatan.
Untuk pengetahuan semua, bukan semua jaket keselamatan yang selalu kita disuruh pakai dan disediakan oleh pengendali bot sesuai untuk aktiviti di laut. Malah ada jaket keselamatan dikhususkan untuk tasik yang tidak berombak.
Ada juga jaket keselamatan yang tak mampu pun bertahan lama di laut kalau kita lambat dijumpai sekaligus mengakibatkan kita boleh kehilangan nyawa walau kita memakai jaket keselamatan.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkongsi jenis-jenis jaket keselamatan yang harus kita tahu dan sila belajar dan hadam betul-betul. Ini kerana setiap jaket keselamatan direka mengikut keadaan situasi. Pendek kata ada sesuai, ada tak sesuai dipakai untuk aktiviti laut dan sebagainya. Jangan main pakai apa diberi oleh pengusaha bot, sekurangnya kita kena tahu dan ada ilmu juga. Lebih senang kalau jadi apa-apa walau kita tak meminta ia berlaku.
Nah, korang kenal baik-baik jaket keselamatan dan kenali fungsinya seperti di kongsikan oleh APM ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Topik gangguan seksual dan kurangnya rasa hormat kepada mangsa wanita yang selalu dijadikan sebagai ‘objek’ kembali menjadi topik perbualan utama dalam kalangan warganet sejak minggu lalu.
Ia setelah kes video tular membabitkan kupasan berbaur seksual dalam sebuah program televisyen swasta.
Menyentuh mengenai topik tersebut, atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong menjadi salah satu suara terawal yang berkongsi pengalamannya dalam kem sukan terjun. Kata Pandelela, sukan terjun juga tidak terkecuali daripada menjadi bidang yang tercemar akibat tindak-tanduk sebahagian ahlinya yang didakwa menjadi punca kepada isu gangguan seksual; sama seperti di dalam bidang seni hiburan tempatan dan bidang-bidang lain di Malaysia.
Keberanian Pandelela untuk bersuara dan berkongsi kisahnya ini diterima secara positif oleh sebilangan besar followers Pandelela termasuklah Menteri Kanan Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.
KJ pernah terlibat sama dalam situasi kem sukan terjun yang satu ketika dahulu bergolak dengan isu ini sehingga pihak Kementerian Belia dan Sukan yang diketuainya pada waktu itu perlu masuk campur dalam proses penstrukturan semulanya.
Namun, lain pula respon yang diterima daripada Menteri Belia dan Sukan semasa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila beliau mempertikaikan pendedahan dakwaan isu gangguan seksual oleh Pandelela Rinong pada minggu lalu.
Menerusi laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau sebaliknya menyoal semula mengapa dakwaan ini baru ingin dibangkitkan setelah beberapa tahun berlalu? Senang cerita, mengapa lambat bersuara?
“Saya dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang (pendedahan Pandelela mengenai gangguan seksual) jadi tidak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini sekarang.
“Tapi saya hanya nak faham keseluruhan senario. Kenapa tiba-tiba setelah sekian lama Lela keluar kenyataan melalui media sosial beliau?” katanya semasa ditemui di sidang media seminar Anti Doping Kebangsaan semalam.
*
Dalam komen balas menerusi ciapan di Twitter beliau, Pandelela tidak mudah melatah dan menjelaskan sebab di sebalik pendedahan beliau, minggu lalu.
“Saya kongsikan pengalaman saya yang ‘tidak terlalu menarik ini’ demi memberikan kesedaran kepada masyarakat dan demi memberi sokongan kepada mangsa di luar sana; yang terus-menerus berada dalam dilema sama ada untuk bersuara ataupun tidak.
“Lebih penting lagi, mereka yang membiarkan (situasi gangguan seksual) untuk terus terjadi dan yang menyokongnya tidak seharusnya diraikan.
“Orang lain mungkin boleh lupakan (isu ini) tetapi bukannya mangsa itu sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada suara #rapeisnotfunny dengan harapan agar anda akan menjadi lebih berani untuk bersuara pada masa hadapan dan tidak seperti saya yang tidak (berani pada waktu lampau),” catat Pandelela.
I shared my “not so nice” experience to give awareness to the public, and support for victims out there, who are always in dilemma, whether to speak up or stay silent. Most importantly, enabler and their backups shouldn’t be glamorised. Others may forget, but not the victim.
Tinjauan pada bahagian komen mendapati ramai yang bersetuju dengan gesaan Pandelela ini agar lebih ramai berani bersuara; sama ada mereka pernah menjadi mangsa gangguan seksual ataupun tidak agar lebih ramai orang sedar akan apa yang perlu mereka lakukan jika berdepan situasi tersebut.
“Bersuara benda yang betul pun dah tak boleh? Habis, sampai bila lawak lucah atau rogol nak dijadikan topik bila berborak?”
“Tiada waktu yang tepat untuk kita bangkit menentang perangai tidak senonoh ini disebabkan ketakutan diri sendiri dan juga persepsi masyarakat. Ketegasan kamu (Pandelela) dalam isu ini akan memberi kekuatan dan keberanian kepada atlet muda untuk bersuara.”
*
Dari sudut positif, pihak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan akan menghubungi mantan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang dipercayai mempunyai pandangan dan maklumat lanjut mengenai pendedahan ini.
Beliau juda dalam pada itu menggesa semua atlet Malaysia di mana-mana peringkat termasuklah yang masih bersekolah untuk melaporkan kepada ibu bapa, jurulatih atau pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden percakapan yang tidak sesuai atau sentuhan keterlaluan antara mereka dengan jurulatih serta rakan atlet kerana ia disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah yang perlu diperangi.
Malah menerusi ciapan terbaru Pandelela sebentar tadi, dia menjelaskan bahawa dia tidak menyerang menteri tersebut. Sebaliknya, dia meraikan kehadirannya ke Kementerian Belia & Sukan dan berharap agar beliau dapat terus memberi sokongan kepada skuad terjun negara.
It’s okay YB @PejaOfPerak , I understand the whole scenario now after watching this video. The male reporter who questioned you raised some red flag though. 🚩 🚩 🚩 https://t.co/2qXyc2lJ82
Baucar Buku Semarak Membaca merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan rakan-rakan industri buku Malaysia.
Ia bertujuan bagi membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan, memberikan insentif serta galakan kepada pembaca untuk membeli buku dan menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.
Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu telah mula diedarkan di 168 buah kedai buku terpilih dan boleh ditebus mulai 21 Oktober sehingga 15 November melalui sebuah kedai buku secara dalam talian di laman web e-sentral.com
PNM turut menjelaskan, ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai 25 Oktober 2021.
Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.
Kedai-kedai buku terpilih adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya 500 orang penerima baucar terawal berpeluang menikmati baucar diskaun ini.
Selain manfaat potongan diskaun, penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.