Ramai lelaki dan wanita yang bekerjaya hari ini jarang memikirkan jodoh mereka. Rata-ratanya sibuk membina karier dan masa depan ketika usia masih muda dan kuat untuk bekerja. Dengan soal wang hantaran tinggi, kurangnya lelaki yang berkualiti, tahap pendidikan yang sudah ada jurang selain malu untuk memulakan sebuah perbualan antara sebab mengapa ramai yang masih menyendiri.
Bukan itu saja, memegang prinsip tidak mahu merampas hak wanita lain, menjadi isteri kedua atau ketiga, senang menyendiri kerana tak perlu pening-pening menerima dan meminta pendapat orang lain antara sebab mengapa orang memilih secara bersendirian sehingga ke akhir hayatnya. Namun sebab paling utama ialah jodoh pertemuan itu di tangan Allah taala, antara sebab kenapa seseorang itu hidup bersendirian.
Mungkin sebelum teruskan niat untuk hidup sendiri, fahami kenapa kita perlu ada pasangan hidup!
Berkahwin itu sebahagian dari sunnah Rasulullah “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” [HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]. Kalau tak berkahwin bermakna belum menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah.
Berkahwin juga mengekalkan keturunan – maksudnya apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga maka keturunannya akan berkekalan dan tidak terputus begitu sahaja. Jika kita memilih single, dari mana keturunan itu akan datang?
Boleh memelihara dari godaan syaitan yang banyak mengajak manusia ke arah kejahatan seperti berzina, bersekedudukan tanpa nikah dan banyak lagi. Jika satu anak Nabi Adam berkahwin secara sah, maka menangislah syaitan yang berjanji akan merosakkan umat Islam sehingga ke akhir hayat. Mungkin bagi yang tak berkahwin senang untuk menjadi seorang yang bebas tetapi KEBEBASAN sampai bila? Tepuk dada tanya selera!
Mendapat ketenangan apabila suami isteri berkasih sayang. Tidak dinafikan alam rumah tangga memang banyak ujian dan godaannya tetapi ia mampu memberi pahala besar buat suami dan isteri jika sama-sama memahami maksud perkahwinan itu. Jika tak berkahwin, kita tak ada teman nak borak, nak gaduh dan sebagainya.
Dan paling akhir, apa yang ditakuti jika korang tak kahwin, bacalah pandangan dari makcik-makcik dan pakcik ini yang duduk di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini.
“Makcik dahulu boleh bawa lori- Makcik Hamidah berusia sekitar awal 70-an dan sudah dua tahun duduk di sini. Dahulu dia boleh bawa lori semasa mudanya. Kudratnya masih kuat ketika itu. Tetapi bila usianya sudah tua, tenaga tidak sekuat mana, tiada anak kerana tak berkahwin, ini antara sebab mengapa dia duduk di rumah orang tua-tua ini.
Ads
Kata makcik Hamidah, dia tak berkahwin ketika mudanya dan bila tua, di sinilah dia memilih menghabiskan usia tuanyaTengok betapa gembiranya hati Makcik Hamidah bila ada orang datang melawat dan menziarahinya di rumah jagaan orang tua-tua ini
Begitu juga dengan temuramah bersama beberapa dari mereka yang mana rata-ratanya mengaku dahulu tidak berkahwin. Ada masa mereka menumpang di rumah adik beradik tetapi makin lama masalah semakin banyak dan akhirnya ke rumah orang tua-tua jugalah tempat akhir mereka sebelum dijemput illahi.
Ingin sebahagian dari cerita mereka yang duduk di rumah jagaan orang tua-tua ini. Hanya menunggu masa dan menumpang kasih sayang yang masih bersisa dari orang luar yang mudah berasa simpati kepada warga tua.
Remaja berkesempatan mengikut team fb Imah & Joe yang mengadakan majlis silaturahim bagi beramah mesra dengan warga tua ini. Diakui kehidupan masa tua begitu berbeza ketika muda.
Ads
Team FB Imah & Joe mengerat silaturahim bersama warag tua di siniTengok, inilah team fb Imah & Joe yang cukup sporting
Jika dahulu kita berasa tidak kisah untuk berkahwin kerana sibuk dengan kerja tetapi memandang wajah tua ini membuatkan korang perlu berfikir, boleh ke hidup sendirian sehingga hari tua? Buktinya sudah ada, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang akhirnya perlu menumpang kasih dengan orang lain kerana tiada anak, suami dan adik beradik yang ambil berat bila usia sudah tua.
Jom tanya Mama Juwita Anggun kerana dia memilih buat majlis di rumah orang tua-tua ini?
Ads
Menurut Mama Juwita Anggun atau nama sebenarnya Rahimah Rahmat, majlis ini sebagai tanda ingatan dan bermesra dengan warga tua demi menghiburkan hati mereka yang sudah lama kesepian.
Inilah Imah & Joe yang meraikan warga tua
Ramai rakan-rakan fb yang bermurah hati bersedekah demi menjayakan majlis ini. Kita belikan mereka dua buah kerusi roda, adakan sesi menghiburkan hati dengan memangggil Man Raja Lawak, Ayati Tasrip dan banyak lagi.
“Syukur kerana ahli-ahli datang dari jauh demi memberi keceriaan kepada golongan warga tua ini. Terima kasih atas sokongan semua rakan-rakan yang cukup sporting,”katanya yang hadir bersama sebahagian ahli fbnya.
Apa-apa pun jodoh di tangan Tuhan, yang penting berdoa, usaha dan tawakal agar ditemui jodoh yang baik. Ya tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri menzahirkan kesyukuran dan teruja apabila sekali lagi wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelantun lagu popular Masing-Masing itu memuat naik foto dan video yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar terkenal tersebut.
“Surprise! I’m the EQUAL ambassador of this month! Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekali gus mengucapkan tahniah Ernie.
“Kamu hebat (selalu)” komen vokalis kumpulan Govinda.
“Tahniah!” komen penyanyi Dayang Nurfaizah.
“Hebat Hebat!” tulis juga pereka fesyen Hatta Dolmat.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada waktu kebanyakan penyanyi perempuan popular mengeluarkan single mengenai cinta, berbaur seksual dan mempunyai lirik yang tak habis-habis diulang beberapa kali, Yuna sekali lagi mencipta kelainan melalui single ketiganya berjudul Pink Youth.
Pink Youth memperdengarkan kesinambungan muzik daripada era Rouge Yuna. Bermula daripada Forevermore, BlankMarquee hingga kini PinkYouth, Yuna membuktikan masih banyak idea asal yang boleh diolah menjadi lagu selain daripada cinta dan sebagainya.
Menariknya, PinkYouth adalah untuk meraikan remaja perempuan seperti (sebahagian) daripada korang.
“Apabila saya menulis PinkYouth, saya ingin menyambut fakta bahawa saya adalah seorang perempuan. Dulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai pihak yang tidak mempercayai bakat saya hanya disebabkan jantina saya. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian.
“PinkYouth ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan selayaknya.
“Ramai yang tak faham perasaan seorang perempuan muda yang tinggal di dunia sekarang yang berbahaya. Itu adalah inspirasi di sebalik konsep perempuan kuat di bandar Hong Kong yang telah di-anime-kan,” katanya.
Aww..cuba korang hayati pula lirik Pink Youth ini.
Don’t worry if I’m losing my sleep Awake and I don’t wanna miss a thing, yeah They don’t know what it means to be a girl To live in a dangerous world
They ain’t ready for this pink youth We come up to fight Like diamonds shining in the sky Girls like you and I
*
Pink Youth adalah sebuah projek kolaborasi Yuna bersama Little Simz dan merupakan single terakhir sebelum albumnya, Rouge dilancarkan pada 12 Julai kelak.
Cer tengok video klipnya di bawah.
Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lebih kurang hampir setahun kami tidak menganjurkan peraduan #wayangremaja akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Nah, berita baik buat followers majalah Remaja, peraduan tonton filem bersama kami telah pun diadakan semula dengan peraturan SOP yang perlu dipatuhi.
Kali ini Remaja ingin mengajak korang menonton filem seram Halloween Kills yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ia merupakan sekuel kepada filem Halloween yang ditayangkan pada tahun 2018.
Sumber: Universal International Pictures
Filem ini mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa Michael Myers yang masih hidup pada tahun 1978 sekali lagi terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan bersiri itu.
Sumber: Universal International Pictures
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober depan.
Sumber: Universal International Pictures
Remaja nak beri peluang kepada korang untuk memenangi dua tiket ke tayangan perdana “Halloween Kills” yang bakal berlangsung minggu hadapan. Namun begitu, penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 13 Oktober 2021 Masa: 8.45 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Hanya jawab soalan mudah berikut:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!