“Saya tak boleh bernafas, maafkan saya ibu. Perjalanan saya ke negara orang berakhir”.
Inilah kiriman terakhir SMS diterima dari seorang gadis, Pham Thi Tra My, 26 kepada ibunya sebelum terkorban bersama 38 orang lain di dalam sebuah lori kontena di bahagian Timur London.
Dalam kejadian dua hari lalu yang menjadi perhatian dunia termasuk dari Presiden China kerana awalnya dikhabarkan 39 mangsa penyeludupan manusia yang mati kerana kekurangan udara apabila suhu mencecah -25C kesemuanya berasal dari China. Bagaimana pun BBC melaporkan enam mangsa terdiri dari warganegara Vietnam yang cuba memasuki London untuk mencari kerja.
Abang Tra My, Pham Ngoc Tuan, berkata mereka membayar lebih kurang RM50 ribu kepada penyeludup untuk membawa adiknya ke London.Lokasi terakhir mereka berhubung adalah di Belgium.
Abang Tra My ketika ditemui BBC berkata, adik saya hilang pada 23 Oktober dalam perjalanan dari Vietnam ke London dan kami tidak dapat menghubunginya. Kami khuatir di berada dalam kontena itu. Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa sehingga adik dikembalikan,” katanya yang nyata khuatir tentang nasib adiknya.
"Saya tak boleh bernafas"
Ads
Namun mengimbas pesanan terakhir diterima dari Tra My pada pukul 10.30 waktu London (22/10) sebelum kontena itu tiba di Terminal Purfleet dari Zeebrugge, Belgium.
Keluarga turut menunjukkan kiriman SMS yang dikirim kepada orang tuanya dan berbunyi “Maaf sekali maaf ibu dan ayah. Perjalanan saya ke negeri asing gagal. Saya akan mati. Saya tak boleh bernafas. Saya saya ibu dan ayah. Maaf ibu!
Abang Tra My dalam temuramah turut memaklumkan perjalanannya ke London bermula pada 3 Oktober. Keluarga tidak dapat dihubungi kerana “orang yang menguruskannya” tidak mengizinkannya menjawap menjawap sebarang telefon.
Ads
“Dia terbang ke China dan berada di sana selama dua hari dan kemudian terbang ke Perancis,” kata Abang Tra My.
Kata abangnya lagi, adiknya itu ada memaklumkan sudah sampai ke London tapi dikesan pihak berkuasa namun ditangkap dan diusir. Saya tak tahu pelabuhan mana,” kata abangnya memaklumkan mereka berasal dari kota Nghen.
Dia juga memaklumkan adiknya ada menelefon jam 07.20 waktu Belgium pada Selasa 22/10 dengan mengatakan akan memasuki kontena dan telah mematikan telefon untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Sejak itu, berita mengenai adiknya tidak didengari. Lebih malang, penyeludup telah memulangkan wang dibayar kepada keluarga selepas berita ini menjadi kecoh.
Ads
Dalam insiden 39 orang penyeludupan manusia ditemui mati di Timur London di mana 38 lelaki dan seorang wanita yang kebanyakkannya adalah warga negara China. Seorang pemandu trak, lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara, kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut.
Sumber yang mengetahui tentang siasatan tersebut menyatakan suspek dikenali sebagai Mo Robinson dari Portadown. Saluran BBC melaporkan polis telah menyerbu dua rumah di Ireland Utara sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut.
Trak treler terbabit tiba di pelabuhan Purfleet di Essex, selatan England, dari pelabuhan Zeebrugge di Bulgaria.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kalau buka laman media sosial dan di mana-mana sahaja sekali pun topik perbualan utama mesti berlegar sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018. Pelbagai ragam dan aksi calon yang bertanding serta penyokong mereka dirakamkan lensa pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Bersempena ‘demam’ pilihan raya, hari ini Remaja ingin kongsikan tentang kisah luar biasa yang berlaku di University of California, Berkeley pada baru-baru ini.
Seekor tupai dilaporkan telah memenangi kerusi di dalam senat pelajar di universiti tersebut pada pilihan raya kampus mereka. Seramai 37 orang calon telah bertanding bagi merebut 20 kerusi senat pelajar Assosiate Student of the University of California. Dan ia termasuklah ‘Furry Boi’, seekor tupai.
‘Tupai’ tersebut sebenarnya seorang pelajar yang memakai kostum bernama Stephen Boyle. Pencalonan Furry Boi dikatakan diumumkan pada bulan lalu menerusi Facebook. Menurut posting tersebut, Furry Boi dicalonkan untuk mewakili tupai-tupai kampus dan diharap mampu menjadi wakil kepada mereka di UC Berkeley.
Menerusi kempennya, Furry Boi menggunakan hashtag #ImWithFur dan #WhyNut. Kemunculan Furry Boi dikatakan telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah di kalangan pelajar. Namun di sebalik kejadian ini ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di universiti tersebut.
Surat khabar rasmi universiti, The Daily California mengecam tindakan ini dengan melabelkannya sebagai kejadian memalukan.
Namun apabila keputusan pilihan raya dikeluarkan, Furry Boi berjaya mendapat jumlah undian yang baik dan menjadi salah seorang daripada 20 wakil senat pelajar.
Kalau korang merupakan peminat tegar Datuk Seri Siti Nurhaliza, pastinya korang tahu bagaimana minatnya Tok Ti dalam bidang nyanyian sejak di zaman sekolah lagi.
Bermacam-macam pertandingan pernah beliau sertai dan beliau sendiri pernah kongsikan dalam beberapa temuramah bersama media sebelum ini.
Antaranya termasuklah ketika berusia enam tahun (whoa) semasa Tok Ti menyanyikan lagu tradisional Sireh Pinang semasa acara akhir tahun persekolahan. Petangingan nyanyian pertama yang dimenangi beliau pula ada semasa berusia 12 tahun. Ketika itu, Tok Ti menyanyikan lagu patriotik Bahtera Merdeka di sebuah karnival Nyanyian Bulan Kemerdekaan, di Kuala Lipis.
Dan itu bukan satu-satunya pertandingan nyanyian yang dimenangi Tok Ti. Satu lagi adalah pertandingan nasyid sempena sambutan Awal Muharram ataupun Maal Hijrah.
Dalam sesi live di Instagram semalam, beliau sempat untuk belanja sedikit nyanyian lagu wajib setiap kali Maal Hijrah disambut di Malaysia.
Ingat lagi tau lirik lagu tersebut! Dan sah-sahlah Tok Ti menang nombor satu.
*
Pada kesempatan ini, REMAJA ingin mengucapkan tahniah kepada Tok Ti yang akan dipilih sebagai penerima Anugerah Antarabangsa Malam Rania 2019 oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), pada 6 September ini.
Acara yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur itu juga akan dihadiri oleh delegasi kerabat diraja Arab.
Tok Ti dipilih disebabkan imejnya sebagai penghibur yang bersih, pandai membawa diri, menjaga penampilah sebagai muslimah dah bergelar usahawan yang berjaya.
TAHNIAH!
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Anhar al-Deek telah hangat diperkatakan sejak semalam berikutan rasa simpati orang ramai terhadap wanita yang sedang hamil sembilan bulan itu.
Ini setelah umum mendapat tahu bahawa Anhar, 25 masih menjadi tahanan rejim Israel biarpun dia sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anaknya itu pada bila-bila masa saja dari sekarang.
Terdahulu, Anhar telah ditahan oleh tentera Israel ketika kandungannya berusia lima bulan setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel.
Dia kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.
Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.
Anhar juga memiliki seorang lagi anak perempuan berusia 20 bulan. Sumber Foto : Middle East Monitor
Hasilnya, beberapa pertubuhan dunia seperti Liga Arab dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) telah mendesak agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak bersifat kejam terhadap golongan lemah seperti ibu hamil.
Terbaru pada hari ini, tentera Israel telah bertindak membebaskan Anhar al-Deek dari penjara dan kini boleh menjalani pembedahan bagi melahirkan anak.
Namun dia tetap dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel atau kira-kira RM51,790. Bukan itu saja, Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia kini dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes meningkam anggota rejim pada hari Ahad ini.
*
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah koresponden rasmi saluran TV3 di London, Haliza Hashim Doyle yang turun berprotes selama hampir lima jam demi keamanan bumi Palestin.