Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Amelia Henderson yang kini semakin meningkat naik dalam industri lakonan drama tanah air.
Mempunyai darah kacukan India dan Scotland, kalau korang masih ingat, Amelia sewaktu zaman kanak-kanaknya juga terlibat dalam iklan komersial.
Terbaru, Amelia akui gembira dipilih sebagai hos bagi program Dewi Remaja 2019.
Menurut Amelia, meskipun tidak berkesempatan untuk menyertai Dewi Remaja sebelum ini, dia tetap teruja kerana dipilih untuk menjadi sebahagian dari orang penting dalam program berkenaan.
Ads
Cuba Berbahasa Melayu 100%
Walaupun diberi kelonggaran untuk mengacarakan program Dewi Remaja 2019 dalam Bahasa Inggeris, Amelia tetap nekad untuk mengendalikan program ini dalam Bahasa Melayu sebaiknya.
“Dorang bagi peluang untuk saya mengacara secara ‘mix’ .Tapi kalau I start dalam Bahasa Inggeris tak mungkin I akan habiskan dalam Bahasa Melayu. So I cuba control diri untuk cuba cakap 100% Bahasa Melayu tapi I mix-mix sikit Bahasa Inggeris dorang okay je,”
Sejak pertandingan mencari bakat gadis-gadis tanah air, DEWI REMAJA diperkenalkan kira-kira 33 tahun yang lalu kita telah menyaksikan lahirnya nama-nama besar dalam industri hiburan.
Ads
Dan sebenarnya, nama-nama yang lahir dari pertandingan ini tidak lagi perlu kami sebutkan kerana bintang-bintang mereka yang bergemerlapan telah menjadi bukti bahawa DEWI REMAJA merupakan platform pencarian bakat mempunyai kredibiliti tersendiri.
Bersikap Profesional & Adil
Menurut Amelia, walaupun pertama kali menjadi pengacara untuk program Dewi Remaja ini dia harus bersikap professional dan berlaku adil kepada semua peserta dalam program itu kerana dia merasakan akan timbul konflik dan drama antara peserta.
“Semua peserta kali ini akan dikuarantin, apabila tinggal bersama untuk tempoh yang agak lama, sudah semestinya akan timbul konflik dan drama.
Ads
“Sekiranya mereka bergaduh, saya harus bersikap adil dengan tidak akan memihak kepada sesiapa.
“Itu hanyalah satu pertandingan, mereka harus sentiasa ingat perkara itu adalah untuk sementara sahaja,” tambahnya.
Berbeza dengan musim sebelum ini, tahun ini menyaksikan kesemua Top 12 dirumahkan secara berterusan di Vila Dewi, BCB Hometree Broadleaf Residence sepanjang pertandingan.
Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Good luck buat Amelia dan juga Top 12 finalis Dewi Remaja 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Hanee Haneesya menggondol gelaran Dewi Remaja 2018/19 disambut baik oleh rata-rata masyarakat Malaysia.
Melihatkan sisi kelainan dalam personaliti gadis ini, Haneesya yang dahulunya sering diejek kerana berkulit gelap, kini telah membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil untuk seseorang individu itu berjaya dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan memberikan pujian serta kata-kata semangat untuk Haneesya. Jelas sekali masih ada yang tidak memandang warna kulit sebagai satu halangan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan Malaysia.
Jom kita lihat apa komen netizen..
Malah ada juga yang menggelarkan Haneesya sebagai ‘Kim Kardashian’ Malaysia.
Tak kurang juga ramai yang menasihatkan agar orang ramai tidak lagi menggunakan produk pemutih dan timbang kilo yang ada di pasaran sebab terbukti, individu kulit gelap pun manis orangnya.
Haneesya jadi inspirasi remaja..
Send her to any international beauty pageant contest. Wow!!
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyokong Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada finalis-finalis dan team Remaja.
Tak terkecuali buat keluarga finalis yang juga turut menyokong dari awal hingga ke pentas final. Kita jumpa lagi dalam Pencarian Dewi Remaja edisi akan datang. InsyaAllah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Pencarian Dewi Remaja 2018/19 baru saja melabuhkan tirainya, namun rezeki ternyata berpihak kepada Anna Jobling kerana sudah terpilih untuk menjadi hos karpet merah di Anugerah Juara Lagu 33.
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan antara salah satu acara tahunan terbesar dan sudah pasti ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan berprestij ini.
Mendapat tawaran daripada sebuah stesen televisyen swasta tanah air seperti satu mimpi buat finalis tempat keempat Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
“Saya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh E! Show untuk menggendalikan acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 semalam. Perasaan bercampur baur, happy dan gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjadi hos, apa lagi untuk satu acara yang besar seperti AJL,” jelas Anna.
Tidak mensia-siakan peluang yang ada, Anna menyahut cabaran yang diberi dan berusaha untuk melakukan sehabis baik bagi membuktikan bahawa dia juga mampu melakukan tugasan ini walaupun tiada pengalaman.
“Alhamdulillah, pada mulanya saya memang rasa nervous tetapi lama-kelamaan jadi lebih selesa pula untuk interview barisan selebriti yang ada. Lagi pun, tugasan ini memerlukan saya untuk berbahasa Inggeris, itu yang membuatkan saya lebih selesa dan confident. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk terus sukses dalam industri ini,” katanya.
Dayang Nurfaizah & Sufian Suhaimi pilihan Anna Jobling
“Saya berpeluang untuk menemubual Dayang dan Sufian sebelum acara bermula lagi. Tak sangka mereka antara pemenang malam semalam. Dayang was so humble dan dia buat saya rasa selesa macam bercakap dengan kawan-kawan. Hehe!”
“Begitu juga dengan Sufian Suhami, persembahannya cukup untuk membuatkan hati penonton tersentuh dan dia menyampaikan lagu Di Matamu itu dengan begitu baik sekali. Sudah tentu dua orang finalis ini menjadi pilihan saya untuk acara AJL semalam,” jawabnya lagi.
Perkembangan selepas Pencarian Dewi Remaja 2018/19
“Saya sekarang sibuk menghadiri casting dan sesi photoshoot sekarang. Selepas Dewi Remaja, kehidupan saya sedikit berbeza dengan sebelum ini. Kalau keluar rumah dah ada yang kenal dan ingin mengambil gambar bersama. Malah, di AJL semalam pun ramai yang menegur saya untuk bergambar,”
“Secara tak langsung saya rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong kami sejak dalam Dewi Remaja lagi.”
Tahniah kami ucapkan kepada Anna Jobling kerana berpeluang untuk menjadi hos karpet merah dalam acara besar seperi AJL ini. Semoga rezeki Anna akan terus bersinar and all the best to you, girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!