Ahli Parlimen Muar dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 31 tahun itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sewaktu pertemuan dengan pemberita di luar mahkamah, beliau yang masih boleh tersenyum selepas menerima keputusan hakim dan mahkamah tinggi hari ini telah berkongsi pendiriannya untuk menghormati keputusan tersebut.
“Saya letakkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara kerana lazimnya, institusi kehakiman merupakan benteng terakhir untuk rakyat Malaysia. Tiada beza saya dengan rakyat yang lain. Saya terima seadanya sebab itu saya operlu menghormati keputusan tersebut.”
Ads
“Sekiranya ada kritikan, makian dan cemuhan, saya terima kerana untuk menjadi seorang pemimpin yang bagus di Malaysia, saya perlu menjadi lebih putih daripada putih.”
“Para peguam memaklumkan bahawa kami ada kes yang baik untuk difailkan secepat mungkin ke peringkat mahkamah rayuan supaya institusi kehakiman dan mahkamahlah yang menjadi penentu terakhir ke atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, demi masa depan parti MUDA, Syed Saddiq akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama barisan pimpinan MUDA pada pukul 4 petang.
“Dalam bab ini, saya pegang kepada kata-kata, ‘berani kerana benar’. Berkatalah benar walaupun pahit,” katanya yang ingin menegakkan prinsipnya menerusi keputusan bersama partinya pada petang ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna jalan raya yang bakal menggunakan lebuh raya bagi tujuan pulang ke kampung halaman, bercuti mahupun bekerja sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 berpeluang menikmati tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.
Berita baik tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudahkan perjalanan orang ramai selain perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya terlibat.
“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi.
“Dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Difahamkan pengecualian yang dibuat merangkumi semua jenis kenderaan di mana kerajaan yang menyerap kos pengecualian tol ini yang dilaporkan bernilai mencecah RM40 juta bagi tempoh dua hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dunia hari ini kehilangan seorang legenda bola sepak yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang. Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento,82, disahkan meninggal dunia pada 29 Disember 2022 jam 3.27 petang (waktu Brazil) berikutan kegagalan fungsi pelbagai organ.
Kemerosotan tahap kesihatannya ini disebabkan oleh penyakit kanser kolon yang dihidapinya sebelum ini. Mendiang telah menjalani rawatan kimoterapi sejak sel kanser dibuang dari bahagian kolonnya pada September 2021
Kematian Pele yang merupakan satu-satunya pemain bola sepak di dunia yang menjulang kejuaran Piala Dunia sebanyak tiga kali telah diiringi dengan mesej positif dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
“Inspirasi dan kasih sayang menandakan perjalanan King Pelé, yang meninggal dunia dengan aman hari ini. Sepanjang kehidupannyaa, Edson mempesonakan dunia dengan kegeniusan dalam bidang sukan, menghentikan peperangan, menjalankan kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan perkara yang paling dipercayainya sebagai penawar bagi semua masalah kita, cinta.
“Mesej beliau hari ini menjadi warisan untuk generasi akan datang,” jelas kenyataan yang dinyatakan dalam kapsyen dengan wajah mendiang yang tersenyum lebar dalam mode warna hitam.
Terkenal sebagai seorang atlet yang miskin namun bangkit menjulang tinggi namanya dek kehebatan di padang bola, Pele merupakan salah seorang atet hebat yang tersenarai dalam sejarah moden sukan dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Pele
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Tapi kecoh pula di media sosial baru-baru ini apabila dakwaan seorang individu, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada awal satu hari iaitu Isnin, 2 Mei.
Malah hal ini juga tidak tepat dan sengaja direka untuk mengelirukan orang ramai.
Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
Menerusi kenyataan di Facebook, pihaknya juga berkata kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).
“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 Hijrah.
“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pihaknya.
Foto Via Astro Awani
Terdahulu, tular sebuah mesej yang mendakwa bahawa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing lima darjah dan tujuh darjah, lapor Kosmo.
Dakwa mesej itu lagi, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar. Raya akan disambut pada Isnin, 2 Mei dan bukannya 3 Mei yang semua maklum,” dakwa mesej itu.
Korang pun jangan sebarkan berita yang tidak pasti tau…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!