Penyanyi dan pengacara terkenal, Heechul Super Junior baru-baru ini membicarakan secara terbuka mengenai kesan akibat kemalangan lalu lintas yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Menerusi sebuah rancangan ‘Mom’s Diary’, Heechul atau Kim Heechul (42) sempat mendedahkan bahawa dirinya dikategorikan sebagai orang kurang upaya selepas kemalangan tersebut.
“Sebenarnya, ketika saya buat medical check-up, saya termasuk dalam kategori OKU tetapi saya teragak-agak nak beritahu sebab takut peminat akan sedih,” kata Heechul.
Kredit: Mom’s Diary
Menurut Heechul, dia dan pengurusnya juga ada menerima pelekat khas OKU untuk kenderaan mereka , namun memilih untuk tidak menggunakannya.
“Apabila saya dapat pelekat itu, saya fikir macam ini ‘saya sangat aktif jadi saya tidak perlu sticker ini’. Saya juga memutuskan untuk tidak pernah menampal di kenderaan saya,” jelasnya.
Ads
Heechul yang merupakan pengacara rancangan ‘Knowing Bro’s’ itu juga meluahkan perasaan bagaimana pada awalnya dia sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
“Pada mulanya saya tak nak mengaku ada yang salah dengan tubuh saya. Selepas 10 tahun baru saya boleh terima keadaan ini. Saya sengaja tidak menceritakan hal ini kerana takut peminat akan sedih kalau ada orang ejek mereka dengan berkata ‘itu, idol kamu cacat’,” ujarnya lagi.
Kredit: Mom’s Diary
Dalam pada itu, menurut ibu Heechul yang turut berada dalam rancangan tersebut, kemalangan itu terjadi ketika Heechul sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian ayah Donghae Super Junior.
Ads
“Waktu itu, doktor dah cakap bahawa Heechul tak akan pernah boleh menari lagi dan dia sangat menderita waktu itu,” kata ibu Heechul.
Kredit: Mom’s DiaryHeechul yang mendedahkan bahawa dirinya pemegang status OKU
Menurut laporan, Heechul mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan dia terpaksa dibedah selama 10 jam untuk memasukkan logam besi ke kakinya akibat tulang yang hancur dan tulang peha yang terkehel. Heechul juga perlu berehat selama 12 minggu dan menghentikan semua aktiviti bersama Super Junior selama tiga bulan pada tahun 2006.
Tidak hanya itu, pada 2011, Heechul sekali lagi terlibat dalam satu kemalangan di Singapura ketika dirinya sedang cuba mengelak dari peminat yang mengejarnya selepas habis konsert.
Ads
Walaupun khabar mengenai kemalangan Heechul sudah tidak menjadi rahsia umum oleh kalangan peminat, namun pengakuan dan fakta bahawa penyanyi lagu ‘Sorry Sorry’ termasuk dalam golongan OKU baru sahaja diketahui kebelakangan ini.
Heechul yang merupakan golongan kurang upaya level 4
Dalam ujian kesihatan di Korea Selatan, keupayaan seseorang untuk bergerak dikategorikan kepada enam tahap, tahap 1 adalah kecacatan yang paling teruk dan tahap 6 adalah yang paling ringan.
Heechul diketahui berada pada level 4 yang menunjukkan kesulitan untuk bergerak dalam aktiviti seharian. Kategori ini termasuk mereka yang mengalami amputasi, gangguan sendi, atau kesukaran menggerakkan tangan dan kaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada waktu kebanyakan penyanyi perempuan popular mengeluarkan single mengenai cinta, berbaur seksual dan mempunyai lirik yang tak habis-habis diulang beberapa kali, Yuna sekali lagi mencipta kelainan melalui single ketiganya berjudul Pink Youth.
Pink Youth memperdengarkan kesinambungan muzik daripada era Rouge Yuna. Bermula daripada Forevermore, BlankMarquee hingga kini PinkYouth, Yuna membuktikan masih banyak idea asal yang boleh diolah menjadi lagu selain daripada cinta dan sebagainya.
Menariknya, PinkYouth adalah untuk meraikan remaja perempuan seperti (sebahagian) daripada korang.
“Apabila saya menulis PinkYouth, saya ingin menyambut fakta bahawa saya adalah seorang perempuan. Dulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai pihak yang tidak mempercayai bakat saya hanya disebabkan jantina saya. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian.
“PinkYouth ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan selayaknya.
“Ramai yang tak faham perasaan seorang perempuan muda yang tinggal di dunia sekarang yang berbahaya. Itu adalah inspirasi di sebalik konsep perempuan kuat di bandar Hong Kong yang telah di-anime-kan,” katanya.
Aww..cuba korang hayati pula lirik Pink Youth ini.
Don’t worry if I’m losing my sleep Awake and I don’t wanna miss a thing, yeah They don’t know what it means to be a girl To live in a dangerous world
They ain’t ready for this pink youth We come up to fight Like diamonds shining in the sky Girls like you and I
*
Pink Youth adalah sebuah projek kolaborasi Yuna bersama Little Simz dan merupakan single terakhir sebelum albumnya, Rouge dilancarkan pada 12 Julai kelak.
Cer tengok video klipnya di bawah.
Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama peminat menantikan kemunculan single terbaharu Lisa Blackpink, kini penyanyi berasal dari Thailand itu telah pun melancarkan video muziknya, ‘LALISA’ di YouTube kira-kira dua jam lalu.
Lisa sebelum ini mengaku bahawa dia ingin memasukkan unsur budaya Thailand ke dalam single solo terbaharunya. Tidak hanya itu, peminat juga dapat melihat busana dan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan dalam muzik videonya itu.
Selebriti popular ini tampil dengan membawakan koreografi bertenaga mengikut alunan muzik tempo yang catchy.
Baru sahaja dua jam dilancarkan, ‘LALISA’ telah mendapat 15 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) di YouTube dan turut menjadi trending di laman Twitter.
Terbaru, Pusat Kebudayaan Persekutuan Rusia-Korea akan mengumumkan akan mengadakan pameran seni antarabangsa sebagai penghormatan atas pengaruh penyanyi terkenal, SUGA BTS.
Difahamkan, pameran ini bakal memaparkan beberapa karya seni daripada seniman Rusia yang terinspirasi daripada muzik dan pengaruh budaya SUGA BTS atau nama sebenarnya, Min Yoongi.
Dalam pada itu, antara tujuan utama acara ini adalah untuk menonjolkan bagaimana inspirasi artistik SUGA mampu menyumbang kepada penyebaran budaya Korea di Rusia serta mengukuhkan hubungan budaya di antara kedua-dua negara.
Selain itu, pameran ini turut dibahagikan secara tematik, dengan setiap bahagian menggambarkan pelbagai aspek budaya Korea dan bagaimana seniman Rusia memandangnya.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan Rusia-Korea, Irina Lavrik berkata melalui muzik dan karya seni SUGA telah mempengaruhi visi kreatif ramai seniman.
“Min Yoongi bukan hanya seorang pemuzik, beliau adalah fenomena budaya. Beliau juga antara pemangkin yang menyatukan orang-orang kreatif dengan kecintaan yang sama terhadap seni dan budaya Korea,” katanya.
Pada masa yang sama, pameran Seni Antarabangsa ‘Tribute to Min Yoongi’ ini akan diadakan di Daegu pada 4-9 Mac akan datang.
Sekadar info, kini lima anggota BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember 2023 dan mereka dijangka akan bersatu semula pada pertengahan tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!