Terbaru, Pusat Kebudayaan Persekutuan Rusia-Korea akan mengumumkan akan mengadakan pameran seni antarabangsa sebagai penghormatan atas pengaruh penyanyi terkenal, SUGA BTS.
Difahamkan, pameran ini bakal memaparkan beberapa karya seni daripada seniman Rusia yang terinspirasi daripada muzik dan pengaruh budaya SUGA BTS atau nama sebenarnya, Min Yoongi.
Dalam pada itu, antara tujuan utama acara ini adalah untuk menonjolkan bagaimana inspirasi artistik SUGA mampu menyumbang kepada penyebaran budaya Korea di Rusia serta mengukuhkan hubungan budaya di antara kedua-dua negara.
Ads
Selain itu, pameran ini turut dibahagikan secara tematik, dengan setiap bahagian menggambarkan pelbagai aspek budaya Korea dan bagaimana seniman Rusia memandangnya.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan Rusia-Korea, Irina Lavrik berkata melalui muzik dan karya seni SUGA telah mempengaruhi visi kreatif ramai seniman.
Ads
“Min Yoongi bukan hanya seorang pemuzik, beliau adalah fenomena budaya. Beliau juga antara pemangkin yang menyatukan orang-orang kreatif dengan kecintaan yang sama terhadap seni dan budaya Korea,” katanya.
Ads
Pada masa yang sama, pameran Seni Antarabangsa ‘Tribute to Min Yoongi’ ini akan diadakan di Daegu pada 4-9 Mac akan datang.
Sekadar info, kini lima anggota BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember 2023 dan mereka dijangka akan bersatu semula pada pertengahan tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal, Suga BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian apabila tindakannya menyertai acara larian sejauh 12 kilometer ketika sedang sibuk dengan siri konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat menjadi bualan hangat peminat seluruh dunia. Lebih mengagumkan, penyanyi rap dari kumpulan popular itu melakukan aktiviti tersebut hanya beberapa jam sebelum kembali membuat persembahan di atas pentas.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33), dilihat menyertai acara tahunan Bay to Breakers di San Francisco, California. Dalam rakaman berkenaan, beliau tampil santai dengan pakaian serba hitam, berseluar pendek kelabu dan memakai topi biru sehingga ramai peserta lain tidak menyedari kehadirannya di acara tersebut.
Lebih mengejutkan, acara larian itu berlangsung di tengah-tengah jadual padat jelajah dunia ‘ARIRANG’. Difahamkan, Suga terlebih dahulu menjayakan konsert hari pertama bersama ahli kumpulannya sebelum bangun seawal pagi untuk menyertai larian tersebut dan kembali semula menjalani sesi ‘sound check’ sebelum konsert malam kedua berlangsung.
Kredit foto: RWBMultimedia
I can’t believe Yoongi and I have something in common! We both did Bay to Breakers race! Granted not at the same time. Also he’s a badass for running a race and performing in a live concert on the same day!! This explains why he was limping on Stanford day 2! pic.twitter.com/5xHNyOhpPd
Menurut data rasmi perlumbaan, Suga berjaya menamatkan larian sejauh 12 kilometer itu dalam tempoh 1 jam 4 minit 43 saat dengan catatan purata pace sekitar 8 minit 41 saat bagi setiap batu. Keputusan itu sekaligus meletakkannya dalam kelompok pelari terbaik apabila berjaya menduduki kedudukan ke-1,022 daripada lebih 20,000 peserta yang mengambil bahagian.
Pencapaian tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat terutama ARMY yang menyifatkan stamina dimiliki pelantun lagu ‘Haegeum’ dan ‘Daechwita’ itu sebagai luar biasa. Malah, ramai menyedari Suga masih mampu memberikan persembahan bertenaga selama hampir dua jam pada malam sama walaupun baru sahaja menyertai acara larian jarak jauh beberapa jam sebelumnya.
Pada masa sama, ahli BTS lain seperti RM, Jimin, V dan J-Hope turut berkongsi kisah tersebut menerusi siaran langsung mereka selepas tamat konsert di Stanford. RM mendedahkan bahawa Suga sememangnya mempunyai rutin larian harian dan terus mengambil peluang menyertai acara terkenal itu sebaik mengetahui tentang kewujudannya di San Francisco.
Sementara itu, ramai peminat turut menganggap tindakan Suga sebagai satu lagi “side quest” unik yang sering dilakukan ahli BTS sepanjang jelajah dunia mereka. Terdahulu, kumpulan sensasi Korea Selatan tersebut mengejutkan warga internet apabila menghadiri acara gusti ketika berada di Mexico selain beberapa aktiviti spontan lain yang dilakukan sewaktu berada di luar negara.
Dalam perkembangan terkini, BTS difahamkan sedang bersiap untuk meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ ke beberapa lagi destinasi utama termasuk Las Vegas dan Tokyo sebelum bakal menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada Disember ini. Kehadiran semula BTS ke Malaysia selepas 11 tahun pastinya menjadi antara momen paling dinantikan ARMY tempatan selepas kejayaan besar siri jelajah mereka tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular Korea Selatan, Park Bo Gum, baru-baru ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila beberapa gambar pra-debut yang dikaitkan dengan zaman percintaan beliau kembali tular dalam komuniti dalam talian di Korea. Perkara ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga internet, khususnya peminat setia aktor tersebut yang jarang terpalit dengan kontroversi peribadi.
Difahamkan, gambar-gambar tersebut dipercayai dimuat naik sendiri oleh bekas teman wanitanya menerusi sebuah blog peribadi. Perkongsian itu didakwa sebagai reaksi terhadap gosip yang mengaitkan Park Bo Gum (33) dengan spekulasi dan tuduhan mengenai orientasi seksualnya, yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi gambar yang tular, ia memaparkan momen-momen sederhana namun manis, menggambarkan hubungan tipikal pasangan remaja. Antaranya termasuk meraikan Hari Pepero dengan snek buatan tangan serta janji temu santai sambil duduk bersama di sebuah restoran, yang memperlihatkan sisi kehidupan normal Bo Gum sebagai seorang remaja sebelum bergelar selebriti.
Gambar dating Park Bo Gum yang tular di media sosialGambar dating Park Bo Gum yang tular di media sosial
Menurut beberapa komentar warga internet, hubungan tersebut dikatakan bermula sejak zaman sekolah menengah rendah dan berterusan sehingga ke sekolah menengah atas. Ketika itu, beliau masih belum membuat debut dalam industri hiburan dan menjalani kehidupan seperti remaja lain tanpa perhatian umum.
Menariknya, pendedahan ini tidak menerima reaksi negatif seperti yang dijangkakan. Sebaliknya, majoriti daripada komuniti talian tersebut memberikan respons positif dan matang, sehingga ramai yang melihat perkongsian tersebut sebagai satu gambaran jujur tentang fasa awal kehidupan cinta seorang remaja.
Pada masa yang sama, ramai juga berpendapat bahawa bekas kekasih Bo Gum tidak berniat mencetuskan kontroversi, sebaliknya sekadar berkongsi kenangan lama yang bersifat peribadi. Perkongsian itu turut dianggap memaparkan ‘cinta monyet’ yang polos dan tidak dibuat-buat.
Selain itu, gambar-gambar yang tersebar ini turut menjadi bukti bahawa hubungan tersebut berlaku jauh sebelum Bo Gum dikenali sebagai figura awam. Ia sekaligus menepis tanggapan negatif dan mengingatkan orang ramai bahawa selebriti juga pernah melalui fasa kehidupan biasa seperti orang lain.
Sehingga kini, Park Bo Gum sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Namun, reaksi positif daripada warga internet dan peminat jelas menunjukkan sokongan berterusan terhadap aktor berkenaan, yang terus dihormati bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga imej peribadi yang bersih dan sederhana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan bekas personaliti TV, Sarah Hildebrand kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya apabila selamat menimang baby pertama bersama suami tercinta. Berita gembira ini nyata mencuri perhatian ramai, termasuk peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hidupnya.
Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto sweet di bilik bersalin, memperlihatkan dirinya bersama suami dan bayi comel mereka. Perkongsian itu terus mendapat ribuan tanda suka serta ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang teruja meraikan momen indah ini.
Kalau korang masih ingat, sekitar Ogos 2024 Sarah umumkan yang dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Amerika Syarikat. Beberapa bulan kemudian, Februari lalu, Sarah kongsi berita kehamilan melalui sekeping foto alat ujian kehamilan yang positif. Fast forward ke hari ini, doa dan penantian itu akhirnya terjawab dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Bagi peminat drama, nama Sarah memang sinonim dengan lakonan dalam Pujaan Hati Kanda. Tapi pada 2022, dia buat keputusan mengejutkan untuk undur diri daripada dunia seni dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Bukan itu je, Sarah juga join Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) satu langkah besar yang totally lain daripada dunia glamor yang pernah dia lalui.
Dan sekarang, perjalanan hidup Sarah berubah lagi dengan role paling besar bergelar seorang ibu. Kehadiran baby pertama ini bukan sekadar melengkapkan rumah tangga, tapi juga membuka lembaran baru penuh cabaran, pengorbanan dan kebahagiaan.
Tahniah Sarah Hildebrand & suami! Semoga baby comel mereka membesar sihat, bahagia dan menjadi penyeri keluarga kecil ini. Korang yang follow Sarah dari dulu mesti happy tengok perkembangan terbaru idol kesayangan ni, kan?