
Pelakon popular, Kamal Adli menegaskan bahawa tiada orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Uqasha Senrose.
Menerusi laporan media tempatan, aktor berusia 39 tahun itu turut menafikan berlaku kekerasan dalam rumah tangga mereka.
“Paling penting, saya nak beritahu di sini, saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa saja. Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja.

“Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu. Saya sayang dia. Okay, itu sahaja yang paling penting,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal turut meluahkan kerinduan terhadap isterinya selepas hampir sebulan tidak berhubung.
“Kami dah lama tak berjumpa. Terus-terang saya sangat merindui isteri saya.

Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial,” luahnya.
Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.
Sebagai info, pasangan selebriti ini disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sahut Cabaran #WomenSupportingWomen Di Instagram, Potret 9 Selebriti Ini Paling Wow!

Kalau buka je media sosial sekarang, ramai selebriti dan netizen yang berkongsi gambar hitam putih. Tapi kenapa gambar hitam putih eh?
Kalau korang nak tahu, gambar hitam putih yang dimuatnaik di laman sosial mereka ini merupakan tanda sokongan untuk semua wanita di seluruh dunia,untuk menyebarkan mesej empowerment, persahabatan dan keyakinan wanita
Ramai juga selebriti yang supportive dan turut menyahut cabaran ini. So dimata korang potret siapa paling menawan dan dramatik.
- Fazura
2. Siti Saleha
View this post on Instagram
Challenge Accepted ⭐️ Thanks @karenportuguese 😘 #womenempowerment #womensupportingwomen
A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on
3. Carmen Soo
View this post on Instagram
Challenge accepted @bigbadbawang Tap photo for the people who made this shoot ❤️
A post shared by Carmen Soo (@carmen_soo) on
4. Nia Ramadhani
View this post on Instagram
#challengeaccepted Thankyou! You are an inspiration❤️ #womenempowerment #womensupportingwomen
A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on
5. Dian Sastrowardoyo
View this post on Instagram
#Challengeaccepted @noumira @naziracnoer #womensupportingwomen @jannasoekasah.joesoef @wulanguritno
A post shared by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr) on
6. Demi Lovato
7. Cinta Laura Kiehl
8. Halle Berry
9. Khloe Kardashian
So korang dah support belum cabaran ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Sembunyi Tapi Berjaga-Jaga Dengan Penyakit Ain, Neelofa Dan PU Riz Lindungi Anak

Rata-rata rakyat Malaysia teruja untuk melihat Muhammad Bilal yang merupakan anak kepada Neelofa dan Haris Ismail.
ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa Selamat Lahirkan Putera Sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris
Namun, melalui program MeleTOP, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak tetapi berjaga-jaga dengan penyakit ain.

Menurut Haris, baik dia mahupun Neelofa tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah Bilal kepada umum.
“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.
“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” kata Haris tanpa memaklumkan bila mereka akan berkongsi wajah Bilal kepada umum.
Nama pilihan bersama

Dalam temubual sama, Haris turut memberitahu nama Muhammad Bilal dibuat atas keputusan bersama dan ia diambil sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW, Bilal Bin Rabah.
“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama.
“Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ini buat menangis dengar.
“Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh,” ujar Haris.
Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan keluarga terdekat mereka juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya itu.
Untuk info, Haris dan Neelofa telah menimang Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 dan hanya mendedahkan berita gembira itu dua hari kemudian iaitu pada 31 Januari lalu.
Doa-doa bagi menjauhkan diri daripada penyebab penyakit ‘Ain
Korang pernah dengar tak tentang penyakit ‘Ain ini?
Penyakit ‘Ain merupakan salah satu penyakit yang tidak asing bagi umat islam. Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan hasad dengki.
Menurut Imam Muda Hassan, Penyakit ‘Ain juga disebabkan oleh rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh ataupun orang dicintai orang ramai. Memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari:
‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Disebabkan hal itu, kita sebagai umat islam perlulah mengucap kalimah Masya-Allah jika melihat kanak-kanak comel atau orang yang cantik serta perkara-perkara yang menakjubkan.
Kita sebagai umat islam digalakkan untuk sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk dan negatif. Berdasarkan artikel Liputan6, berikut merupakan doa-doa yang mampu menjauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki.
- Doa dijauhkan dari sifat iri dan dengki
Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
- Doa dijauhkan dari sifat buruk sangka
Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qolbin la yakhsya’u wa min nafsin la tasyba’u wa min da’watin la yustabu laha
Maksudnya: Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan.
- Doa dijauhkan dari rasa marah
Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh iblis.
Jadi kesimpulannya, tidak semua perlu dipertontonkan pada umum. Bersederhanalah dalam setiap benda, tidak semua orang gembira melihat kegembiraan kita. Semoga Allah melindungi kita dan seluruh ahli keluarga kita.
BACA LAGI : Wajah Ustaz Kazim Berubah 70% Dari Rupa Asal Gara-gara Penyakit ‘Ain
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Youtube MeleTOP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Pengacara 3R Berjaya Genggam Gelaran Doktor Falsafah Dalam Bidang Komunikasi

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, pepatah ini sesuai penulis ibaratkan terhadap kejayaan Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai kejayaannya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.

Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.
Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.


“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
Tahniah REMAJA ucapkan!
Sumber foto: Instagram Dr Kartini Kamalul Ariffin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

