Satu lagi kejayaan yang diraih siri animasi Ejen Ali apabila platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video bersama sebuah syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak termuka dan diiktiraf di China, CAWRO bakal membawa masuk siri animasi tersebut untuk tayangan pasaran di negara tersebut.

Siri Animasi Ejen Ali Dialih Suara Ke Bahasa Mandarin, Kini Boleh Distrim Di China
Kredit foto: Primeworks Studio

Untuk pengetahuan korang, platform OTT di China sedang berkembang pesat dan menjadi platform pilihan utama bagi pengiklan dan trend ini dijangka akan lebih meluas dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Apa yang lebih membanggakan, Ejen Ali muncul sebagai salah satu daripada tiga program luar negara yang meraih kedudukan rating penonton tertinggi di platform ini dalam tempoh empat hari tayangan di Tencent Video.

Siri Animasi Ejen Ali Dialih Suara Ke Bahasa Mandarin, Kini Boleh Distrim Di China
Kredit foto: Primeworks Studio

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila Ejen Ali akan ke China dan secara tidak langsung, team produksi dapat mengembangkan sasaran penonton dengan baik oleh pengguna Tencent Video di China.

IKLAN

Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Siri animasi ini mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.

Siri Animasi Ejen Ali Dialih Suara Ke Bahasa Mandarin, Kini Boleh Distrim Di China
Kredit foto: Cinema Online

Siri animasi ini juga sudah mula bersiaran di Tencent Video China bermula 1 Disember 2020 dan dialih bahasa kepada bahasa Mandarin untuk menarik minat penonton di China, khususnya kanak-kanak.

IKLAN

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team produksi Ejen Ali kerana berjaya meluaskan lagi pasaran animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Semoga lebih banyak lagi karya-karya anak Malaysia mendapat tempat di luar negara.

Hm, mesti comel bila Ali cakap Mandarin kan? Hiks!

IKLAN

***

Siri Animasi Ejen Ali Dialih Suara Ke Bahasa Mandarin, Kini Boleh Distrim Di China

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI