Selebriti paling diikuti di Instagram, Selena Gomez berkata dia dan Instagram mempunyai relationship paling complicated, walaupun dia memegang rekod followers terbanyak di platform media sosial itu untuk dua tahun berturut-turut.
Bagi Selena, sehebat manapun Instagram mampu menjadi tempat untuk bersuara terutamanya buat remaja seusia dengannya, ia juga merupakan tempat paling ‘berbahaya’.

“Instagram telah memberi saya ruang untuk memuat naik apa saja tanpa perlukan kebenaran sesiapa. Contohnya, satu posting boleh membetulkan semula semua gosip tak benar tentang saya.
“Jadi, Instagram menjadi ruang untuk saya bercakap benar.”
Namun menurut Selena, satu perkara yang merisaukannya adalah bagaimana remaja sekarang meletakkan 100% kepentingan terhadap media sosial.
“Instagram adalah platform yang hebat, tetapi ia telah banyak melalaikan remaja, termasuk diri saya, daripada perkara yang lebih penting dalam hidup ini. It gives a false representation of what’s important,” jelasnya.
Ada betulnya juga kata-kata Selena itu dalam temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar USA. Kita terlalu mementingkan kesempurnaan rupa paras, bentuk tubuh badan dan perkara yang remeh di Instagram sedangkan ada ramai manusia di dunia ini yang memerlukan bantuan.
Semua gambar ‘acah-acah’ itu hanya untuk mengumpan jumlah likes dan followers.
Cuba kita fikirkan semula, berapa ramai sangat golongan Insta Famous di luar sana yang betul-betul menggunakan peluang di Instagram untuk menyampaikan mesej penting kepada pengikut mereka? Tak ramai bukan.
Akan Terus Dapatkan Rawatan Mental Seumur Hidup
Dalam pada itu, Selena bercerita tentang pengalaman baru saja menamatkan rawatan 2 minggu dalam outpatient treatment program di New York untuk mengatasi masalah depresi dan anxiety (kebimbangan melampau).
“Saya ingin menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, bermula dengan isu kesihatan saya. Saya mempunyai banyak isu depresi dan anxiety – saya tak akan sembunyikannya.
“Sedih bila saya tak rasakan isu ini akan berakhir sehingga akhir hayat. There won’t be a day when I’m like, “Here I am in a pretty dress – I won!”
Anda mungkin berminat dengan

Selena merupakan salah seorang selebriti yang sentiasa terbuka dengan masalah kesihatan mentalnya beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya rasa ia adalah sesuatu yang perlu saya hadapi selamanya, dan saya okay saja kerana saya tahu saya akan lebih mementingkan diri berbanding benda lain dalam hidup ini.”
Selena juga merasakan dia tak perlu lagi cuba untuk menyenangkan hati orang lain.
“Ramai yang selalu bertanya bilakah album saya akan keluar, To be honest, I am not ready. I mean, saya tak merasa yakin dengan musik saya setakat ini. Jika album ini akan mengambil masa 10 tahun lagi untuk siap, then it takes 10 years. I don’t care.”
∞
Industri seni hiburan tanah air hari ini berduka setelah mendapat tahu pemergiaan pelantun lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor binti Mohamed Omar pada jam 7.45 petang tadi.
Berita tersebut disampaikan rakan seperjuangan, Datin Emylia Rosnaida yang juga merupakan isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi satu hantaran di Facebook.
“Allahuakbar, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam Takziah dari kami sekeluarga.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” ujarnya.
Adibah, 52 mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles. Menurut sumber, arwah telah lama menghidap kanser ovari dan ia telah mencapai tahap empat. Namun, beliau memilih untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
Adibah sememangnya dikenali ramai sebagai seorang selebriti tempatan yang, bak kata Datin Emylia, cukup versatil. Hampir kesemua bidang seni pernah diterokainya; dari dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan, di konti radio dan sebagainya.
Di antara filem-filem lakonannya yang berbekas di hati termasuklah Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Magika, Hoore! Hoore!, Fundamentally Happy dan banyak lagi.
Kemampuan serta bakat beliau memang tidak boleh dipertikaikan. Sehingga ke akhir hayat, Adibah tetap aktif bergerak dalam industri dek minat mendalam; seperti menerusi penyertaannya dalam program Gegar Vaganza 2021.
Adibah juga pernah bergelar seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya sebelum ‘terjun’ ke industri hiburan sebagai seorang anak seni sejati.
ARTIKEL BERKAITAN : Hapuskan Ujian MUET Atau Tidak, Adibah Noor Beri Pendapat Bernas Ini.. – REMAJA
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Adibah Noor dan doakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang yang beriman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Belum pun sempat habis menonton drama Korea tayangan bulan Februari, kini muncul pula drama baharu yang akan ditayangkan pada bulan Mac ini. Buat peminat k-drama, sudah tentu mereka seakan buntu untuk memilih drama mana yang harus ditonton terlebih dahulu kerana ada banyak lagi senarai drama yang masih belum sempat ditonton.
Betul tak? Hiks!
Jom kita lihat apa pula drama yang bakal ditayangkan sepanjang bulan ini.
1. Mouse

Drama Korea ini mengisahkan tentang Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) yang merupakan seorang pegawai yang jujur dan adil. Kehidupan Jung Ba Reum berubah setelah berhadapan dengan seorang psikopat yang membuatkan seluruh negara berada dalam ketakutan.
2. Joseon Exorcist

Ketika Putera Lee Bang-Won dari Joseon melakukan rondaan di wilayah utara, dia menghadapi semangat jahat yang ingin menguasai manusia. Putera Lee Bang-Won dapat menyembunyikan semangat jahat itu.
Kini, Lee Bang-Won telah naik takhta dan diberi gelaran Raja Taejong (Kam Woo-Sung ). Baginda seorang yang dingin, tetapi raja yang berkepemimpinan tinggi. Raja Taejong berbangga dengan dirinya, kerana baginda menolong ayahandanya menubuhkan dinasti Joseon. Baginda juga merasa bersalah kerana membunuh begitu banyak orang semasa penubuhan Joseon. Semangat jahat yang dimeterai oleh Raja Taejong pada masa lalu bangkit semula di tanah Joseon. Untuk menghalang semangat jahat itu, Raja Taejong harus sekali lagi melawan semangat jahat.
3. Oh My Ladylord

Han Bi-Soo (Lee Min Ki) adalah penulis skrip drama bersiri thriller terbaik di Korea Selatan. Oh Joo-In (Nana) adalah pelakon popular. Dia sering muncul dalam drama romantik komedi, tetapi tidak bernasib baik dalam hubungan percintaannya sendiri. Han Bi Soo dan Oh Joo In tinggal bersama.
4. Navillera

Drama ini mengisahkan seorang pesara posmen, Shim Deok Chul yang berusia 70 tahun meneruskan impiannya untuk belajar menari ballet pada usia emas walaupun ditentang keluarganya, impiannya tidak tercapai sebelum ini kerana mencari nafkah menanggung keluarganya.
Di akademi tarian, Shim Deok Chul bertemu Lee Chae Rok, pemuda berusia 23 tahun yang tertarik dengan ballet setelah sebelum ini aktif dalam pelbagai bidang sukan. Lee Chae Rok mengalami masalah kewangan dan memikirkan untuk berhenti menari ballet, tetapi Shim Deok Chul memberi galakan kepadanya, jangan lepaskan impian kerana hidup cuma sekali.
5. Love Alarm 2

Teringin mengetahui perasaan sebenarnya, Jojo nyahpasang pelindung menjadikan aplikasi itu berdering untuk cinta sejati sebenarnya.
Ha, mesti ada drama yang dah menarik perhatian korang kan?
Sumber: Kakimuvee
∞
Ternyata angka ini jelas menakutkan dan ia menjadi “wabak tersembunyi” yang harus diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Laporan Harian Metro, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia kini membimbangkan dan dikenal pasti sebagai 'wabak tersembunyi'.
Kebimbangan itu diluahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berikutan pendedahan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mengenai kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mendorong masalah mental iaitu gangguan kelakuan (15.9 peratus), masalah emosi (8.3 peratus), dan hiperaktiviti (2.3 peratus).
Katanya, memberi telefon bimbit atau peranti elektronik kepada kanak-kanak yang akan menjauhkan mereka daripada berinteraksi dengan rakan sebaya malah hampir 43 peratus daripadanya kekurangan kemampuan dalam berinteraksi.
"Kanak-kanak juga mungkin mengalami gangguan kelakuan akibat daripada kekurangan kemahiran memproses maklumat atau isyarat sosial bagi mengekalkan kelakuan dalam persekitaran.
"Membesar dalam keluarga yang bermasalah juga boleh menjadi satu lagi faktor penyumbang kepada masalah mental," katanya hari ini.
Menerusi tinjauan NHMS 2019 itu, didapati sebanyak 9.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun menderita masalah mental yang mana sejumlah besar daripada mereka adalah penduduk luar bandar iaitu 8.8 peratus dan B40 dengan 9.2 peratus.
Mengulas lanjut Mohideen berkata, kanak-kanak dari keluarga B40 cenderung dinafikan daripada menerima rawatan yang sempurna berikutan ibu bapa mereka yang tidak tahu mengenai isu kesihatan mental, bimbang mengenai kos rawatan yang tinggi dan sering sibuk bagi memenuhi keperluan hidup.
Katanya, harapan ibu bapa terhadap kecemerlangan akademik dan tekanan di sekolah juga menyumbang kepada kesihatan mental kanak-kanak berikutan peningkatan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

"Hakikatnya, kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang mengalami gangguan mental tidak pernah mendapatkan bantuan profesional kesihatan.
"CAP menggesa rakyat Malaysia berempati dengan individu yang mengalami gangguan mental memandangkan mereka sering dicela, didiskriminasi dan diabaikan," katanya lagi.
Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkaitan termasuk kerajaan supaya menganjurkan lebih banyak ceramah kesihatan mental berikutan kepentingannya dalam membantu ibu bapa mengenal tanda awal dan gejala gangguan mental.
∞