Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa baru-baru ini memohon orang ramai untuk berhenti mengecam adiknya, Ameera Khan dan pelakon kontroversi, Jefri Nichol yang kini difahamkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.
Permintaan itu dibuat selepas ada pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan pasangan itu terlalu kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial, selain kisah peribadi Jefri yang dikatakan penuh dengan kontroversi.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor (37) berkata, beliau sudah menjalankan tanggungjawab sebagai kakak dengan memberi nasihat kepada Ameera, namun enggan berkongsi secara terperinci mengenai perkara itu.
“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya”
“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik,” katanya.
Ads
Tambahnya, beliau percaya dengan takdir Allah dan setiap perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik jika ramai yang mendoakan hal baik serta menegaskan bahawa dirinya juga mahu yang terbaik untuk dirinya dan adik-beradik.
Walaupun kisah percintaan Ameera terus menjadi topik hangat dan bualan orang ramai, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak terganggu dengan kecaman yang dilemparkan.
Ads
“Alhamdulillah tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat. Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan,” jelasnya.
Jelas bekas pengacara rancangan MeleTOP itu lagi, keluarganya mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan setiap isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.
“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, tapi InsyaAllah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.
Ads
Terdahulu, Ameera Khan meraih perhatian warga internet apabila dilihat duduk di riba Jefri Nichol sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran di media sosial. Apa yang lebih mengejutkan, aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Sebelum ini, Jefri pernah berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita, selain berlaku curang terhadap pasangannya. Ameera dan Jefri dilapor pernah menjalin hubungan cinta dan hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Namun, pada penghujung Mac tahun 2024, percintaan mereka dikatakan kembali bertaut selepas pelakon itu menghubungi Ameera menerusi satu panggilan video.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali mengakui puas menonjolkan alter ego (pesonaliti kedua) sebagai maskot teratai menerusi program realiti The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4).
Penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu memaklumkan, perbezaan identiti mendorong dirinya untuk berani keluar dari zon selesa.
“Kalau sebelum ini saya menyanyi genre lagu sama tetapi kali ini saya dapat menari, boleh ‘gedik’ atas pentas dan lakukan perkara yang saya tak pernah buat.
“Saya memang lebih yakin dan mudah menonjolkan sisi saya yang berbeza tanpa rasa dihakimi khalayak.
“Peminat selalu ingat saya seorang ‘sweet girl’, jadi di sebalik maskot ini saya dapat teroka sisi lain Nabila Razali,” katanya ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, dia menzahirkan kesyukuran apabila khalayak mula membuka mata dengan kemampuan vokal dimiliki terutama menyampaikan lagu yang bernada tinggi.
“Saya rasa selama ini saya tidak berpeluang mempamerkan kemampuan diri, tetapi mungkin kadang-kadang bila sudah ada peluang saya buat silap pula. Perkara ini di luar jangkaan.
“Saya mahu beri kredit kepada guru vokal saya iaitu Shafiq Erwin yang membentuk saya untuk menjadi lebih baik. Saya tidak cakap saya sudah bagus, banyak lagi saya perlu belajar.
“Setiap minggu adalah cabaran untuk saya menyakinkan penonton dan mampu memberikan persembahan dengan baik,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, Nabila Razali yang membawa maskot Teratai berjaya menduduki tempat kelima menerusi TMSM4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular sejak lebih dua dekad lalu dilaporkan bakal diangkat ke layar perak.
Justeru, Studio filem, Astro Shaw Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari watak lelaki utama untuk filem live-action animasi legenda tanah air, Keluang Man.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi platform Instagram rasmi Astro Shaw.
“Adakah anda KELUANG MAN yang kami cari? Jom join ujibakat sebelum 13 Ogos 2023 untuk watak utama bagi membintangi filem akan datang terbaru kami, KELUANG MAN!
“Untuk maklumat lanjut, sila tekan link yang tertera di bio Astro Shaw!” kongsinya.
Hantaran terbabit telah disertai sekeping poster yang memuatkan kriteria-kriteria watak utama yang dicari-cari.
Antaranya, peserta mestilah seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu dan berbadan tegap.
Selain itu, memiliki asas mempertahankan diri juga merupakan satu nilai tambah bagi peserta-perseta yang ingin mencuba nasib.
Bagi menyertai ujibakat tersebut, peserta perlu menghantar video pengenalan diri dengan durasi maksimum tiga minit menerusi kod QR yang terpampang pada poster ujibakat.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi ujibakat ini, anda boleh layari laman web rasmi Keluang Man.
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Seramai 10 individu yang memiliki bakat terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi peminat anggota BLACKPINK, Lisa, mungkin ada yang sudah mengenali sosok ibu kesayangan penyanyi lagu Rockstar itu.
Terbaru, ibu kepada Lisa BLACKPINK atau lebih mesra dikenali sebagai Mommy Chitthip telah menerima anugerah ‘Ibu Terbaik Negara’ daripada Puteri Diraja Thailand, Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn pada 14 Ogos lalu.
Ibu kepada penyanyi yang berusia 27 tahun itu menerima anugerah berkenaan berkat sumbangan anak perempuannya kepada negara. Bukan sahaja sebagai tokoh dan idola kepada masyarakat, malah memberi sumbangan yang besar pada ekonomi negara.
Tambahan, penampilan Lisa atau Lalisa Manobal dalam siri The White Lotus 3 juga dijangka akan menarik lebih ramai pelancong untuk singgah ke Thailand memandangkan penggambaran dirakam di negara kelahirannya itu.
Sekadar info, Lisa baru sahaja melancarkan duet lagu NEW WOMAN bersama penyanyi Sepanyol, Rosalía pada 15 Ogos. Sebelumnya, penyanyi tersebut juga melancarkan solo keduanya yang berjudul Rockstar berjaya meraih jutaan tontonan di Youtube.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.