Pelakon, Fattah Amin baru-baru ini mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin (34) berkata, notis berkenaan sudah dibalas dan diserahkan kepada peguam yang dilantik untuk urusan selanjutnya.
“Ya, saya ada terima LOD rasanya sekitar bulan lalu iaitu sebelum saya mengerjakan umrah. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar. Saya serahkan kepada peguam untuk memberi balasan. Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima”
Kredit: Fattah Amin
“Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah,” katanya ketika ditemui di majlis Sidang Media Entertainment yang berlangsung di restoran De. Wan 1958, Bangsar, semalam.
Walau bagaimanapun, Fattah enggan berkongsi secara terperinci mengenai kandungan surat yang diterima.
“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih baik saya simpan sendiri,” jelasnya.
Sebelumnya, isu kenderaan yang dihadiahkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin (41) kepada pelakon tersebut kembali menjadi bualan selepas difahamkan peguam bekas isterinya menyerahkan notis tuntutan yang disebutkan.
Ads
Ini kerana ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah.
Membalas kenyataan tersebut, Fattah ketika itu menegaskan kereta itu bukan hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Anna Jobling sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang dan merangkul trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) dengan meraih undian lebih dari 4.8 juta.
Dalam ucapan kemenangannya, Anna atau nama sebenarnya Anna Elissa Gustin Jobling (25) meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan.
“Terima kasih kepada mama, papa, keluarga dan semua peminat. Saya sayang anda semua!,” katanya dalam ucapan pada malam Ahad.
Bukan hanya itu, Anna turut memenangi dua lagi kategori yang dipertandingkan di GMWA24 iaitu menerusi Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak lakonan bersama Amir Ahnaf iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Dalam pada itu, kumpulan Insomniacks turut membawa pulang trofi kemenangan menerusi Video Muzik Tergempak dengan lagu berjudul Belum Mulai kolaborasi bersama Nabila Taqiyyah. Selain itu, penyanyi Aina Abdul juga memenangi Lagu/ Audio Tergempak menerusi lagu berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu duet bersama Fabio Asher.
Antara pemenang lain #GMWA2024 adalah:
Digital Creator Lifestyle Tergempak: Amin & Abid Othman
Digital Creator Foodie Tergempak: Khairul Aming
Digital Creator Entertainment Tergempak: Ryan Bakery
Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak: Sofea Shra
Digital Creator E-Sport Tergempak: Pok Ro
Digital Creator Motivation & Education Tergempak: Fathi Hussein
Program Digital Tergempak: PodcaSterk Keputusan SPM 7G
Manakala bagi anugerah khas Wira Wonda Keluang Man of The Year dimenangi oleh Abbe Hae atas usaha mereka dalam memberi impak kepada komuniti masyarakat.
Sekadar info, sebanyak 12 kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian. GMWA2024 dihoskan oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad dan anugerah itu telah berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, anugerah Gempak Most Wanted Award tahun lalu menyaksikan Anna Jobling sebagai pemenang manakala pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad pada tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Fathia Latiff tampil menegaskan dirinya hanyalah sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukannya sebagai seorang peguam seperti yang didakwa ramai, sebelum ini.
Menurut pelakon drama popular Ariana Rose itu, penjelasan yang dikongsikan di Instagram miliknya itu bagi meleraikan salah faham yang telah tular di media sosial, selepas dia memuat naik foto sedang bekerja baru-baru ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya.
Justeru, Fathia turut memohon maaf sekiranya kapsyen hantarannya sebelum ini telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan warganet.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan dalam media sosial telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” coretnya lagi.
Sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun itu ada memuat naik sekeping foto yang dilihat dirinya sedang bekerja di sebuah pejabat guaman, sehingga menjadi bualan ramai pihak di serata media sosial.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Impian pelakon meningkat naik, Mierul Aiman memiliki ijazah direalisasikan selepas berjaya menggenggamnya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel), baru-baru ini.
Pemilik nama Mohammad Amirul Aiman Norazman itu antara ratusan graduan yang diraikan dalam konvokesyen kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya.
Menerusi platform Instagram, pelakon naskhah hit Projek: High Council itu ada memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan jubah konvokesyen hitam dengan kapsyen yang menyifatkan perjalanannya masih belum terhenti di situ.
“Masih belum selesai. Perjalanan gila! #MechyBoy,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan maklum balas, hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga yang mendoakan kejayaan aktor berusia 25 tahun itu, pada masa hadapan.
“Handsome with brain,” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah, tahniah @mierulaiman, ” komen lagi seorang pengikutnya.
Sekadar informasi, Mierul menceburi industri hiburan setelah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021 dan menjadi sebutan ramai apabila memegang watak utama dalam drama bersiri Projek: High Council.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khabar duka menyelubungi warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila seorang mahasiswi Tahun 1 dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku...