Perasaan ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak perempuannya membawa nama keluarga dan harapan peminat tempatan serta antarabangsa di pentas pertandingan.
Buat Veena Kaur yang merupakan ibu kepada Ajunee Kaur, peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 7 Oktober lalu; perasaan kagum berbekas dalam hatinya setelah melihat gadis berusia 20 tahun itu melakukan sehabis baik pada malam gala tersebut.
Ajunee yang merupakan peserta harapan peminat dunia ratu cantik untuk membawa pulang gelaran tersebut terpaksa akur dengan kedudukan naib juara daripada 13 finalis yang bertanding sekaligus memadamkan impian khalayak untuk menyaksikannya mewakili Malaysia di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe.
Ajunee (kiri) bersama juara Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying.
Bercakap kepada Veena selepas sidang media pada malam tersebut, beliau meluahkan rasa bangganya terhadap kerja keras serta persembahan keseluruhan Ajunee sejak hari pertama dia melangkah kaki di sesi uji bakat Miss Universe Malaysia 2022.
Menariknya, Veena pada peringkat tidak begitu ‘berkenan’ dengan keinginan anak gadisnya itu untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik tatkala sibuk bergelar siswazah tathun kedua dalam jurusan perundangan di United Kingdom.
“Dia seorang ‘individual’. Keputusan menyertai pertandingan ini adalah di atas keinginannya sendiri. Pada awalnya, saya juga khuatir sekiranya dia akan melupakan pengajian selepas sibuk bertanding. Namun kakaknya memberitahu saya untuk meletakkan kepercayaan kepada Ajunee dalam menyeimbangi pelajaran dengan dunia ratu cantik.
“Ajunee telahpun berehat daripada pengajiannya selama setahun. Dia sepatutnya pulang ke United Kingdom pada bulan lalu namun perlu mengenepikannya dahulu demi fokus sepenuhnya pada pertandingan.
Ads
“Saya rasakan Ajunee telah memberi bermacam-macam usaha demi pertandingan ini dan tentunya, kami sekeluarga amat bangga dengannya,” kata yang juga bertugas sebagai seorang anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Hong Kong.
Pengajian Ajunee Kaur di UK kini berbaki 10 ke 11 bulan lagi sebelum dia memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan. FOTO : Instagram @ajuneekaur
Ingin Bertanding Sekali Lagi?
Berdasarkan kata-kata semangat yang membanjiri ruang komen akaun media sosial Ajunee Kaur, ramai jelas ingin menyaksikan Ajunee kembali bersaing dalam dunia ratu cantik memandangkan kaliber yang dimiliki serta usia muda yang melayakkannya.
Begitupun, Veena merasakan anaknya kini mempunyai matlamat berbeza selepas ini dalam kehidupannya.
“Saya benar-benar bangga dengannya, mungkin takdir sedang merancang sesuatu yang lain buatnya. Namun saya difahamkan ini (Miss Universe Malaysia) merupakan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang ingin disertainya. Selepas ini, saya percaya dia hanya ingin fokus pada pelajarannya,” dedahnya.
Penulis kemudian bertanyakan sekiranya Ajunee mempunyai perancangan untuk merebut semula peluang bergelar wakil Malaysia. Begitupun, ini adalah jawapan Veena.
Ads
“Saya rasakan tidak. Saya agak pasti yang dia tidak akan (menyertai dunia ratu cantik lagi). Saya kenal anak perempuan saya, ini mungkin yang pertama dan yang terakhir,” sebelum menyambung dalam nada sedikit sebak :
“Agak sukar untuk saya gambarkan. Benar, dia telah menjadi ‘mega favourite’ dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa. Saya lihat ada dari Indonesia, Filipina.. dan saya rasakan ramai yang turut kecewa (setelah keputusan diumumkan).”
“Sejak hari uji bakat, terpilih ke peringkat Top 24 dan seterusnya diumumkan sebagai finalis Top 15, dia sudah mula berusaha memperbaiki dirinya.” – Veena Kaur. FOTO : Instagram @ajuneekaur
“Saya nampak banyak yang telah Ajunee pelajari dan pada masa yang sama, telah berkorban masa rehat dan bersama rakan-rakannya. Kami amat berbangga dengannya,” tinta Veena.
Kata-Kata Ajunee Kaur
Dalam pada itu, Ajunee sewaktu sidang media Miss Universe Malaysia 2022 tidak melepaskan peluang mengucapkan penghargaannya di atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan peminatnya sepanjang perjalanan ini.
“Semasa saya berada di atas pentas, teriakan anda.. saya rasakan seperti seorang ratu sebenar. Selagi saya telah membanggakan anda semua di Miss Universe Malaysia, itu saja yang penting untuk saya.
“Saya sentiasa mempercayai budaya positif, saya percaya ‘universe’ mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Kita lihat ke mana takdir akan membawa saya selepas ini,” komennya secara ringkas.
Adakah korang rasakan Ajunee Kaur wajar kembali menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Malaysia selepas ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2025 melabuhkan tirainya pada 12 September lalu dengan menobatkan Perunding Pengurusan dari Kuala Lumpur, Chloe Lim sebagai juara edisi kali ini.
Chloe, 25 mengenepikan saingan sengit daripada Priyaa Simmi yang mengakhiri saingan sebagai naib juara setelah mengharungi empat segmen berbeza iaitu kostum kebangsaan, pakaian mandi, gaun malam dan pusingan soal jawab (Q&A).
Kemenangan Chloe yang dimahkotakan oleh juara terdahulu, Sandra Lim bagaimanapun berdepan dengan reaksi yang bercampur-baur apabila ada pihak yang merasakan dirinya terlalu ‘hijau’ dalam aliran ratu cantik untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand dalam masa kurang dari dua bulan dari sekarang.
Sebaliknya, pihak berkenaan merasakan mahkota selayaknya diserahkan kepada Priyaa yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia ratu cantik termasuklah membolosi kedudukan Top 20 dan Top 15 ketika menyertai pertandingan Mrs World sebanyak dua kali (2020 dan 2021).
Apapun pendapat yang dikeutarakan oleh mereka, Chloe sebagai juara yang diangkat oleh pihak organisas Miss Universe Malaysia kekal positif dengan mandat yang digalasnya dan bersedia untuk melunaskan kudrat sebaik mungkin sepanjang proses persediaan selama dua bulan ini.
“Saya merendah diri dan bersyukur dengan penghormatan ini, dan hanya ada satu sahaja yang ada dalam hati saya sekarang – terima kasih.
“Kepada pihak yang mungkin tidak menerima dan merestui saya dalam perjalanan ini, tidak mengapa. Kecantikan terletak pada mata yang melihat (beauty is in the eyes of the beholder) dan saya berterima kasih atas maklum balas serta cadangan anda. Saya akan terus menambah baik dan tidak akan berputus asa. Lihatlah saya!
“Mahkota ini bukan milik saya seorang tetapi ia milik semua rakyat Malaysia yang berani untuk bermimpi dan merangkul jati diri mereka yang autentik. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk membanggakan negara kita di pentas global,” catatnya.
Dalam pada itu, Chloe juga berterima kasih kepada 15 orang rakan finalis Miss Universe Malaysia 2025 terutamanya kepada rakan sebiliknya, Priyanka Sockanathan yang selalu memberikannya inspirasi dan kata-kata semangat.
Terbaru, Chloe memulakan tugasnya sebagai Miss Universe Malaysia 2025 dengan menyertai sidang panel bersama-sama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul (MITI) berkenaan topik memperkasakan anak muda dalam landasan pekerjaan digital bersempena acara Youth Empowerment Fair 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Chloe dijangka bakal menyertai lebih 100 wakil negara di Bangkok, Thailand pada bulan November ini bagi merebut gelaran Miss Universe 2025 dan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh juara terdahulu, Sandra Lim yang berjaya membolosi peringkat separuh akhir (Top 30) pada edisi 2024 di Mexico.
FOTO: Instagram // chloelimsl
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menginjak ke fasa perkahwinan tentunya diimpikan oleh mana-mana gadis dan segalanya yang berlaku pada hari bahagia mereka itu ingin dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan.
Itu termasuklah stail solekan yang dirias oleh jurusolek ke atas wajah ratu sehari agar seri pengantin terus terpancar dan berkekalan sepanjang majlis dilangsungkan.
Mengambil ilham daripada penyanyi dan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Aswad Anuar pada 26 Julai lalu, REMAJA percaya ramai girls berkulit sawo matang yang terpesona dengan skin complexion dan solekan Sarah ketika majlis akad nikahnya.
Kekal dewy sepanjang hari, cukup rencahnya untuk kelihatan glamor tetapi masih tidak membayangi seri semula jadi Sarah sendiri; jurusolek pilihan Sarah iaitu Tysha (Instagram- @bettyshaaaa) kongsikan bersama REMAJA tip dan trik yang digunakannya untuk mendapatkan hasil sebegitu buat Sarah.
“Sarah adalah seorang insan yang ringkas. Dia tidak ada request untuk apa-apa look tertentu dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.
“Oleh itu, saya hasilkan ‘soft shimmer bronzy look’ untuknya dengan rona gincu merah jambu dan perang kedam,” kata Tysha.
Bagi memperolehi litupan sempurna mekap pada wajah, Tysha menasihatkan agar korang memegang mantra ‘the lesser, the better’. Kongsinya, solekan Sarah ini sebenarnya tidak setebal disangka dan ia selesa untuk digayakan sepanjang hari.
Memandangkan konsep majlis akad nikah bertemakan outdoor, Tysha bermain dengan highlighter untuk menaikkan lagi efek dewy pada kulit Sarah. Ia ada trik penting jika korang ingin menggunakan finishing jenis semi-matte.
Berikut adalah 7 produk yang digunakan oleh Tysha ke atas wajah Sarah Suhairi untuk korang cuba kecapi efek solekan ‘soft shimmer bronzy look’ yang sama.
1. Haus Lab Foundation by Lady Gaga
2. Laura Mercier Translucent Powder
3. Huda Beauty Blush Filter bersama Nars Powder Blush
4. Pat McGrath Eyeshadow Palette
5. Make Over Lipstick bersama Tarte Lip Plump
“Rona ‘seasonal’ Sarah boleh dikategorikan sebagai rona-rona autumn yang hangat dan lembut (seperti coral) yang amat bersesuaian untuk kulit wajahnya.
“Oleh itu, saya mengikut rona seasonal Sarah itu tetapi saya ubah sedikit pada bahagian bibir di mana saya memilip gincu berwarna merah jambu agar personalitinya yang sweet itu lebih menyerlah,” kongsi Tysha lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang ini musim hujankan. Kadang kala panas juga. Kata orang keadaan cuaca tidak menentu sehari dua ini.
Bila dah cuaca tak menentu, ada sebahagian dari kita akan mulai rasa tak sedap badan. Lenguh-lenguh dan sebagainya. Ada masa rasa sakit tekak, hingus cair jernih dan macam-macam lagi.
Seorang doktor Dr Hafizah MD (UPM) telah menulis di twitternya mengenai penyakit selesema bawaan virus. Apa nie? Sama ke dengan selesema biasa? Virus-virus ini bahaya tak? Sebab bila menyebut virus, kita tentu memikirkan betapa seriusnya penyakit ini.
Baca penjelasan dari Dr Hafizah. So, korang, kalau ada tanda-tanda begini, tahulah bahawa korang salah seorang yang mengidap selesema bawaan virus! Tapi jangan bimbang pun kerana penyakit bawaan selesema virus ini tak memerlukan antibiotik untuk penyembuhannya.
Cuma kenalah rehat banyak-banyak demi cepat pulih. Bca tweet seperti ditulisnya.. Bila kita lebih faham, maka lebih mudah kita menjaga kesihatan diri, betul tak?
Siapa ada tanda-tanda begini, kalau ada itu tandanya korang mula nak terkena selesema bawaan virus!
Rupanya ada macam-macam nama viruskan! Tapi part antibiotik tu fahami betul-betul ya, takut ramai yang salah sangka sebab sanggup habiskan antiobiotik sebotol supaya cepat sembuh.
Part nie paling ramai tunggukan sebab kadang kala bosan kena kerja, kerja, kerja. Tapi tengok pesanan doktor tu. Kalau cuti sakit, rehatlah di rumah, bukan di pusat membeli belah tau!!! Tapi rupanya ada juga demam selesema boleh bawa maut. ngeri pulak fikirnya…
Bila dah Dr Hafizah tweet, mulalah ada ada respon dari pengguna. Sakit juga tu kan kalau nak telan air liur pun rasa nak nangis.
Wow, rupanya kuman pun ada yang “nakal”? Tapi mungkin itu penjelasan terbaik dan paling mudah untuk Dr ini terangkan kepada yang bertanya.
Bila sakit selesema bawaan virus ini rupanya tak boleh baik pun dengan hanya makan ubat tahan sakit, panadol. Kena juga jumpa doktor dan beliau mengingatkan air pembekal tenaga itu jangan minum dengan berlebihan.
Baca pesanan doktor tu baik-baik jika kita alami demam berpanjangan, kahak mula bertukar hijau/ kuning, sebab itu tanda bakteria sudah mula menjangkiti.
So, hati-hati ya, kalau ada tanda-tanda yang doktor sebut di atas tadi, cepat-cepatlah jumpa doktor supaya tak melarat. Kesihatan kena jaga kerana itu nikmat Allah buat hambaNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!