Berita pemergian aktor berbakat Asyraf Sinclair akibat serangan jantung pada usia 40 tahun hari ini cukup mengejutkan. Diberitakan arwah meninggal pada jam 4.51 pagi di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta.
Dalam pada itu, ramai rakan artis turut terkejut dan mengucapkan salam takziah di atas pemergian Ashraf yang agak mengejutkan. Mula mencipta nama dalam industri selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997, Ashraf yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut terus mencipta nama sementelah jodohnya bersama Bunga Cinta Lestari yang juga penyanyi popular Indonesia.
Remaja sempat menemuramah Wan Shahlim Wan Abdul Wahab, 43 yang juga rakan seperjuangan Ashraf kerana mereka bersama-sama menyertai Pertandingan Hero Remaja tahun yang sama.
Namun rezeki menyebelahi Wan Shahlim apabila terpilih sebagai juara pertandingan dan terkini beliau meneruskan bakat dalam bidang pengiklanan tv komersial selain berada di belakang tabir untuk production.
Ads
Menurut Shahlim, berita pemergian arwah Ashraf sangat mengejutkan. Malah dia mendapat berita tersebut selepas dimaklumkan oleh isterinya.
Ads
“Memang tak sangka dan ia berita yang sangat menyedihkan. Ikutkan selepas pertandingan berakhir, beberapa kali juga kami bertemu ketika kerja-kerja modeling dan selepas itu banyak bawa haluan masing-masing. Ketika itu arwah belajar di UiTM Perlis sementara saya pula di UiTM Melaka dan tukar ke Shah Alam. Kalau jumpa pun masa tengah shoting. Mungkin masa tu nama masing-masing baru nak dikenali. Tapi arwah memang baik orangnya dan suka tersenyum.
Ads
“Tapi saya agak rapat dengan adiknya, Adam kerana kami bekerja di production yang sama. Ada beberapa job dibuat dan saya mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarganya di atas pemergian tidak terjangka ini,”kata Shahlim yang banyak terlibat dalam iklan tv komersial dan production.
Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman, terkejut sekali gus menafikan dakwaan dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan cucu seorang kenamaan.
Menurut juara Hero Remaja 2021 itu, pdia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
“Saya betul-betul tidak pasti dan terkejut dengan dakwaan itu. Saya berkawan dengan semua orang tapi tidak pernah pula selidik mereka anak sesiapa.
“Saya sangat berbesar hati untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja. Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang. Kita buat baik untuk dibalas baik,” katanya.
Mierul ditemui Remaja di lokasi penggambaran drama bersiri Project: Exit, di Rimba Ilmu, Universiti Malaya, hari ini.
Tegas anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, dia masih solo dan akan berkongsi kepada umum sekiranya sudah berpunya.
“Jujur saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa. Tak tahulah jika ada yang terluka dengan kenyataan ini. Sekarang saya hanya fokus kepada skrip, kerjaya, adik-adik dan ibu ayah.
“Saya tiada rahsiakan apa-apa. Kalau ada rezeki atau jodoh sampai awal, saya akan kongsikan,” katanya yang kali terakhir bercinta adalah ketika di bangku sekolah.
Sebelum ini, timbul desas desus dalam kalangan penggiat industri bahawa Mierul sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang gadis yang juga merupakan cucu kepada seorang VVIP.
Dalam perkembangan lain, Mierul bakal tampil menerusi drama terbitan Astro Shaw, Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.
Drama enam episod ini turut dijayakan oleh pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Kimberly Chuah dan Nabila Huda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pencarian Hero Remaja merupakan platform bagi membuka peluang kepada anak muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air. Rata-rata yang hadir ke sesi uji bakat semalam membawa satu misi yang sama, iaitu ingin menonjolkan kemampuan dan bakat yang ada dalam diri.
Bagi Muhammad Amirul Aiman, 23, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal mengambil peluang untuk menyertai sesi uji bakat Hero Remaja 2021. Ini merupakan percubaan pertama untuk dia melangkah lebih jauh lagi dalam industri seni.
“Sebelum ini, saya pernah menceburkan diri dalam bidang peragaan dan berpengalaman memasuki pertandingan fesyen anjuran pereka terkenal tanah air. Namun, rezeki tidak memihak kepada saya kerana tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya,”
“Selepas itu ada juga beberapa casting yang saya pergi tetapi rasanya belum ada rezeki lagi untuk berlakon. Tapi Alhamdulillah, saya masih berpeluang dalam bidang peragaan dan menimba pengalaman bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen terkenal negara,”
“Tahun ini saya rasa masa yang sesuai untuk mencuba nasib menyertai Hero Remaja 2021 kerana saya pun dah nak menamatkan pelajaran. Saya ingin menunaikan hasrat ibu dan ayah untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah. Jadi, saya berharap sekiranya saya dipilih, biarlah ketika itu saya sudah menamatkan semester di tahun air. Ada dua minggu sahaja lagi. Harapnya semua berjalan dengan lancar,” jawab Amirul.
Melihatkan kepada perjalanan dan pengalaman yang dikongsi oleh Amran, ia mengingatkan kami kepada Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana sebelum menyertai pertandingan ini juga, Nadhir memulakan kariernya sebagai seorang peragawan. Ditanya adakah Nadhir ‘benchmark’ untuk dirinya turut sama menyertai Hero Remaja, Amran punya jawapannya tersendiri.
“Saya kenal Nadhir sejak tahun 2016 lagi, ketika sama-sama menghadiri uji bakat bagi sebuah jenama fesyen tempatan. Saya bangga dengan Nadhir kerana dia telah mencapai apa yang dia inginkan sejak kecil lagi. Saya rasa, saya jadikan dia sebagai contoh yang bagus dan bukannya saya nak tiru dia, tapi saya melihat usaha dan sikap tidak putus asanya kerana saya pun dari dulu berangan-angan nak jadi anak seni, selalu pergi casting tapi kena reject. Jadi, saya lihat apa yang Nadhir lakukan sekarang sebagai semangat untuk saya lebih berusaha gigih lagi,” jelasnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat julung kalinya, pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja telah disatukan menerusi satu edisi buat tontonan umum.
Menerusi sidang media yang dilangsungkan pada 31 Oktober 2023 sebentar tadi, sejumlah 16 orang finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada semua yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Lebih menarik, lebih padat, dan semestinya lebih berkualiti. Itulah aspek yang ingin ditampilkan oleh pencarian Hero Dewi Remaja 2023. Wow!
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) dilakukan dengan sangat teliti dengan mengambil kira potensi serta bakat yang mereka tonjolkan ketika fasa uji bakat.
Apa yang pasti, setiap seorang memiliki keperibadian menarik dan potensi tinggi untuk diketengahkan sebagai pelapis industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang mereka ingin ceburi.
Dalam pada itu, juara Dewi Remaja 2005/06 dan selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya turut kembali sebagai mentor merangkap juri tetap untuk edisi kali ini. Kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah untuk pencarian Hero Remaja 2021 yang dimenangi oleh Mierul Aiman.
***
Siapakah 16 finalis yang telah mengalahkan lebih 1,300 penyertaan lain?
Jom kita semak senarai finalis Hero Dewi Remaja 2023 yang telah berjaya dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya sebelum ini.
AMEER
Che Aiman Ameer Bin Che Kamaruddin
23, Johor
Pendidikan: Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan, Politeknik METrO Johor Bahru
Untuk makluman, pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya. Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990.
Selama 38 tahun jenama ini bertapak di Malaysia, ramai anak seni berkualiti telah dilahirkan menerusi platform ini. Misalnya, pelakon terkenal Fattah Amin, Neelofa, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Meerqeen, Anna Jobling dan ramai lagi.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!