“Saya Okay, Peha Teruk Sikit” Atiq Azman Syukur Selamat Kemalangan Motosikal

Share

Malang nyata tidak berbau di jalan raya, terutamanya apabila berada di kawasan luar bandar.

Semalam, pelakon Raya Muhd Atiqullah Azman, 20 telah berkongsi perihal keadaan dan kesihatannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan motosikal berkuasa tinggi.

Bertempat di Kuala Klawang International Circuit di Jelebu, Negeri Sembilan, Atiq dibawa terus ke wad kecemasan di Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya dalam muat naik di Instagram Story semalam, keadaannya stabil dan hanya luka yang berbekas pada badannya.

“Atiq nak ucapkan terima kasih kepada yang ucapkan selamat sembuh kepada Atiq.

“Ada sedikit luka pada lengan dan mulut berdarah sedikit. Peha memang teruk, boleh nampak daging dan darah. Alhamdulillah overall Atiq okay bila check X-Ray.

“Yang bawa motosikal tu, berhati-hatilah apabila melalui kawasan berpasir. Atiq tak ada pun nak cepat ke apa, Atiq nak maintain saja. Tapi itulah, dah takdir kan,” kata pelakon yang popular dengan drama Nur itu.

Kalau korang masih ingat, Atiq pernah terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya sekitar tahun 2018 dahulu dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang, lengan dan lutut.

Syafakallah Atiq Azman!

Seperti yang Atiq katakan, janganlah buat ‘perangai’ yang pelik-pelik di atas jalan sekiranya menunggang motosikal. Contohnya seperti ‘Ghost Rider’ ini.

 

 

 

IKLAN