Penghayatan lagu adalah perkara yang sangat penting dan sering ditekankan oleh juri tetap Big Stage musim ke-5, Ajai. Maka, tidak hairanlah apabila persembahan Nadeera Zaini malam semalam berjaya meraih markah tinggi daripada kedua-dua juri tetap.
Menerusi lagu nyanyian asal Marsha Milan (Kembali Terang), Nadeera berjaya memperoleh markah penuh dari Aina Abdul manakala 96 peratus dari Ajai. Wowzerz sangat kan!
Beliau merasakan markah tinggi dari kedua-dua juri itu sebagai satu pembakar semangat agar dirinya kekal konsisten dalam memberikan persembahan yang terbaik.
Ads
“Alhamdulillah syukur yang tak terhingga, saya berjaya meraih markah paling tinggi setakat ini. Meskipun ada sedikit kesalahan kecil ketika beraa di atas pentas but it’s okay saya dah cuba sebaik mungkin,” jelasnya kepada media.
Apabila ditanyakan tentang kepada siapa lagu tersebut ditujukan, bekas peserta rancangan Mentor itu mengakui bahawa dia mengenang insan tersayang yang sudah tiada.
“Sepupu saya yang sangat rapat dengan saya telah pergi meninggalkan dunia ketika usianya 12 tahun
Ads
“Saya anggap dia seperti adik saya sendiri kerana kami membesar bersama-sama jadi kehilangan dia tersebut masih menyeksa saya sehingga sekarang,” jelasnya lagi.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Ads
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ADHD sering menjadi topik yang mengelirukan bagi ramai ibu bapa, terutama apabila anak menunjukkan tahap keaktifan yang luar biasa.
Ramai yang sukar membezakan sama ada anak mereka sekadar aktif atau sebenarnya mempunyai keadaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Perkara inilah yang dikongsikan oleh isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida apabila beliau mendedahkan bahawa anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi, mempunyai keadaan ADHD kanak-kanak.
Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, Yusoff merupakan seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan mempunyai sikap yang agak berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain.
Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan komen di platform Threads selepas seorang pengguna bertanya tentang ciri-ciri kanak-kanak ADHD dan bagaimana untuk membezakan antara anak yang aktif dengan anak yang benar-benar mempunyai ADHD.
Pengguna tersebut menulis bahawa dia sukar membezakan sama ada anak yang terlalu aktif sebenarnya normal atau mempunyai ADHD.
Pertanyaan itu kemudian mendapat perhatian Shahida yang tampil berkongsi pengalamannya sendiri sebagai ibu.
“Lasaknya Lain Macam” – Pengalaman Shahida Dengan Yusoff
Menurut Shahida, walaupun dia mempunyai beberapa orang anak lelaki yang sememangnya lasak, namun tahap keaktifan Yusoff sangat berbeza sehingga jelas kelihatan kelainan pada dirinya.
Shahida menjelaskan bahawa anaknya itu sangat berani, tidak mempunyai rasa takut dan sering melakukan perkara yang tidak dijangka.
Malah Yusoff juga tidak gemar ditekan atau dikawal terlalu ketat kerana dia mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
“Hi anak saya Yusoff pun ada ADHD. Saya ramai anak lelaki, semua lasak tapi Yusoff lasaknya lain macam. Dia tak ada rasa takut, dia tak suka ditekan-tekan dan dia suka buat benda yang kita tak jangka,” tulisnya.
Tambah Shahida lagi, ketika Yusoff masih kecil sekitar usia satu hingga dua tahun, anaknya itu sangat aktif sehingga hampir setiap hari mengalami benjol di kepala akibat terjatuh atau terlanggar sesuatu ketika bermain.
“Masa umur 1-2 tahun dia hari-hari ada benjol di kepala,” kongsinya lagi.
Perkongsian jujur Shahida itu menarik perhatian ramai kerana ia memberi gambaran sebenar tentang cabaran membesarkan anak dengan ADHD terutama bagi ibu bapa yang mungkin sedang melalui situasi yang sama.
Jika dilihat menerusi perkongsian keluarga mereka di TikTok, telatah Yusoff yang sangat aktif sering mencuit hati netizen. Dia juga kelihatan gemar menyakat, bermain dan bergurau dengan adik-beradiknya sehingga membuat ramai yang terhibur.
ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder merupakan sejenis gangguan perkembangan neurologi yang biasanya berlaku sejak usia kanak-kanak. Keadaan ini boleh mempengaruhi cara seseorang memberi tumpuan, mengawal tingkah laku dan mengurus tahap tenaga mereka.
Kanak-kanak yang mempunyai ADHD biasanya sukar memberi tumpuan dalam tempoh yang lama dan mudah terganggu dengan persekitaran di sekeliling.
Mereka juga sering menunjukkan tahap keaktifan yang sangat tinggi serta sukar duduk diam dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, mereka juga cenderung bertindak secara impulsif tanpa berfikir panjang dan kadangkala menghadapi kesukaran untuk mengawal emosi atau tingkah laku dalam situasi tertentu.
Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yang aktif mempunyai ADHD. Ada kanak-kanak yang sememangnya mempunyai tenaga yang tinggi dan sifat ingin tahu yang kuat sebagai sebahagian daripada proses perkembangan normal.
Dengan pemahaman yang betul tentang ADHD, ibu bapa dan guru boleh membantu kanak-kanak mengurus tenaga, emosi dan tingkah laku mereka dengan lebih baik supaya mereka dapat membesar dengan keyakinan serta potensi yang optimum.
Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, Suga BTS atau nama sebenarnya Min Yoongi meraih perhatian apabila beliau terlibat sebagai penulis bersama dalam penerbitan sebuah manual terapi berasaskan muzik yang dikenali sebagai “MIND Program”. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam menggabungkan elemen seni dan kesihatan mental, khususnya dalam membantu individu dengan gangguan spektrum autisme.
Menurut Severance Hospital di Seoul, program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network and Diversity dibangunkan sebagai pendekatan alternatif untuk menyokong kanak-kanak dan remaja yang berdepan cabaran autisme melalui aktiviti muzik yang lebih tersusun dan interaktif.
Berbeza dengan pendekatan konvensional yang banyak bergantung kepada kefahaman bahasa serta keupayaan kognitif, program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran sosial melalui pengalaman praktikal. Peserta didedahkan kepada aktiviti seperti memilih instrumen muzik serta terlibat dalam persembahan secara berkumpulan.
Dalam pada itu, pendekatan ini difahamkan bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih natural tanpa tekanan komunikasi secara verbal yang kompleks.
Selain itu, program ini disusun dalam 12 sesi yang dirangka secara progresif, bermula daripada interaksi asas sebelum berkembang kepada aspek kesedaran emosi, komunikasi dan seterusnya penghasilan muzik secara kolaboratif antara peserta.
Penglibatan penyanyi rap yang kini berusia 33 tahun dalam projek ini juga diketahui oleh ramai pihak bermula sejak tahun 2024 selepas Suga bekerjasama dengan pakar psikiatri, Cheon Keun-ah. Selain menyumbang idea pada peringkat awal pembangunan, beliau juga turut terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar sukarelawan dalam fasa percubaan program tersebut.
Malah, sumbangan besar beliau sebanyak 5 bilion Korea Won (sekitar RM17 juta) turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Rawatan Min Yoongi di Severance Hospital pada September lalu, yang kini menjadi lokasi utama pelaksanaan program berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Cheon Keun-ah menyifatkan sumbangan Suga BTS sebagai antara faktor utama yang merealisasikan MIND Program dan berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh pengamal klinikal serta pakar di seluruh dunia dalam usaha memperluaskan pendekatan terapi berasaskan muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi golongan remaja yang gemar mendengar lagu-lagu 90-an, pasti kenal benar dengan dengan kumpulan Screen yang popular dengan Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa.
Khabar duka yang tular pagi ini adalah berita mengenai pemergian vokalis kumpulan ini, Gmie atau nama sebenar Hajmi bin Haji Ibrahim.
Menurut laporan Astro Awani, Gmie telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pingang berlubang.
Pengurus peribadinya, Fuad Syahrin Misbah berkongsi yang Allahyarham menghidap penyakit tersebut selama hampir dua tahun dan sepanjang tempoh itu dia lebih senang untuk tidak menghebahkan keadaan dirinya kepada umum.
Sekadar informasi, Allahyarham Gmie pernah menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim ke-3 pada tahun 2016. Dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berada di kedudukan keenam secara keseluruhan yang mana menyaksikan Azharina Azhar diangkat sebagai juara.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!