Kecoh di media sosial mengenai sekumpulan anggota bomba ‘sado’ menunjukkan otot mereka di khalayak ramai sewaktu membuat perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.
Bukan itu sahaja, insiden ‘mini love’ si bomba cilik ketika berarak di antas jentera bomba turut mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, kelihatan si comel itu mahu memberikan ‘mini love’ namun dengan tidak sengaja menunjukkan jari tengah kepada pengunjung yang hadir.
Ekoran daripada itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut menerusi satu hantaran di Facebook memohon maaf atas kejadian berkenaan dan merayu agar video terbabit dapat diturunkan.
Ads
Menurut lelaki tersebut, anaknya itu sebenarnya mahu membuat ‘mini love’, namun sebaliknya telah tersilap menunjukkan jari tengah kepada orang ramai yang hadir pada perarakan tersebut.
Foto Via Sinar Harian
“Dia sebagai peminat bomba memang excited sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pada pukul 5 pagi. Dari semalam excited sangat dapat pakai baju bomba.
“Saya memohon 10 jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.
Ads
“Mungkin dengan jasa baik sebesar ini ALLAH memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak di mata. Amin ya Rabb,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan.
Pegawai yang turut sama menyertai perarakan tersebut segera membetulkan jarinya selepas menyedari bahawa kanak-kanak itu secara tersilap mengeluarkan jari tengah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, atlet remaja kebangsaan untuk sukan kayak, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana mangsa dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk.
Tangkap layar memaparkan kejadian Siti Nurul Masyitah dipercayai dilanggar seorang pemandu mabuk.
Menurut saksi dan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam, kereta pelaku dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal. Mangsa kemudiannya diseret sejauh 600 meter.
Kongsi kenyataan Instagram persatuan tersebut, mangsa kini dirawat di Hospital Calombia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
Berdasarkan hantaran tular di media sosial selepas insiden, beberapa keping foto ketika kejadian sudahpun tersebar termasuklah foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.
“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.
“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” ujar persatuan berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya hasil kerja orang lain, orang lain dapat nama..Erm. Banyak kali juga isu inikan tapi bila kali ini melibatkan pemimpin utama negara terutama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tentu ia mendapat perhatian serius.
Malam tadi berlangsung satu Majlis Makan Malam Amal PH yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang mana dana sebanyak RM1.665 juta telah berjaya dikutip melalui jualan meja. Sumber : Berita Harian
Berita Harian melaporkan, dalam majlis makan amal itu juga satu lelongan gambar telah diadakan. Antara yang menarik perhatian ialah satu potret bersejarah sebelum sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dilelong pada harga RM500,000.
Gambar ini berjaya dilelong pada harga RM500 k
Gambar yang dirakam pada 10 Mei lalu iaitu sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu dibeli seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.
Gambar kedua yang dilelong pada harga tinggi adalah gambar Dr Mahathir memulakan tugas pada hari pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 pada 23 Mei lalu di Pejabat Perdana Menteri.
Gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilelong pada harga RM350,000 dibeli pembida bernama Datuk Seri Stanley Tai selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.
Gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PH turut dibeli pada harga RM150,000.
Tiga gambar lain yang dibida adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).
Memang tinggi nilai gambar itukan. Tapi apa yang menjadi isunya adalah dikatakan gambar itu telah didakwa telah diedit oleh pihak tertentu kerana gambar asalnya berbeza.
Ini gambar yang disiarkan oleh BERNAMA pada 11 Mei 2018 ketika peristiwa bersejarah ini. Lohat individu di belakang Tun MahathirGambarnya dibulatkan menandakan diri individu itu wujud pada sidang media ituIndividu ini wujud dalam gambar semasa sidang media tersebut. Gambar disiarkan oleh MStar Online pada 11 Mei 2018
Korang dapat lihat apa beza gambar yang pernah disiarkan di BERNAMA dan gambar yang berjaya dibida semalam sebanyak RM500,000 itu. Sedihkan, bila hasil kerja jadi begini. Hal ini telah disuarakan oleh photojournalist BERNAMA sendiri melalui fbnya, atas nama Palie Larh mengenai isu ini.
Perhati gambar di belakang Tun M betul-betul kerana individu dinyatakan sudah tiada?Ini didakwa gambar asal yang disiarkan oleh kebanyakan mediaPerhatikan baik-baik antara gambar yang berjaya dilelong 500 k dengan gambar ori ni seperti disiarkan oleh Kosmo pada 11 Mei 2018
Walaupun itu bukan gambarnya sendiri tapi sesiapa yang bekerja dalam bidang kewartawanan mesti faham dan dapat merasai apa yang dilalui oleh rakan-rakan seangkatan kerana kami dalam satu bidang yang sama walau lain syarikat.
Carian REMAJA di MStar Online dan Kosmo (LIHAT SINI :KOSMO ONLINE )juga mendapati wujudnya individu yang dipadamkan itu yang bertarikh 11 Mei 2018. Ternyata ianya wujud dan tidak seperti gambar yang dilelong pada harga RM500 k tersebut. Ermmm, kerja siapalah agaknyakan. Kesian pada orang yang bertungkus lumus bidik gambar terutama gambar bersejarah pula tu.
Tak kiralah apa pekerjaan kita tapi sekurangnya hargai hasil karya orang lain. Kalau begitu mudah “remove” dan touch up gambar tanpa bidikan jurugambar, baik ambil saja mana-mana gambar dan kemudian tepek elok-elok. Lagi senangkan..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia digital kini telah menjadikan ‘peta dunia’ semakin kecil. Maksud REMAJA, kita kita berpotensi untuk berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia dengan hanya menggunakan Internet dan aplikasi cari jodoh yang ada terutamanya aplikasi Tinder.
Dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix baru-baru ini boleh dikatakan sangat hebat dan menarik untuk ditonton terutamanya para wanita.
‘The Tinder Swindler’ berceritakan mengenai kisah penipuan seorang lelaki bernama Simon Leviev yang digelar sebagai The Tinder Swindler kerana dia telah menipu ramai wanita sehingga $10 juta (RM41,895,000) menerusi aplikasi tersebut.
Simon atau nama sebenarnya Shimon Yehuda Hayut mendakwa dirinyaanak jutawan berlian Israel iaitu Lev Leviev dan memiliki kekayaan yang maha banyak.
Tapi itu hanyalah ‘lakonan’ lelaki ini sahaja. Sebenarnya Simon Leviev iaitu bintang utama filem dokumentari The Tinder Swindler ini merupakan seorang pelarian. Simon telah meninggalkan negara asalnya iaitu Israel pada tahun 2011 kerana tidak mahu menghadiri perbicaraan mahkamah atas beberapa jenayah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan kemudiannya berpindah ke Finland.
Shimon menukar namanya secara sah kepada Simon Leviev pada tahun 2011 walaupun dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keluarga taikun berlian Leviev.
Pada tahun 2015, Simon telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana telah menipu tiga orang wanita. Dia bertemu Cecilie Fjellhoy selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2017.
Modus operandi Simon Yang Sama
The Tinder Swindler mengisahkan tiga orang wanita iaitu Cecilie, Pernilla Sjoholm dan Ayleen Charlotte yang mempunyai pengalaman hampir serupa dengan Simon.
Mereka berkenalan menerusi Tinder, bertemu dan menjalani hubungan jarak jauh bersama lelaki tersebut. Berbeza dengan Cecilie dan Ayleen yang bercinta dengan Simon, Pernilla hanya berkawan baik bersama lelaki itu.
Ketiga-tiga wanita itu melihat gaya hidup mewah Simon seperti memiliki jet peribadi, kereta sport, baju berjenama, hotel mahal dan sering mempunyai urusan perniagaan.
Simon juga sering memberi hadiah dan mencurahkan kasih sayang kepada wanita-wanita itu dan sanggup terbang semata-mata untuk minum kopi atau makan malam bersama pasangannya.
Apabila mereka semakin rapat, Simon mula membuka cerita tentang perniagaan berliannya yang berbahaya dan musuh-musuhnya yang didakwa mahu menghancurkan dirinya.
Simon kemudiannya ‘menjerat’ wanita itu dengan berkata dia sering dalam keadaan bahaya dan mendakwa telah diserang musuh. Lelaki itu akan menghantar gambar pengawal peribadinya cedera parah akibat diserang dan kini berada di dalam ambulans kepada mangsanya.
Semua mangsa Simon diberitahu bahawa lelaki itu telah ditemui oleh ‘musuh-musuhnya’ dan dia telah block kad kreditnya untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan musuh.
Simon kemudiannya akan meminta wanita-wanita itu membuat kad kredit baharu dan pinjaman peribadi di atas nama mereka supaya dia tidak dapat dikesan serta menempah beberapa tiket penerbangan.
Wanita-wanita itu menuruti arahan Simon dengan harapan lelaki berkenaan akan mengembalikan wang tersebut kepada mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dokumentari itu turut mendakwa Simon akan menggunakan wang daripada mangsa terdahulu untuk berseronok bersama wanita lain.
Apa yang lebih menyedihkan adalah Simon dikatakan sudah memiliki kekasih baharu dan kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan Tinder tetapi Cecilie, Pernilla dan Ayleen masih lagi membayar beban hutang yang ditinggalkan lelaki itu kepada mereka.
Tonton trailer The Tinder Swindler di bawah.
Hati-hati ye kerana dunia kini semakin ‘bahaya’, takut nanti bukan hanya hati terluka malah duit dan nyawa juga mungkin terancam. Seperti mana, dokumentari dari kisah benar ‘The Tinder Swindler’ di Netflix ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!