“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.
“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya.
Ads
Bercerita mengenai proses awal peniagaan yang diusahakan di rumah, pelakon berusia 28 tahun itu memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.
Kongsinya lagi, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan perniagaan rempeyeknya itu sangat menggalakkan dalam kalangan penggemar snek tersebut.
“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Saya sibuk ada penggambaran dia juga yang akan masakkkan tempahan rempeyek untuk saya.
Ads
“Lagipula orang tua suka rempeyek. Mereka yang akan banyak sokong saya,” tuturnya.
Sekadar info, Yuna kini berlakon sebagai Zuleikha dalam drama berjudul Mystic Village yang diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.
Ads
Selain Yuna, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, Pegawai Kadet Muhammad As’ad Najmuddin dari Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, meraih perhatian ramai apabila berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama tujuh bulan di salah sebuah institusi paling berprestij di dunia, Royal Air Force College Cranwell, United Kingdom.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia, As’ad telah mengikuti kursus Modular Initial Officer Training Course No 33 yang berlangsung dari 2 September 2024 sehingga 3 April 2025.
“Sepanjang tempoh latihan, Pegawai Kadet Muhammad As’ad telah menjalani pelbagai modul yang menguji ketahanan mental, fizikal dan kepimpinan beliau dalam menghadapi cabaran di dunia ketenteraan yang penuh dinamik,” tulis perkongsian tersebut.
Sumber: Facebook TUDM
Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, namun dengan dedikasi dan semangat juang tinggi As’ad berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang selaras keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti.
Dalam pada itu, majlis perbarisan tamat latihan yang cukup berprestij itu juga disempurnakan oleh Air-Vice Marshall Townsend, Air Officer Commanding No 22 Group of the Royal Air Force dan beliau sendiri beri penghormatan atas pencapaian hebat As’ad.
Sumber: Facebook TUDM
“Kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah”
“Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin mencabar,” jelas perkongsian itu lagi.
Sementara itu, latihan ini turut menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam karier ketenteraan beliau serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengejar impian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes rogol di india bukan asing lagi dihalwa telinga kita… Betapa beratnya menjadi perempuan di India. Selain menjadi objek kekerasan seksual, malah kaum wanita juga didiskriminasi di negara tersebut.
“Harapkanpagar, pagarmakanpadi.” itulah perumpamaan yang boleh digambar dengan situasi di India ini.
Baru-baru ini, Ketua Hakim India, Sharad Arvind Bobde menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak seluruh dunia selepas memberitahu pesalah kes rogol untuk mengahwini mangsanya yang juga merupakan pelajar sekolah. Jika perogol tidak mahu kehilangan kerja dan disumbat dalam penjara.
Bobde dilaporkan berkata kepada juruteknik kerajaan yang didakwa atas pertuduhan merogol mangsanya, pelajar sekolah:
“Kalau kamu berkahwin dengan dia (mangsa), kami boleh bantu. Kalau tidak, kamu akan kehilangan kerja dan masuk ke penjara”.
Menurut laporan The Guardian, rentetan daripada hal ini lebih dari 5,200 orang telah menandatangani petisyen yang mendesak Ketua Hakim berkenaan untuk meletak jawatan.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan jenayah bersiri terhadap mangsanya termasuk mengintai, mengikat dan merogolnya berulang kali.
Tertuduh juga pernah mengancam mahu menyiram mangsa menggunakan petrol untuk dibakar hidup-hidup, selain mengugut untuk membunuh saudara mangsa.
Aktivis Hak Asasi Manusia juga telah menulis surat terbuka kepada Ketua Hakim yang mendesak dia untuk berundur dari jawatannya.
Untuk info, menurut data kerajaan yang dikeluarkan, secara purata seorang wanita diperkosa setiap 15 minit di India pada tahun 2018, menggariskan reputasi negara itu sebagai salah satu tempat paling buruk di dunia kepada kaum hawa.
Sumber: The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut dengan meriah selepas negara melepasi era endemik tidak bermaksud masyarakat harus melepaskan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga penjarakan sosial dan kesihatan peribadi.
Ini memandangkan gejala wabak COVID-19 dilihat masih belum berakhir sepenuhnya apabila terdapat lonjakan jumlah jangkitan kebelakangan ini di seluruh dunia.
Ia susulan subvarian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Arcturus di mana ramai pakar gusar sekiranya penularannya di negara-negara seperti India dan terbaru, Singapura akan merebak ke Malaysia tidak lama lagi.
Laporan Berita Harian semalam mendapatkan pandangan Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang berkata, asas genetik Arcturus masih berpandukan kepada Omicron.
Kajian makmal pula mendapati Arcturus mempunyai gejala sama seperti beberapa varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk.
Begitupun, satu gejala unik yang ada pada Arcturus dan tiada pada varian sebelum ini adalah gejala konjunktivitis iaitu kondisi mata yang menjadi merah. Gejala ini lebih kerap dilihat berlaku pada kanak-kanak, namun golongan dewasa juga tidak terlepas daripadanya.
Sumber Foto: National World
Tambah Prof Dr Sazaly, Malaysia tidak terkecuali untuk terdedah dengan mana-mana varian baharu sama ada secara semulajadi ataupun disebabkan merebak dari negara luar; biarpun tiada kes yang dicatatkan setakat ini berpunca daripada Arcturus.
Tambah membimbangkan kini adalah disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang hujung minggu ini. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan terus berhati-hati mencegah jangkitan wabak sewaktu beraya.
Sekiranya korang mempunyai gejala-gejala yang dinamakan di atas tadi, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.