Bunga dan manusia tidak dapat dipisahkan. Memiliki 1001 simbolik, bunga menjadi penyeri kepada kehidupan. Keindahan yang dimiliki ibarat anugerah paling sempurna ciptaan yang Maha Esa.
Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha membuat satu ciapan di laman Twitternya berkenaan bunga.
If you were a flower, what would you be and why? 🌸🌷
Dalam ciapan tersebut dia menulis soalan berbunyi, “Jika anda adalah bunga, apakah anda dan mengapa?” dan dia sendiri berkongsi jika dirinya sekuntum bunga, pelakon cantik yang merupakan isteri kepada Imam Shah itu memilih bunga Dahlia sebagai perlambangan.
Membuatkan ciapannya itu mencuti hati, Hannah memberi alasan yang cukup comel mengapa dia memilih bunga tersebut. Jawabnya, “Sebab Imam kata sama bulatnya.”
Ciapan tersebut telah menerima lebih 182 ulangkicau, 1731 tanda suka dan dibaca lebih 82 ribu kali.
Menariknya, pengguna twitter yang membalas ciapan tersebut turut berkongsi bunga apa yang menjadi pelambangan diri mereka.
Penguna twitter @iamwidiw membalas, “Saya ingin menjadi Lily of The Valley kerana ia adalah simbol kesucian, kegembiraan, cinta, keikhlasan, kebahagiaan dan tuah.”
Manakala seorang lagi pengguna twitter @_zafrihasy pula berkongsi, “Mawar. Sama seperti warnanya, saya mempunyai motivasi yang besar untuk memastikan saya terus mencapai apa yang saya inginkan.”
Ads
“Saya mungkin akan menjadi bunga tulip putih. Kerana tulip putih melambangkan kemaafan,” tulis @beautifulsky_99 pula.
MAKSUD BUNGA DAHLIA
Mengikut laman web floraly.com.au, bunga dahlia bermaksud “mencari kekuatan dalaman”. Ini menjadikan bunga ini sempurna untuk dihantar kepada seseorang yang mungkin melalui masa yang sukar.
Ads
Dahlia ialah bunga yang unik, jadi wajarlah ia juga melambangkan menonjol daripada orang ramai dan mengikut laluan anda sendiri. Ia adalah bunga yang sangat baik untuk diberikan kepada rakan atau ahli keluarga yang akan menamatkan pengajian atau akan memulakan perjalanan kerjaya baharu.
Selain itu, dahlia juga menjadi perlambangan kepada frasa untuk kekal anggun dan kekal baik biarpun berdepan tekanan tinggi atau mencabar. Jika seseorang yang anda sayangi mengalami saat yang tertekan dalam hidup, hantarkan sejambak dahlia untuk menceriakan hari mereka.
*P/s- Korang pula kalau jadi bunga agak-agak bunga apa? Min pilih jadi bunga kertas! Warnanya terang, tahan hujan, rebut dan panas. I’m a survivor! Gitu…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahap tekanan perasaan ini boleh dibahagikan kepada rendah dan tinggi. Mereka yang menghadapi low function depression kebiasaannya boleh kita lihat secara jelas yang mereka terkesan dek tekanan perasaan.
Namun berbeza dengan mereka yang terkesan dek high function depression, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri menghadapi tekanan persaan namun sebenarnya sedikit-demi sedikit simptom tersebut mampu memakan diri.
Menurut laporan Public Health Malaysia, bukan mudah untuk seseorang individu melalui tekanan jenis ini kerana mereka masih mampu bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun itu tidak bermakna mereka tidak menderita.
Kebiasaanya mereka masih mampu tersenyum dan berjenaka bersama teman namun itu sebenarnya adalah topeng kerana mereka sukar berkongsi rasa sedih dan murung.
Mereka juga mengalami imposter syndrome yang mana bagi mereka apa kejayaan yang dicapai tidak pernah cukup biarpun dimata orang lain mereka sudah mencapai sesuatu kejayaan yang membanggakan. Sikap rasa tidak layak dan selalu rasa tidak cukup bagus antara ciri-ciri imposter syndrome.
Antara ciri mereka yang menghidapi high function depression lagi adalah sikap bekerja tanpa henti. Sebenarnya sikap ini seolah-olah mahu melupakan penderitaan dengan sentiasa membuat diri mereka sibuk. Hakikat sebenar, individu tersebut sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Selain itu, orang yang menghidapi masalah ini selalunya nampak tenang walaupun dalam situasi yang sibuk, sebenarnya ini adalah indikasi yang mereka sudah lali, mematikan perasaan dan tiada emosi.
Jadi pesanan penulis untuk anda yang mengalami situasi seperti ini anda boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dan segera dapatkan bantuan. Kerana lama-kelamaan tekanan perasaan ini jika sudah sampai ke kemuncak akan memberi kesan yang tidak baik untuk diri.
***P/S – Guys, bila ada rakan-rakan yang mengalami masalah ini, jangan pernah cakap kepada mereka tentang soal ingat tuhan, solat dan berdoa kepada tuhan. Masalah tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan cara begitu. Dan jangan ingat orang yang hadapi tekanan perasaan ini tidak solat dan tidak ingat tuhan. Ini adalah masalah di dalam diri dan minda mereka.
Sumber: Public Health Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2020 nyata tak mengecewakan pelanggan platform penstriman video atas talian, Netflix.
Terbaru melalui laman media sosialnya, Netflix umum bakal menayangkan semua filem Studio Ghibli! Wow…..
Menariknya, sebanyak 21 filem dari studio tersebut akan tayang mulai Februari 2020. Beberapa filem animasi yang akan tayang diantaranya adalah Grave of the Fireflies, My Neighbor Totoro, Kiki’s Delivery Service.
Mengambil inisiatif membawa filem-filem lejen ini ke platform penstriman dalam talian, Netflix semalam mengumumkan akan menyiarkan 21 buah filem keluaran Studio Ghibli bermula Februari ini selepas memperoleh hak penyiaran Oktober lalu.
Dalam masa tiga bulan, kesemuanya akan disiarkan menerusi tiga fasa yang mana kesemua filem ini turut disediakan dalam 28 bahasa dan dialih suara kepada 20 bahasa.
FASA 1: 1 Februari 2020
My Neighbor Totoro (1988)
Castle in the Sky. My Neighbor Totoro. Kiki’s Delivery Service. Only Yesterday. Porco Rosso. Ocean Waves. Tales From Earthsea.
FASA 2: 1 Mac 2020
My Neighbors the Yamadas (1999)
Nausicaä of the Valley of the Wind. Princess Mononoke. My Neighbors the Yamadas. Spirited Away, The Cat Returns, Arrietty. The Tale of The Princess Kaguya.
FASA 3: 1 April 2020
Ponyo on the Cliff by the Sea (2008)
Pom Poko. Whisper of the Heart. Howl’s Moving Castle. Ponyo on the Cliff by the Sea. From Up on Poppy Hill. The Wind Rises. When Marnie Was There.
Tonton video pengumuman Netflix di pautan bawah:
Melekat depan netflix la korang lepas ni, patut la netflix naikkan harga langganan rupanya ada siri best-best tahun 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat drama bersiri popular yang pernah menduduki tangga pertama, Emily in Paris di platform penstriman Netflix, pastinya korang pernah terpesona dengan kecantikan dan kecomelan bintang utamanya, Lily Collins dalam siri tersebut.
Baru-baru ini, ramai benar peminat lelaki Lily Collins yang kecewa setelah mendapat tahu pelakon watak Emily itu telah menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Charlie McDowell dalam majlis yang dilangsungkan secara tertutup. Charlie McDowell juga merupakan seorang penulis dan pengarah.
“What started as a fairytale, is now my forever reality.” – Lily Collins
Dalam beberapa keping foto yang dimuat naik, ternyata majlis tersebut secantik pengantinnya apabila Lily dan Charlie memilih tema woodlands ala cerita dongeng. Lily turut memuat naik foto balutan busana perkahwinannya yang direka khas oleh pereka fesyen ikonik Amerika Syarikat, Ralph Lauren.
“It’s my ultimate dream combination of Western Americana and British Victorian. It’s the most beautiful, memorable gown I will ever wear and I couldn’t have imagined it any other way.” – Lily Collins
Lily Collins memilih gaun renda meleret mengikut potongan badan dengan perincian turtleneck untuk dipadankan dengan kain layah (veil) di kepala. Khabarnya, keseluruhan busana ini memerlukan masa hampir 200 jam untuk disiapkan!
Tambah eksklusif lagi apabila veil tersebut dihiasi bunga mikro bersulamkan manik-manik Swarovski dan kelopak organza sutera yang ditempatkan mengikuti reka bentuk renda Calais-Caudry.